Adakah Dajjal Hanya Seorang Ataupun Ramai


Di antara fitnah terbesar yang akan dihadapi pada akhir zaman adalah kemunculan dajjal. Oleh kerana itu Nabi SAW mengajarkan satu doa sebagai satu cara untuk mengelakkan fitnah tersebut.

Doa tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa Nabi SAW berdoa yang maksudnya, "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah neraka dan azab api neraka. Aku juga berlindung kepada Engkau daripada fitnah kubur dan keburukan hasil daripada firnah kekayaan dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada keburukan fitnah Al-Masih Al-Dajjal." Riwayat Al-Bukhari (6377) & Muslim (7046)


Bahkan di dalam riwayat hadis yang lain menggambarkan betapa kemunculan dajjal akan menguji dan menggocang keimanan.

Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi." Riwayat Muslim (158)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, memang di sana terdapat hadis yang menceritakan bahawa akan muncul pada akhir zaman pendusta yang disebut sebagai dajjal.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan-ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian." Riwayat Muslim (16)

Di dalam riwayat yang lain menyebut yang maksudnya, "Tidak akan terjadinya kiamat sehinggalah dibangkitkan dajjal-dajjal yang menipu yang mana jumlah mereka lebih kurang 30 orang. Setiap daripada mereka mendakwa bahawa dialah utusan Allah." Riwayat Al-Bukhari (3609), Al-Tirmizi (2218) & Abu Daud (4333)

Jika diperhatikan di dalam riwayat-riwayat ini disebutkan dajjal dalam bentuk kata jamak iaitu dajjalun yang membawa maksud dajjal-dajjal.

Namun begitu, adakah ianya bermakna bahawa dajjal itu ada ramai?

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut yang maksudnya, "Dajal itu membawa maksud menutup dan menyembunyikan. Ia juga kadang-kadang membawa makna menipu. Oleh kerana itu, perkataan kazzabun (pendusta) adalah sebagai penguat kepada perkataan dajjal." (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/616)

Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim Al-Abadi menjelaskan perkataan dajjal yang disebutkan di dalam hadis tersebut yang maksudnya, "(Maksud dajjal) ialah belitan dan kekeliruan. Iaitu banyaknya perancangan jahat dan kekeliruan." (Rujuk 'Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 9/1446)

Imam Al-Nawawi berkata yang maksudnya, "Ianya berasal dari perkataan Al-Dajl yang membawa makna menyembunyikan perkara yang sebenar dan mempersembahkan sesuatu yang tidak bernilai. Mereka ini terdapat pada setiap zaman." (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 18/45).

Bahkan jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW terdapat beberapa orang yang dipanggil sebagai dajjal. Antaranya Ibnu Sayyad, Musailamah dan ramai lagi. Maulana Anwar Syah Al-Kashmiri menyebut bahawa Ibnu Sayyad itu bukannya dajjal yang sebenar.

Ini berdasarkan satu kenyataan yang terdapat di dalam Musannad Abdurrazzaq yang maksudnya, "Wahai orang ramai, sesungguhnya Ibnu Sayyad itu bukanlah dajjal yang besar."

Maka dinamakan sebagai dajjal adalah kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan. (Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).

Kesimpulannya, berdasarkan apa yang telah dinyatakan, hadis tersebut bukan bermakna dajjal itu adalah ramai.

Dajjal yang disebut sebagai Al-Masih itu seorang yang akan muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat.

Dajjal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang.

Semoga Allah memberikan kefahaman dan menjauhkan kita dari menjadi dajjal-dajjal kecil.

Wallahu 'alam.

BACA INI JUGA: Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?Misteri Dajjal Hampir Terbongkar Pada 1901
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/11/dajjal-seorang-atau-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aaron Aziz Kelihatan Masih Dalam Meeting Original Gangster Adakah Undur Diri Hanya Gimik

Aaron Aziz Kelihatan Masih Dalam Meeting Original Gangster Adakah Undur Diri Hanya Gimik

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 258 hits
Beberapa hari lepas Namun selepas itu hantar Instagram itu kini tidak lagi kelihatan dan ramai yang memberi spekulasi bahawa pengundurannya dari filem terbaru Syamsul Yusof itu hanya gimik Terbaru pengarah filem Syamsul Yusof memuat naik sa...
Inspirasi Seorang Pemuda Simpan Wang Rm28 000 Hanya Ambil Masa 3 Tahun

