Sekali Lagi Kit Siang Di Sekolahkan Najib
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjadi 'cikgu' kelas Pengetahuan Am menyekolahkan pengkritik kononnya beliau baru berjumpa masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands dan menolong pribumi asal Malaysia itu
Najib berkata, beliau merupakan individu yang meluluskan bajet membantu masyarakat Orang Asli untuk membina semula perkampungan mereka di Sungai Ruil, Cameron Highlands yang dilanda musibah tanah runtuh pada tahun 2011
Dalam kejadian itu seramai tujuh orang maut dan dua lagi parah serta banyak rumah ditimbus tanah runtuh dan banjir lumpur
Selepas lapan tahun berlalu dengan pertolongan kerajaan pimpinan beliau pada waktu itu, masyarakat Orang Asli di Sungai Ruil kini tinggal di dalam rumah yang lebih moden dan selesa
"Semalam saya baca komen yang tag saya. Ada orang kutuk 'kenapa dulu tak jumpa Orang Asli?', 'kenapa sekarang baru nak tolong'. Tak apalah, hari ini saya jadi cikgu buka kelas Pengetahuan Am
"Sayalah yang luluskan bajet untuk bantu mereka membina semula perkampungan mereka. Kecuali Pakatan Harapan tidur di Parlimen atau ponteng, mustahil mereka tak tahu sumbangan Barisan Nasional kepada Orang Asli," kata Najib dalam satu hantaran di Facebook beliau pagi tadi
Menurut Najib setiap kali pembentangan bajet terdapat peruntukan khusus kepada masyarakat Orang Asli
Malahan semasa pembentangan Bajet 2017, Tok Batin dari Negeri Sembilan dan Selangor turut hadir di Parlimen
"Pada ketika itu, saya turut mengumumkan peruntukan RM222 juta untuk projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan serta Penempatan Semula Perkampungan
"Setiap tahun, setiap bajet sudah tentu ada peruntukan untuk Orang Asli. Tidak perlulah nak ikut sangat Lim Kit Siang itu persoal sumbangan saya dan Barisan Nasional kepada masyarakat Orang Asli. Sesat jalan nanti terpaksa u-turn," kata Najib
Sementara itu dalam satu hantaran kira-kira 14 jam lalu yang memaparkan seorang remaja Orang Asli memeluk erat Najib mendapat lebih 50 ribu reaksi, 1,769 perkongsian dan 4,100 komen
Keikhlasan raut wajah remaja Orang Asli tersebut memeluk Najib menyentuh hati warganet
"Perasaan saya bila tgok gambar ni, turut tersenyum. Tapi dalam masa yang sama saya rasa sebak. Hanya Allah yang tahu, keikhlasan di dalam hti hamba Allah yg memeluk erat DSNR. Semoga Allah merahmati. Amin," doa Laila Tan
"Seronok dan rindu. Bukan senang nak peluk orang yang bertanggungjawap bangunkan negara ni. Bekas PM kot. Kalau saya lelaki saya pun nak peluk juga kot dapat aura orang hebat.#bossku," komen Rose Tan
"Aku tak pernah taksub dengan pemimpin atau parti. Cuma aku berpendapat DS Najib adalah PM terbaik yang pernah ada. Walaupun bukan sempurna. Idea beliau untuk penambahbaikan ekonomi Malaysia amat baik. Rakyat bawahan terima pelbagai bantuan agar rakyat punya tunai untuk berbelanja. Yang akan menguntungkn peniaga. Terima kasih Tun Najib," kata Alexander Laing Wan
Dulu saya termakan dgn kempen-kempen PH yang memburukan DSNR. Walaupun ada beliau lakukan kesalahan, tapi tiada bukti yang kukuh untuk dakwa beliau . Akhir saya selalu ikuti FB DSNR dan akan like dan tersentuh juga hati . Jika jumpa DSNR saya akan mohon ampun dan maaf sebab banyak juga komen negetif pada beliau dulu," kata Muhammad Fauzi Abdul Rahim.-UTUSAN ONLINE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2019/01/sekali-lagi-kit-siang-di-sekolahkan.html