Adakah Dana Masjid Dikenakan Zakat




Soalan:
Adakah dana masjid yang disumbangkan oleh orang awam dan yang diwakafkan wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisab?

Jawapan:
Salah satu syarat wajib zakat mestilah harta tersebut dalam bentuk pemilikan sempurna. Pemilikan tersebut hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atas harta tersebut melainkan dirinya sendiri. Dengan itu, sesuatu harta tersebut tidak tertakluk kepada pihak yang lain. Justeru, tidak wajib zakat ke atas harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu.

Allah SWT berfirman:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” [Surah al-Taubah (103)]

Imam al-Mawardi menyebut dalam kitabnya, al-Hawi al-Kabir dengan menukilkan pandangan Imam al-Syafie:

وَتَجِبُ الصَّدَقَةُ عَلَى كُلِّ مَالِكٍ تَامِّ الْمِلْكِ مِنَ الْأَحْرَارِ ، وَإِنْ كَانَ صَغِيرًا أَوْ مَعْتُوهًا أَوِ امْرَأَةً لَا فَرْقَ بَيْنَهُمْ فِي ذَلِكَ
“Zakat hukumnya wajib bagi setiap orang yang memiliki harta dengan pemilikan sempurna (tam al-milk), dari pemilik orang merdeka (bukan hamba), meskipun anak kecil atau orang gila atau wanita. Tidak ada perbezaan antara mereka dalam kewajiban berzakat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 3/329)

Selain itu, syarat wajib zakat juga adalah harta tersebut mestilah dimiliki oleh individu tertentu. Oleh itu, zakat tidak wajib ke atas insitusi atau badan yang mempunyai dana daripada sumber harta umum seperti wakaf, sedekah dan seumpamanya yang tidak mempunyai pemilik.

Imam al-Nawawi berkata:

إذَا كَانَتْ الْمَاشِيَةُ مَوْقُوفَةً عَلَى جِهَةٍ عَامَّةٍ كَالْفُقَرَاءِ أَوْ الْمَسَاجِدِ أَوْ الْغُزَاةِ أَوْ الْيَتَامَى وَشَبَهِ ذَلِكَ فَلَا زَكَاةَ فِيهَا بِلَا خِلَافٍ , لِأَنَّهُ لَيْسَ لَهَا مَالِكٌ مُعَيَّنٌ
“Sekiranya binatang ternak yang diwakafkan untuk kepentingan umum seperti (kepada) orang-orang fakir atau masjid atau untuk orang yang berperang atau anak yatim dan yang seumpama dengannya, maka tidak diwajibkan zakat padanya tanpa khilaf. Ini kerana harta tersebut tidak dimiliki oleh individu tertentu.” (Lihat al-Majmu’, 5/313)

Imam al-Ramli pula menyebut:

وَشَرْطُ وُجُوبِهَا أَيْضًا أَنْ يَكُونَ الْمَالِكُ مُعَيَّنًا ، فَلَا زَكَاةَ فِي الْمَوْقُوفِ عَلَى جِهَةٍ عَامَّة ،ٍ وَتَجِبُ فِي الْمَوْقُوفِ عَلَى مُعَيَّنٍ
“Dan (antara) syarat diwajibkan zakat juga adalah hendaklah harta tersebut adalah milik individu tertentu. Tidak diwajibkan zakat ke atas harta wakaf yang menjadi milik umum, dan diwajibkan zakat ke atas harta wakaf yang menjadi milik pihak tertentu.” (Lihat Nihayah al-Muhtaj, 9/200)

Syeikh Zakaria al-Ansari berkata:

لَا زَكَاةَ فِيمَا يُسْتَغَلُّ من الْوَقْفِ لِلْمَسَاجِدِ أَيْ عليها وَنَحْوِهَا وعلى الْجِهَةِ الْعَامَّةِ كَالْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ إذْ ليس لها مَالِكٌ مُعَيَّنٌ
“Tidak dikenakan zakat pada manfaat harta wakaf untuk kegunaan masjid dan seumpama dengannya. Begitu juga ke atas harta umum seperti harta orang-orang fakir dan orang miskin kerana harta tersebut bukan milik individu tertentu.” (Lihat Asna al-Matalib, 1/369)




Fatwa-Fatwa Badan Berautoriti

Kami kemukakan di sini beberapa fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan isu di atas, antaranya:

1. Dar al-Ifta al-Misriyyah

Dar al-Ifta al-Misriyyah pernah mengeluarkan fatwa yang antara lain menyebut: “Setiap harta yang bukan di bawah pemilikan individu tertentu dianggap sebagai harta milik umum yang tidak diwajibkan zakat atasnya. Termasuk dalam jenis harta ini adalah semua jenis harta yang dikelola oleh negara sebagai wakil dari rakyatnya, iaitu harta yang tersimpan dalam perbendaharaan negara dan harta di baitul mal.” (Lihat Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, nombor 2535)

2. Fatwa al-Lajnah al-Daimah

Al-Lajnah al-Daimah li al-Ifta’ pernah ditanya, “Adakah zakat diwajibkan terhadap harta masjid yang diwakafkan?” Mereka menjawab, “Zakat tidak diwajibkan terhadap harta wakaf masjid dan sejenisnya, masalah ini hanya satu pendapat. Kerana tidak ada kepemilikan padanya.” (Lihat Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Ifta’, 9/412)

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, dana hasil sumbangan orang awam serta yang diwakafkan kepada masjid tersebut tidak perlu dizakatkan sekalipun jumlahnya banyak dan melebihi nisab serta haul.