Inspirasi Seorang Pemuda Simpan Wang Rm28 000 Hanya Ambil Masa 3 Tahun

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 265 hits
Inspirasi Seorang pemuda simpan wang RM28 000 hanya ambil masa 3 tahun Tular baru baru ini tentang seorang pemuda yang menyimpan wang berjumlah RM28 510 dengan hanya dalam masa 3 tahun Kisah ini betul betul menginspirasikan kita untuk kita ...
Keluar Dari Original Gangster Aaron Aziz Akui Hanya Sekadar Gurauan

Keluar Dari Original Gangster Aaron Aziz Akui Hanya Sekadar Gurauan

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 223 hits
Beberapa hari lepas Aaron Aziz mengejutkan penggemar filem apabila mengumumkan akan keluar dari terlibat dengan filem The Original Gangster filem terbaru arahan Syamsul Yusof Kenyataan itu kini disahkan sebagai hanya satu prank Menurut Hari...
Panduan Dari Li Ka Shing Untuk Anak Muda Yang Mahu Berjaya Jika Pendapatan Anda Hanya Rm2 000

Panduan Dari Li Ka Shing Untuk Anak Muda Yang Mahu Berjaya Jika Pendapatan Anda Hanya Rm2 000

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 253 hits
Sekarang dah ramai warga Malaysia yang masih muda dah mula berniaga Ramai yang dah pandai berusaha cari duit sendiri untuk sara gaya hidup yang mereka mahu Kalau tak berniaga secara sepenuh masapun ramai yang buat duit tambahan melalui pelu...
Face To Face Repair Handphone Hanya 30minit Alor Gajah Tampin Melaka

Face To Face Repair Handphone Hanya 30minit Alor Gajah Tampin Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 262 hits
FIX TITANS PENYELAMAT SELFIE RAYA Time raya phone aku buat hal weh Mmg takde mood la aku nak beraya Lepastu aku ajak la cousin aku pergi cari kedai phone Lepas tu aku ada try pergi 1 kedai nie Kedai macam jual phone gitu Dia check check dia...
Seorang Perempuan Di Bogor Dilepaskan Usai Ketahuan Mencopet

Seorang Perempuan Di Bogor Dilepaskan Usai Ketahuan Mencopet

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 292 hits
Seorang copet perempuan beraksi di Pasar Pamijahan Kecamatan Pamijahan Kabupaten Bogor Selasa Pelaku berinisial S itu melancarkan aksinya sekitar pukul 09 00 WIB Dia berhasil menggasak uang sebesar Rp500 ribu milik salah satu pengunjung pas...
Kisah Seorang Calon Yang Yang Dikatakan Punya Ijazah Kedoktoran

Kisah Seorang Calon Yang Yang Dikatakan Punya Ijazah Kedoktoran

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 238 hits
Ini Ijazah yang disebar luas Dikatakan kepunyaan doktor tersebut Saya juga dengar Press Conference dia semalam Didepan balai polis Bila ditanya reporter boleh tunjuk sijil Ijazah beliau beliau kata tak perlu Ada pada lawyer Makanya kita tak...
Hiburan Nak Buat Cerita Pun Agak Agaklah Didakwa Jadi Punca Kemalangan Seorang Lelaki Tmj Tampil Bersuara

Hiburan Nak Buat Cerita Pun Agak Agaklah Didakwa Jadi Punca Kemalangan Seorang Lelaki Tmj Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 327 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat ada tampil bersuara selepas beliau dikatakan menjadi punca seorang individu terlibat dalam kemalangan kereta yang berlanggar dengan pembahagi jalan Menerusi satu ciapan di individu itu...
Hanya Yang Ada Pemikiran Jahat Boleh Melakukannya

Hanya Yang Ada Pemikiran Jahat Boleh Melakukannya

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 112 hits
KHALED SAMADPengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata dia tidak terkejut jika Presiden PAS Abdul Hadi Awang memulakan langkah menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan Saya tidak hairan jika Hadi adalah salah seorang dalang kerana ia memer...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids