Adakah Ahli Keluarga Dikumpulkan Kembali Di Syurga



SOALAN:
Adakah ahli keluarga seperti adik beradik dan sebagainya akan dikumpulkan semula di syurga walaupun berbeza darjat dan amal perbuatan?

JAWAPAN:
Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ
“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka.” (Surah al-Tur: 21)

Ibn Abbas R.Anhuma dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Allah SWT akan meninggikan darjat orang beriman pada darjatnya meskipun mereka berada di bawahnya dalam amal perbuatan. Hal itu agar dia merasa senang dengan kehadiran mereka.” Kemudian beliau membacakan firman Allah SWT (di atas).

Seterusnya Ibn Abbas R.Anhuma turut menyebut: “Mereka adalah keturunan orang beriman yang meninggal dunia dalam keadaan beriman. Meskipun tempat tinggal ibubapa mereka lebih tinggi daripada tempat tinggal mereka, namun mereka dipertemukan dengan ibu bapa mereka tanpa mengurangkan sedikit pun amal perbuatan mereka.” Demikian juga yang dikemukakan oleh al-Sya'bi, Sa'id bin Jubair, Ibrahim al-Nakha'ie, Qatadah dan lain-lain. (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Tafsir Ay al-Quran, 22/467)

Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata: “Allah SWT memberitahu tentang kurniaan, kemurahan, anugerah dan kelembutan-Nya kepada semua makhluk-Nya serta kebaikan-Nya, bahawa jika orang-orang Mukmin itu diikuti oleh keturunan mereka, maka mereka akan dipertemukan dengan bapa-bapa mereka di suatu tempat, meskipun amal perbuatan mereka tidak sampai pada amal-amal bapa mereka. Ini supaya bapa-bapa mereka itu merasa senang dengan kehadiran anak-anaknya di sisi mereka, di tempat kediaman mereka. Mereka dikumpulkan dengan cara yang paling baik, iaitu orang yang mempunyai amal yang kurang akan ditinggikan darjatnya melalui orang yang amalnya sudah sempurna. Dan hal itu sama sekali tidak menjadikan amalannya berkurang dan kedudukannya menurun sehingga terjadi kesamaan antara orang ini dengan orang yang tinggi darjatnya itu.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/550)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman:

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ
“Iaitu syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka.” (Surah al-Ra’d: 23)

Ibn Kathir berkata: “Maksudnya, Allah SWT mengumpulkan mereka dengan orang-orang yang mereka cintai di dalam syurga itu, iaitu bapa-bapa, isteri-isteri dan anak cucu mereka yang layak untuk masuk syurga, daripada kalangan orang-orang yang beriman. Hal tersebut supaya hati mereka terhibur dan senang dapat berkumpul dengan mereka semua, sehinggakan Allah mengangkat darjat mereka yang rendah menjadi lebih tinggi berkat anugerah dan kebaikan Allah kepada mereka, tanpa mengurangkan darjat orang-orang yang memang memiliki darjat yang tinggi.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 4/388)

Kesimpulan

Berdasarkan nas-nas di atas, ahli keluarga boleh dikumpulkan semula di dalam syurga walaupun berbeza darjat dan amal perbuatan. Mereka akan dikumpulkan tanpa mengurangkan darjat bagi yang sudah memiliki kedudukan darjat yang tinggi.

Namun, kita tidak sewajarnya menyibukkan fikiran kita dengan terlalu berfikir secara mendalam berkenaan hal ehwal perkara ghaib seperti situasi di dalam syurga. Akan tetapi kita hendaklah fokus dalam melakukan perkara-perkara yang boleh menjadi sebab agar kita dimasukkan ke dalam syurga dan menjauhkan kita daripada api neraka. Mudah-mudahan kita termasuk dari kalangan orang-orang yang berjaya seperti firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.” (Surah Ali Imran: 185)

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/adakah-ahli-keluarga-dikumpulkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Kami Umrah Bersama Keluarga

Ahli Kami Umrah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 314 hits
Seramai 44 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga Kelab Aktivis Media Inspirasi akan berangkat ke Madinah dan seterusnya ke Mekah untuk mengerjakan Umrah Sebelum ini aktiviti KAMI berkisar misi kemanusian di dalam dan luar negara selai...
Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga Di Cherating

Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga Di Cherating

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 286 hits
Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating l Assalamualaikum Selain dari Kuantan Cherating juga antara tempat yang ramai dikunjungi untuk bercuti di negeri Pahang Jarak antara Cherating dengan Kuantan sekitar 40 minit pe...
Lee Tuck Gembira Messi Tranung Kembali

Lee Tuck Gembira Messi Tranung Kembali

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 348 hits
Selepas gagal menyerlah bersama Selangor pada musim 2019 Faiz Nasir akhirnya kembali ke Terengganu FC untuk mewakili pasukan yang telah menaikkan kariernya sebelum ini dan bergabung semula dengan kapten Lee Andrew Tuck di bahagian tengah Le...
Pemudik Natal Kembali Padati Tol Cikampek Contraflow Diberlakukan Sepanjang 14 Km

Pemudik Natal Kembali Padati Tol Cikampek Contraflow Diberlakukan Sepanjang 14 Km

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 184 hits
Lalu lintas kendaraan di Tol Jakarta Cikampek mulai mengalami kepadatan pada pagi ini di sejumlah titik akibat meningkatnya volume kendaraan pemudik Natal dan Tahun Baru Polisi membuka sistem contraflow sepanjang 14 kilometer
Sempat Ditutup Lalu Lintas Tol Layang Jakarta Cikampek Kembali Normal

Sempat Ditutup Lalu Lintas Tol Layang Jakarta Cikampek Kembali Normal

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 317 hits
Penutupan jalan tol tersebut bersifat situasional dan sepenuhnya atas diskresi kepolisian tutur Heru
Mara Kembali Ke Pelaburan Teras Pendidikan

Mara Kembali Ke Pelaburan Teras Pendidikan

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 169 hits
Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan MARA akan fokus kepada sektor teras pendidikan dan tidak lagi mengulangi kesilapan pelaburan era BN yang menyebabkan kerugian teruk Pengerusi Mara Hasnita Hashim dalam surat terbuka kepada pemegang taruh ha...
Putrade Allsuites At Rpgc Dibuka Kepada Penginapan Keluarga Yang Selesa Dan Berbaloi Di Ipoh

Putrade Allsuites At Rpgc Dibuka Kepada Penginapan Keluarga Yang Selesa Dan Berbaloi Di Ipoh

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 383 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hujung tahun ni ada jer plan Maha nak pergi jalan jalan walaupun tak jauh dalam negara pun cukup rasa seronok sangat Yer lah dapat restkan minda da...
Keluarga Kerajaan India Sewakan Kamar Istana Lewat Airbnb

Keluarga Kerajaan India Sewakan Kamar Istana Lewat Airbnb

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 275 hits
Keluarga kerajaan dari India menjadi host Airbnb dengan menyewakan kamar termewah yang pernah digunakan Pangeran Charles
Wanita Dakwa Ditinggal Suami Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar

Wanita Dakwa Ditinggal Suami Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 530 hits
Surabaya Indonesia Didakwa malu kerana anak mengalami penyakit berkepala besar seorang suami bertindak tinggalkan isteri dan anaknya Dina Oktavia 21 berkata dia tidak menyangka kehadiran Muhammad Pandhu Firmansyah berusia lima bulan itu men...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

Bentuk Jati Diri Dari Kecil Nurul Izzah Cadang Pengakap Bermula Seawal Darjah Satu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Memohon Cinta Allah Kekasih Nya Dan Amal Terbaik

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447

Pengkhianat Sabah Hukuman Buang Kerakyatan Mungkin Setimpal