Adakah Amber Heard Akan Kembali Ke Aquaman 2 Selepas Tewas Dalam Kes Saman Fitnah Johnny Depp


Adakah Amber Heard akan kembali ke Aquaman 2 selepas tewas dalam kes saman fitnah Johnny Depp?


Jason Momoa, Amber Heard, James Wan

Petisyen yang mendesak agar pelakon Amber Heard digugurkan dalam filem Aquaman 2 and The Lost Kingdom setakat ini telah mendapat 4.5 juta tandatangan minggu ini. 

Dua hari selepas juri membuat keputusan yang memihak kepada Johnny Depp dalam perbicaraan fitnah pasangan itu, sasaran petisyen itu telah diubah kepada 6 juta tandatangan. 


Kini, status Heard dalam sekuel DC itu semakin menjadi tanda tanya. Ketika dalam perbicaraan itu Heard berkata, peranannya dalam filem Aquaman 2 telah dikurangkan dengan begitu ketara selepas pasukan peguam bekas suaminya menggelar dakwaan penderaannya sebagai palsu. 


"Saya benar-benar berjuang dengan keras untuk terus kekal dalam filem itu. Mereka tidak mahu memasukkan saya dalam filem itu," katanya ketika memberi keterangan di mahkamah. 


Menurut satu laporan Hollywood yang dibelum disahkan, Heard hanya muncul kurang daripada 10 minit dari suntingan terakhir filem Aquaman 2. 





Ketua filem DC, Walter Hamada juga dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan Heard yang mengatakan kemunculannya dalam filem itu dikurangkan. Walter bagaimanapun menafikan dakwaan Heard kononnya perkara itu berlaku disebabkan oleh dakwaan pasukan peguam Depp. 
Menurut Walter, peranan Heard telah ditentukan dalam perkembangan awal skrip. Namun disebabkan kurangnya keserasian di antara Heard dan Jason Momoa menjadi punca utama kemunculan Heard dalam filem itu dikurangkan. 


Meskipun petisyen yang dibuat sebelum ini telah mencapai sasarannya, DC tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kedudukan Heard sama ada dia akan terus kekal atau sebaliknya dalam filem Aquaman 2. 


Filem Aquaman 2 and The Lost Kingdom dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 2023, susulan pihak produksi mengalami masalah yang tidak dinyatakan. 


Pengarah filem tersebut, James Wan berkata, pihaknya mengambil masa tambahan untuk menyiapkan kesan-kesan khas. Masalah yang sama juga berlaku kepada filem DC lain seperti Black Adam dan DC League of Super-Pets.


Hanya seorang pelakon dari filem Aquaman telah bercakap secara terbuka mengenai Heard, iaitu Dolph Lundgren. 





"Dia hebat, saya bekerja dengannya di filem Aquaman pertama, kini yang kedua. Kami jalani penggambaran pada musim luruh lalu di London. Dia hebat, saya mempunyai pengalaman hebat dengannya. 
"Dia sangat baik, baik dengan kru, baik dengan semua orang, sangat merendah diri. Dia mempunyai bayi yang baru lahir bersama dengannya di set penggambaran dengan pengasuh yang agak comel," katanya. 


Petisyen online untuk mendesak Heard digugurkan dari filem Aquaman 2 mula mendapat perhatian pada November 2020 dan mencapai 1.5 juta tandatangan selepas Depp digugurkan dari francais Fantastic Beasts. 


Pada Julai 2021, penerbit Aquaman 2, Peter Safran, mengulas mengenai desakan untuk menggugurkan Heard daripada filem itu. Peter berkata, pihaknya tidak akan mengendahkan desakan itu dan akan terus mengekalkan penglibatan Heard. 


Sumber: The Independent


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/06/adakah-amber-heard-akan-kembali-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amber Heard Penipu Johnny Depp Menang Saman Fitnah

Amber Heard Penipu Johnny Depp Menang Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 314 hits
Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp 58 terhadap bekas isteri Amber Heard 36 juri yang bersidang di Mahkamah Circuit Fairfax Country Virginia memutuskan bahawa pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi ...
Hiburan Sama Sekali Tidak Kalah Kes Mahkamah Amber Heard Berkeras Enggan Bayar Saman Kepada Johnny Depp

Hiburan Sama Sekali Tidak Kalah Kes Mahkamah Amber Heard Berkeras Enggan Bayar Saman Kepada Johnny Depp

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 176 hits
Sebelum ini kecoh di rata rata media sosial mengenai berita kemenangan pelakon Hollywood Johnny Depp selepas juri mendapati kenyataan Amber Heard mengenai perkahwinannya mereka adalah palsu dan didakwa telah berniat jahat Selepas kalah dala...
Hiburan Fake Nangis Lagi Ke Tu Kalah Kes Saman Fitnah Muka Blank Amber Dikecam Ramai

Hiburan Fake Nangis Lagi Ke Tu Kalah Kes Saman Fitnah Muka Blank Amber Dikecam Ramai

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 134 hits
Setelah sekian lama perbicaraan berlangsung akhirnya kemenangan berpihak kepada pelakon Hollywood Johnny Depp selepas juri mendapat kenyataan Amber Heard mengenai perkahwinannya adalah palsu dan didakwa telah berniat jahat Setelah mengetahu...
Johnny Depp Menang As 15 Juta Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri

Johnny Depp Menang As 15 Juta Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 140 hits
Pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp dianugerahkan AS 15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya sebentar tadi Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon francais filem Pirates of the Caribbean itu dan Amber H...
Zahid Hamidi And Hadi Awang Quarrel In Public Like Amber Heard And Johnny Depp

Zahid Hamidi And Hadi Awang Quarrel In Public Like Amber Heard And Johnny Depp

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 113 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has claimed that PAS president Abdul Hadi Awang was against holding an early general election out of fear the party may lose more seats The former deputy prime minister said that PAS which currently holds 1...
Johnny Depp Menangkan Gugatan Pencemaran Nama Baik Atas Amber Heard

Johnny Depp Menangkan Gugatan Pencemaran Nama Baik Atas Amber Heard

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 150 hits
Tak hanya berhak atas ganti rugi sebesar Rp218 milliar dari mantan istrinya itu Johnny juga merasa bersyukur karena nama baiknya telah dipulihkan
Permintaan Perfume Dior Sauvage Dilapor Meningkat Ketika Perbicaraan Fitnah Johnny Amber

Permintaan Perfume Dior Sauvage Dilapor Meningkat Ketika Perbicaraan Fitnah Johnny Amber

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 105 hits
Pada 1 Jun lalu pihak juri telah memutuskan untuk berpihak kepada Johnny Depp dan kes sama fitnah membabitkan artikel yang ditulis oleh Amber Heard di Washington Post Ekoran daripada itu pihak mahkamah telah sebulat suara memutuskan bahawa ...
Warner Bros Pictures Dikhabarkan Membuang Semua Adegan Amber Heard Dari Filem Aquaman And The Lost Kingdom

Warner Bros Pictures Dikhabarkan Membuang Semua Adegan Amber Heard Dari Filem Aquaman And The Lost Kingdom

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 157 hits
Berikutan keputusan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isterinya Amber Heard Warner Bros Pictures dikhabarkan akan memadam adegan yang melibatkan aktres itu dari filem Aquaman and the Lost Kingdom Pekara tersebut didedahkan sumber ...
Watak Amber Heard Dalam Filem Aquaman 2 Dipadamkan

Watak Amber Heard Dalam Filem Aquaman 2 Dipadamkan

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 363 hits
Watak Amber Heard dalam filem Aquaman 2 dipadamkan Sedang heboh di portal hiburan antarabangsa yang mendakwa watak yang dilakonkan oleh Amber Heard dalam filem Aquaman 2 The Lost Kingdom akan dipadamkan Dakwaan itu tular susulan seorang wan...
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Police To Meet Ag On Further Action Against 10 Sosma Detainees Linked To Israeli Man Says Kl Top Cop

Don T Use Mosques Suraus For Political Activities Reminds Jais

There Is An Awakening

2 Aidilfitri 2024