Hal ini kerana zakat tidak wajib ke atas harta yang tidak dimiliki oleh individu tertentu seperti institusi atau masjid yang mempunyai dana daripada sumber harta umum seperti sedekah, wakaf dan seumpamanya.

Selain itu, dana sumbangan orang ramai kepada masjid itu juga adalah dikira sebagai hak Allah SWT dan kerana itu tidak perlu untuk dizakatkan.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk menggesa pihak pentadbir masjid secara syura atau kebenaran yang diberikan kepada mereka dalam menguruskan dana masjid, hendaklah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan seamanahnya. Pada saat yang sama, janganlah disimpan sehingga berlaku pengabaian dalam mengimarahkan masjid. Justeru kebijaksanaan pengurusan masjid adalah amat digalakkan dan diperlukan.

Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah: 18)

Ibn Kathir berkata: “Mereka yang mengimarahkan masjid adalah mereka yang dianggap sebagai ahlullah.” (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 4/119)

Semoga masjid kita menjadi masjid yang benar-benar diimarahkan. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/adakah-dana-masjid-dikenakan-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teroris Penembak Masjid Di Christchurch Mengeluh Perlakuan Terhadap Dirinya Di Penjara

Teroris Penembak Masjid Di Christchurch Mengeluh Perlakuan Terhadap Dirinya Di Penjara

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 233 hits
Pelaku penembakan masjid di Christchurch Selandia Baru mengadukan secara resmi atas perlakuan terhadap dirinya selama berada di penjara Diwartakan BBC Minggu pria asal Australia Brenton Tarrant telah didakwa melakukan pembunuhan dan akan me...
Dibui Baru 2 Pekan Teroris Penembakan Masjid Selandia Baru Mengeluh Kehilangan Hak

Dibui Baru 2 Pekan Teroris Penembakan Masjid Selandia Baru Mengeluh Kehilangan Hak

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 200 hits
Terdakwa kasus penembakan dua masjid di Kota Christchurch Selandia Baru mengeluh Padahal dia baru dipenjara selama dua pekan
Jemaah Bantah Tindakan Mpkk Pecat Imam Bilal Masjid Di Marang

Jemaah Bantah Tindakan Mpkk Pecat Imam Bilal Masjid Di Marang

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 336 hits
MARANG Kira kira 200 jemaah Masjid Kampung Mak Kemas Bukit Payong dekat sini membantah tindakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung tersebut yang didakwa cuba memecat ahli jawatankuasa pengurusan masjid yang lama termasuk imam dan bilal tanp...
Kenapa Pintu Pagar Masjid Dikunci Selepas Isyak

Kenapa Pintu Pagar Masjid Dikunci Selepas Isyak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 404 hits
Oleh Kenapa pintu pagar masjid dikunci selepas Isyak Di Pekan Tanjung Karang Selangor Adam Sufyan dipukul sekitar jam 11 malam dengan besi kerana dituduh mencuri wang tabung masjid Imej wajah Adam disimbah darah yang mengalir dari dahinya d...
Rebut Jawatan Pengurusan Masjid

Rebut Jawatan Pengurusan Masjid

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 234 hits
Jemaah Masjid Mak Kemas yang membuat bantahan MARANG Perpaduan masyarakat Melayu di negeri ini nampaknya masih lagi menjadi retorik apabila masih ada dalam kalangan pemimpin parti peringkat akar umbi yang bertelagah kerana jawatan Terbaharu...
Remaja Dipukol Kerana Disangka Mahu Curi Tabung Masjid Akhirnya Bukti Ditemui Siapa Sebenarnya Bersalah

Remaja Dipukol Kerana Disangka Mahu Curi Tabung Masjid Akhirnya Bukti Ditemui Siapa Sebenarnya Bersalah

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 368 hits
Kami sekeluarga berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal ke atas individu itu kata Nor Shahidah Mohd Khabol 28 kakak kepada remaja yang ced3ra dipuk0l di sebuah masjid di Tanjong Karang Selasa lalu Dalam kejadian kira kira jam 11...
Dibelasah Di Masjid Kerana Disangka Mencuri

Dibelasah Di Masjid Kerana Disangka Mencuri

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 358 hits
Dibelasah Di Masjid Kerana Disangka Mencuri Apa sudah jadi dengan masyarakat negara kita ini Tanpa usul periksa atau siasatan terlebih dahulu tetapi telah jalankan hukuman sesuka hati Ini lah yang terjadi kepada seorang pemuda yang malang i...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn