Adakah Anda Memiliki 6 Ciri Ciri Seorang Jutawan


Menurut Dr Thomas Stanley melalui penyelidikannya di dalam buku 'The Millionaire’s Mind', untuk menjadi seorang jutawan, bukan saja memerlukan ciri-ciri seperti hebat berniaga, mengetahui segala teknik dan strategi berunding atau sempurna dalam membuat keputusan, tetapi juga ada ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki.

Gambar hiasan

Melalui penelitiannya terhadap beribuan jutawan, terdapat 6 ciri yang dimiliki golongan jutawan:

1. Bersikap jujur

Mereka yang bergelar jutawan lazimnya golongan yang terbabit dalam perniagaan atau mereka yang berpangkat tinggi dalam sesebuah syarikat. Tidak kira apapun jalan karier yang dipilih, ia pasti memerlukan sikap jujur dalam memenangi hati pelanggan dan orang sekeliling untuk mendapat sokongan.

Kepercayaan dan kredibiliti memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan menjadi seorang yang bebas masalah kewangan. Memang benar ada juga kes jutawan yang tidak jujur kita dengar di akhbar, televisyen atau online, tetapi itu bukanlah apa yang kita inginkan. Biar kaya harta dan tenang di jiwa.

2. Berdisiplin

Tidak dapat dinafikan amat penting mempunyai disiplin yang tinggi. Sikap menentukan kejayaan seseorang itu. Ia dikatakan seorang yang berjaya mendedikasikan 60 hingga 70 jam setiap minggu pada karier mereka.

Justeru kebiasaannya, golongan jutawan tiba paling awal di tempat kerja dan balik paling lewat.

3. Menyesuaikan diri dengan orang sekeliling

Untuk berjaya dalam kewangan, ia bukanlah atas usaha seorang diri. Sokongan orang sekeliling amat diperlukan sama ada bekerja atau berniaga. Seseorang yang berjaya dalam kewangan perlu mudah menyesuaikan diri dengan orang sekeliling untuk mendapat sokongan semua pihak.

Mereka perlu mudah didampingi dan sering membuat orang sekeliling selesa. Skil komunikasi amat penting dimiliki untuk berjaya.

4. Mempunyai pasangan hidup atau keluarga menyokong

Mempunyai pasangan hidup atau keluarga yang memberi sokongan padu pasti memberi semangat yang lebih tinggi kepada sesiapa saja. Sememangnya jalan mencapai bebas kewangan ada pelbagai rintangan, tidak kira dalam apa saja industri. Tidak kira betapa kuat semangat yang ada dalam diri sendiri, sokongan keluarga membuatkan semangat tidak luntur.

5. Skil pengurusan yang cekap

Bukan saja mengurus perniagaan, kerja dan pekerja, tetapi juga menguruskan diri sendiri dalam pelbagai aspek.

Pengurusan masa amat penting untuk mencapai segala matlamat dengan lebih efisien. Begitu juga mengurus dan membahagikan kerja kerana pastinya tidak semua kerja dapat diselesaikan seorang diri. Pengurusan juga membabitkan pengurusan keluarga untuk memberi persekitaran rumah yang lebih harmoni.

6. Menjaga kesihatan

Dengan mempunyai tubuh badan sihat, pasti diri lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, rasa lemah badan, rasa cepat mengantuk atau hilang semangat, kadangkala ia bukan masalah kurang semangat dari segi motivasi diri.

Tetapi kita kurang bersenam! Badan yang segar dan sihat akan meningkatkan motivasi kita. Oleh itu, untuk berjaya kewangan, perlu juga menjaga kesihatan.

Menjadi seorang yang bergelar jutawan bukanlah perkara mudah dan membabitkan pelbagai aspek perniagaan dan kehidupan.

Jadikan 6 ciri ini sebagai langkah pertama anda untuk mencapai bebas masalah kewangan!

Pasangan tidak memberikan sokongan, apa yang harus anda lakukan?

Adakalanya terdapat juga keadaan apabila kita tidak mendapat sokongan keluarga atau orang tersayang. Pastinya ini menyukarkan lagi perjalanan, namun ia tidak mustahil sekiranya menjadikan keadaan sekeliling itu sebagai cabaran untuk diri sendiri terus berjaya.

Beberapa perkara perlu dilakukan, antaranya berkomunikasi dengan pasangan hidup sebaiknya. Jelaskan mengenai usaha dan impian anda serta cara untuk membantu keluarga.

Adakalanya, perlu membabitkan pasangan hidup dalam mengejar cita-cita supaya pasangan juga dapat merasakan mereka sebahagian daripada impian anda yang besar.

Berkomunikasi seharusnya dua hala, bukan saja berkongsi impian anda, tetapi juga perlu mengetahui matlamat dan impian pasangan. Mungkin matlamatnya berbeza dengan anda yang menyebabkan anda tiada sokongan.

Justeru, berkomunikasi supaya kedua-dua matlamat dan impian boleh dicapai bersama. Perlu diingat matlamat pasangan anda juga sama penting dengan matlamat anda.

Bertolak ansur melalui komunikasi supaya kedua-duanya saling menyokong usaha masing-masing.

Ada juga keadaan apabila seseorang itu tidak mendapat sokongan keluarga walaupun sudah berikhtiar untuk berkomunikasi dan bertolak ansur.

Sekiranya usaha yang ingin dilakukan diteruskan juga tanpa mendapat sokongan, apa kata jadikan itu sebagai cabaran untuk lebih berjaya dan menguatkan semangat diri.

Sering kali dalam keadaan tertekan, kita jadi lebih bersemangat dan berusaha untuk membuktikan kebolehan diri sendiri di mata keluarga.

Mana tahu apabila mendapat hasilnya, ia akan mengubahkan persepsi pasangan dan keluarga, dan ketika itu, anda akan juga mendapat sokongan mereka untuk pergi lebih jauh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Allah Tidak Menjadikan Semua Orang Jutawan?Menjadi Jutawan Dengan Cara Yang Sangat Luar Biasa!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/04/adakah-anda-memiliki-6-ciri-ciri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Takut Papa Ada Di Sini Ujar Seorang Ayah Sebelum Mencekik Putrinya Hingga Tewas

Jangan Takut Papa Ada Di Sini Ujar Seorang Ayah Sebelum Mencekik Putrinya Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 219 hits
Setelah mencekik istrinya yang tengah hamil dengan menggunakan handuk Teo Ghim Heng memutuskan membunuh putrinya Melansir The Star pada 20 Januari 2017 lalu warga Singapura bernama Teo Ghim Heng telah melakukan pembunuhan sadis terhadap ist...
Dr M Pelawa Parti Melayu Sertai Bersatu Bagi Saya Niatnya Betul Sebagai Seorang Ayahanda Dan Ahli Negarawan Kj

Dr M Pelawa Parti Melayu Sertai Bersatu Bagi Saya Niatnya Betul Sebagai Seorang Ayahanda Dan Ahli Negarawan Kj

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 357 hits
Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempunyai niat yang baik Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata semua pihak perlu melihat pelawaan Pengerus...
Sifat Mulia Seorang Pelajar Lelaki Membantu Pelajar Oku

Sifat Mulia Seorang Pelajar Lelaki Membantu Pelajar Oku

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 460 hits
Anak Siapa Tu Pandai Ibu Bapanya Mendidik Cikgu Rakam Anak Murid Dukung Kawan Istimewa Dalam Hujan Lebat Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Lebih hebat ujiannya ketika dianugerahkan dengan anak istimewa sep...
Aku Berhenti Belajar Kerana Seorang Guru Yang Berasa Dirinya Mulia

Aku Berhenti Belajar Kerana Seorang Guru Yang Berasa Dirinya Mulia

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 307 hits
Nama aku Nur dan saya nak luahkan sesuatu yang sudah lama di pendam sejak aku berumur 15 tahun lagi Ini tentang cikgu ku Biarlah aku gelarkan dia sebagai cikgu H Aku tergerak hati untuk mencoret kisah ini kerana aku terkesan dengan kisah se...
Bagaimanakah Cara Sukses Jadi Penjual Seorang Ahli Jualan

Bagaimanakah Cara Sukses Jadi Penjual Seorang Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 296 hits
Sekarang kami akan ulas tentang Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai pendapatan tambahan...
Terkorbannya Seorang Ibu Mangsa Pertama Meninggal Dunia Akibat Kes Pencemaran Pasir Gudang

Terkorbannya Seorang Ibu Mangsa Pertama Meninggal Dunia Akibat Kes Pencemaran Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 386 hits
Baru baru ini insiden pencemaran udara di Pasir Gudang telah menyaksikan ratusan pelajar dan guru daripada beberapa buah sekolah mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan Isu pencemaran tersebut bukan sahaja menjejaskan warga sekolah mala...
Cik B Nampak Mama Seorang Yang Kuat Tetapi Bila Dia Menangis Kita Pun Nak Nangis

Cik B Nampak Mama Seorang Yang Kuat Tetapi Bila Dia Menangis Kita Pun Nak Nangis

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 548 hits
Kalau bantu mama Insya ALLAH dapat lagi sebab sedih tengok apa yang jadi kat mama walaupun Cik B macam susah sedih tapi rasa sedih itu ada demikian luahan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin...
Cerita Seorang Pria Di Bangkalan Jadi Suami Cuma 5 Menit

Cerita Seorang Pria Di Bangkalan Jadi Suami Cuma 5 Menit

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 243 hits
Mohri seorang guru di Kabupaten Bangkalan Jawa Timur mendapat nama baru di belakang namanya menjadi Mohri Muhalil Nama baru itu disematkan teman teman dekatnya sejak tiga bulan lalu setelah menjadi suami kilat hanya lima menit
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya