Adakah Air Masak Selamat Untuk Bayi
Assalamualaikum & Hi Semua!
Adakah Air Masak Selamat Untuk Bayi?
Image: Kingdom of Baby
Adakah air masak selamat untuk bayi? Jika suatu ketika dahulu saat media sosial masih tidak meluas, agak sukar untuk mendapatkan info lebih-lebih lagi berkaitan kesihatan. Umum mengetahui terlalu banyak kes berkaitan nenek mahupun atuk memberikan air masak kepada bayi berusia bawah 6 bulan. Tahukah anda mengapa air masak tidak sesuai untuk bayi? Tahukah anda mengapa air masak jua tidak memberi manfaat pada bayi? Ini kerana terdapatnya beberapa sebab dari segi klinikal yang menunjukkan mengapa air masak tidak sesuai untuk bayi. Antaranya adalah seperti di bawah.
Air masak hanya boleh diberi selepas bayi berusia 6 bulan.
Pada usia ini, buah pinggang bayi tidak mampu untuk menangani terlalu banyak air. Pemberian air masak boleh mengakibatkan bayi mengalami air berlebihan didalam tubuh dan mempunyai risiko otak membengkak dan kematian.
Antara gejala bayi yang terlebih air adalah muntah, mengantuk, kelesuan, berpeluh berlebihan, suhu badan rendah, kencing berlebihan iaitu enam hingga lapan kali lampin basah dan harus ditukar dalam tempoh sehari atau muka membengkak serta anggota badan lesu.
Dapatkan rawatan segera sekiranya ada gejala tersebut.
MasyaAllah. Mujur ada peringatan dari pihak PHM dalam mendidik masyarakat. Semoga masyarakat kita kini akan lebih peka dan beringat sebelum melakukan sesuatu. Baik yang muda mahupun tua. Petua orang tua-tua dulu tak salah, namun kena kaji terlebih dahulu adakah ia bagus, memudaratkan ataupun tidak. Adakah ia bersesuaian dengan masa kini mahupun tidak. Semoga kita sama-sama berlapang dada.
Kesimpulannya, air masak bukan tak boleh diberi pada bayi. Tetapi haruslah di tunggu pada usia yang sesuai. Ketika mereka boleh menikmati makanan pertama mereka seawal usia 6 bulan. Saat itu buah pinggang bayi sudah mula matang. Apapun, untuk info selanjutnya silalah berhubung dengan Klinik Kesihatan berdekatan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima Kasih.
Kredit : Public Health Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadhiewueen.blogspot.com/2021/11/air-masak-bukan-untuk-bayi.html