Adakah Kerajaan India Menyokong Ltte


Media India: Dr M rasis, tahanan kes LTTE untuk 'tutup' isu Zakir Naik
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menjadi bahan kritikan di India selepas mendakwa negara itu 'menceroboh dan menduduki' Kashmir pada ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu, sekali lagi menjadi sasaran media negara itu.

Kali ini, pemimpin berusia 94 tahun itu, diselar susulan tindakan polis negara ini yang menahan sekurang-kurangnya 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia,

Stesen televisyen Namnadu yang berpangkalan di negeri Tamil Nadu mendakwa Dr Mahathir cuba memecah belah kehidupan harmoni pelbagai bangsa di Malaysia.

Selain itu, Mahathir turut dibidas atas dakwaan menghina masyarakat India di Malaysia dengan kata-kata 'pariah' dan 'pendatang asing'.

"Sejak kebelakangan ini, perdana menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dilihat suka mencetuskan keadaan tidak selesa antara pelbagai kaum di Malaysia.

"Beliau sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan penangkapan beberapa pemimpin politik yang dikaitkan dengan LTTE," lapor berita stesen itu sambil menambah bahawa Dr Mahathir adalah dalang di sebalik penahanan penyokong LTTE sedangkan kumpulan itu tidak lagi aktif sejak 2009.

Sejak 10 Oktober lalu, polis telah mencekup 12 individu, termasuk dua Adun DAP dalam operasi ke atas pihak yang terbabit dengan LTTE.

Menurut Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman suspek-suspek terbabit ditahan kerana disyaki mempromosi dan menghasut agar orang awam supaya menyokong kumpulan LTTE yang disenaraikan sebagai pengganas.

Ketua Penolong Pengarah E8, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka memiliki barangan yang berkaitan LTTE, serta menolong membiayai kegiatan kumpulan terbabit.

Ayob turut dilaporkan sebagai berkata, pihak polis Malaysia sedang memantau pemimpin-pemimpin India khususnya ketua kordinator Parti Naam Thamilar, S Seeman yang merupakan penyokong kuat LTTE serta perjuangan pembebasan Tamil Eelam.

Susulan kenyataan Ayob, itu, stesen televisyen di India itu mempersoalkan apakah polis negara ini sedia menyiasat pemimpin-pemipin Malaysia yang dirakamkan gambar mereka bersama pemimpin India yang menyokong perjuangan LTTE.

Memuat naik gambar Presiden PKR Anwar Ibrahim bersama V Gobalakrishnan, seorang lagi pemimpin dari India yang merupakan penyokong kuat LTTE, Namnadu menyoal: "Apakah polis sedia siasat Anwar Ibrahim kerana bersama Vaiko (nama panggilan Gobalakrishnan)?"

Adalah dipercayai, gambar Anwar bersama Vaiko yang merupakan Ahli Rajya Sabha (Dewan Negara) di India dirakam ketika Anwar menghadiri kongres bahasa Tamil yang diadakan di Malaysia pada tahun 2014.

"Polis Malaysia perlu menjelaskan adakah selebriti filem seperti Kamal Hassan, Kushboo, Simbhu, R Sarathkumar, Ameer akan turut dilarang ke Malaysia kerana pernah mengambil gambar bersama Seeman," kata laporan itu.

Malah, menurut laporan itu bahawa penangkapan 12 individu berkenaan adalah bagi mengaburkan isu pendakwah Islam Dr Zakir Naik, kelahiran India yang kini adalah penduduk tetap di negara ini. - www.malaysiakini.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/10/adakah-kerajaan-india-menyokong-ltte.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naik Taraf Pelabuhan Tanjung Pelepas Kerajaan Menyokong Penuh

Naik Taraf Pelabuhan Tanjung Pelepas Kerajaan Menyokong Penuh

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 332 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Adakah Ltte Begitu Istimewa Untuk Orang Ini

Adakah Ltte Begitu Istimewa Untuk Orang Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 806 hits
Ramasamy nak saman silakan cabar Firdaus WongBANGI Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mencabar P Ramasamy sekiranya pemimpin DAP itu bersungguh mahu menyaman beliau susulan perkongsiannya mengenai individu yang terbabit dalam kumpulan pe...
Polis Akan Sekat Pemimpin Selatan India Sokong Ltte Masuk Malaysia

Polis Akan Sekat Pemimpin Selatan India Sokong Ltte Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 603 hits
Senthamizhan Seeman dikesan menyokong perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam dan dilihat kerap masuk ke dalam negara ini KUALA LUMPUR Seorang ahli politik dari Selatan India Senthamizhan Seeman yang dikesan menyokong p...
Gesa Siasat 16 Pemimpin India Pertahan Pemberontak Ltte

Gesa Siasat 16 Pemimpin India Pertahan Pemberontak Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 470 hits
Bila kena bangsa mereka semua mulia dan suci tapi bila muslim ditangkap kerana ISIS boleh pula puji polis sindir Firdaus WongBANGI Pihak polis perlu menyiasat 16 ahli politik Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk tind...
Ciinta 3 Segi Dap Ltte Dan Israel

Ciinta 3 Segi Dap Ltte Dan Israel

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 533 hits
Hubungan 3 Penjuru Antara DAP LTTE Dan Zionis Yahudi Posted by SnapShot at 10 19 2019Umum mengetahui bahayanya LTTE ini yang mengganas dengan tujuan untuk mewujudkan negara Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka Tapi ramai yang tak t...
Siasat Video Gambar Pemimpin Pkr Hadir Majlis Ltte

Siasat Video Gambar Pemimpin Pkr Hadir Majlis Ltte

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat perlu memandang serius penularan video dan gambar membabitkan Ketua Cabang Port Dickson Ravi Munusamy yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam di media sosial Pengarah Strate...
Terbukti Ramai Pemimpin Dap Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Apa Lagi Yang Dr Mahathir Dan Kdn Mahu

Terbukti Ramai Pemimpin Dap Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Apa Lagi Yang Dr Mahathir Dan Kdn Mahu

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 640 hits
P Ramasamy Kulasegaran Saminathan Gunasegaran adalah pemimpin kanan parti DAP yang dikaitkan dengan pengganas LTTE 2 dah kena cekup Saminathan ADUN Gadek merangkap Exco Negeri Melaka dan Gunasegaran ADUN Seremban Jaya dah ditangkap Kulasega...
Malaysia Wilayah Ltte

Malaysia Wilayah Ltte

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 602 hits
Tidak mustahil kumpulan diaspora LTTE tuntut wilayah di MalaysiaSHAH ALAM Tindakan polis menahan 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri bagi membantu siasatan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam a...
Five Arrested Over Alleged Ltte Links To Challenge Sosma Detention

Five Arrested Over Alleged Ltte Links To Challenge Sosma Detention

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Lawyers will be filing habeas corpus applications on behalf of five men who were detained under the Security Offences Act over alleged links to the Liberation Tigers of Tamil Eelam Lawyer Ramkarpal Singh confirmed that they wou...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin