Adakah Adik Beradik Kepada Bapa Susuan Termasuk Dalam Kalangan Mahram



SOALAN:
Nak tanya sikit batas aurat anak susuan. Adakah adik beradik kepada suami (bapa susuan) ibu susuan tersebut halal bersentuhan yakni tidak batal wudhu' atau haram untuk bersentuhan?

JAWAPAN:
Berkenaan isu mahram, dari sudut bahasa terdapat beberapa pengertian seperti yang telah disebutkan oleh para fuqaha’. Antaranya kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:

Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
Manakala dari sudut istilah para fuqaha’ mahram bermaksud: “Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.” [Rujuk: Kaasyifah al-Saja, Nawawi bin ‘Umar (Hlm. 114)]

Dalam menghuraikan makna-makna ayat dalam pendefinisian di atas, kami perincikan ia seperti berikut:

Pada perkataan ‘dalam bentuk al-ta’bid’ membawa maksud: Ia tidak termasuk adik beradik perempuan kepada isteri. Begitu juga ibu saudara isteri dari sebelah ayah dan juga ibu saudara isteri dari sebelah ibu. Ini kerana pengharaman mereka itu dari sudut apabila dihimpunkan bersama sahaja (iaitu berkahwin dalam masa yang sama antara isteri dan ibu-ibu saudara mereka atau adik beradik perempuan mereka).

Manakala perkataan ‘bukan kerana kemuliaannya’ merujuk kepada isteri-isteri Nabi SAW. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan kemuliaan mereka. Mereka diharamkan kepada keseluruhan umat dan juga ke atas para Nabi juga.

Dan perkataan ‘bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’ adalah seperti wanita Majusi, ataupun wanita yang murtad. Ini kerana pengharaman mereka adalah disebabkan penghalang yang boleh hilang. Maka boleh menjadi halal pada waktu yang lain (seperti apabila mereka memeluk Islam).

Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah SWT:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Al-Nisa’ (23)]

Imam Al-Mawardi Rahimahullah menukilkan kata-kata Imam Al-Syafi’e yang menyebut:

أَصْلُ مَا يَحْرُمُ بِهِ النِّسَاءُ ضَرْبَانِ أَحَدُهُمَا بأنسابٍ، وَالْآخَرُ بأسبابٍ مِنْ حَادِثِ نكاحٍ أَوْ رضاعٍ
“Asal perkara yang menjadikan seorang wanita itu mahram adalah dua bahagian. Pertamanya adalah ansab (nasab keturunan) dan berikutnya adalah asbab (sebab-sebab), iaitu daripada pernikahan atau susuan.” [Rujuk: Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]

Kemudian Imam Al-Mawardi menghuraikannya dengan lebih lanjut melalui katanya: “Wanita yang mahram itu ada dua kategori. Pertamanya, bahagian yang mana individu ini haram secara selamanya. Manakala bahagian yang lain adalah haram untuk dihimpunkan (dalam satu masa yang sama sahaja). Dan bahagian yang individunya menjadi mahram selamanya ada dua bahagian iaitu melalui nasab serta asbab (perkahwinan dan susuan).” [Rujuk: Al-Hawi Al-Kabir, Al-Mawardi (9/196)]

Implikasi mahram dalam kategori nasab dan juga asbab (perkahwinan dan susuan) ini adalah seperti berikut:

Haram berkahwin dengannya.Boleh bersalaman dengannya.Boleh bersendirian (berkhalwat) bersamanya.
Justeru berdasarkan beberapa kenyataan di atas, dapat difahami bahawa susuan juga turut menjadikan seseorang itu sebagai mahram selain daripada nasab. Bahkan terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
“Menjadi mahram menerusi susuan itu adalah sama seperti menjadi mahram menerusi nasab.” [Riwayat Al-Nasa’ie (3302)]

Dalam ayat ke-23 dari surah Al-Nisa’ di atas, Allah SWT menjelaskan antara mahram bagi seorang lelaki itu adalah:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
“Dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu (ibu-ibu susuan) dan juga adik beradik perempuan kamu dari susuan (adik beradik susuan).”

Maka secara mafhumnya, sekiranya anak yang disusui tersebut adalah anak perempuan, maka bapa susuannya adalah mahram kepada dirinya. Ini kerana susu tersebut adalah terhasil darinya. Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa adik-beradik lelaki kepada bapa susuan adalah bapa saudara susuan bagi seorang perempuan yang merupakan anak susuan. Justeru, ia turut mengikut keadaan yang sama dengan kemahraman dari sudut nasab. Dari sudut nasab, bapa saudara dari sebelah ibu (adik-beradik lelaki ibu) atau dari sebelah bapa (adik-beradik lelaki bapa) adalah mahram bagi seorang perempuan.

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa bapa saudara susuan mengambil pakai hukum yang sama dengan bapa saudara dari sudut nasab. Ini berdasarkan riwayat yang menyebutkan bahawa menjadi mahram dengan sebab susuan berdasarkan apa yang menjadi mahram dari sudut nasab.

Oleh yang demikian, implikasi kemahraman bapa saudara susuan dengan anak perempuan ini adalah haram bagi mereka untuk berkahwin, dibolehkan bersalaman, serta batasan aurat adalah seperti sesama mahram, dari sudut tidak diwajibkan bagi perempuan tersebut menutup keseluruhan tubuh badannya selain muka dan kedua tapak tangan di hadapan mahramnya.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/adakah-adik-beradik-kepada-bapa-susuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Setakat Comel Anak Pakai Sedondon Tapi Boleh Kuatkan Bonding Adik Beradik

Bukan Setakat Comel Anak Pakai Sedondon Tapi Boleh Kuatkan Bonding Adik Beradik

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 438 hits
Bila anak dipakaikan baju sedondon dengan adik beradik lain orang sekeliling akan nampak macam comel je Malah ada sesetengah ibu berpendapat cara ini lebih mudah nak nampak anak dari jauh Bukan setakat itu sahaja sebenarnya cara ni boleh ku...
Geram Nafkah Batin Tak Dilayan Suami Ajak Adik Beradik Rogl Isteri Yang Baru Dinikahi Sampai Parah

Geram Nafkah Batin Tak Dilayan Suami Ajak Adik Beradik Rogl Isteri Yang Baru Dinikahi Sampai Parah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 1040 hits
Geram Tak Dilayan Suami Ajak Adik Beradik Rogol Isteri Yang Baru Dinikahi Satu kes jenayah rogol yang belum terjadi sebelumnya telah menggemparkan negeri aceh yang dijuluki dengan nama serambi mekkah itu Empat lelaki yang merupakan adik ber...
Jangan Mengumpat Dan Menghina Adik Beradik Susah Akibatnya Berat

Jangan Mengumpat Dan Menghina Adik Beradik Susah Akibatnya Berat

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 338 hits
Akhir zaman ini ujian yang paling berat untuk dihadap apabila adik beradik tak lagi sebulu Bila masing masing sudah berkeluarga mak ayah ada yang dah tiada sedihnya hubungan kian renggang Ada saja yang tak kena di mata kakak abang mahupun a...
Belajar Tak Pandai Lelaki Ini Gigih Buat 3 Kerja Demi Bantu Ibu Adik Beradik Tabik

Belajar Tak Pandai Lelaki Ini Gigih Buat 3 Kerja Demi Bantu Ibu Adik Beradik Tabik

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 467 hits
Tak ramai yang sanggup buat sampai 3 kerja small Cover image via Twitter ZareppZikry small Ramai graduan masa kini yang mengeluh bahawa kos sara hidup semakin meningkat Bahkan ramai juga graduan lulusan universiti yang menganggur dan sukar ...
Gadis Kecil Tekad Jaga 4 Adik Lepas Bapa Maut Dilanggar Pemabuk

Gadis Kecil Tekad Jaga 4 Adik Lepas Bapa Maut Dilanggar Pemabuk

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 343 hits
Sebelum ini telah tular di media sosial apabila sepasang suami isteri mengalami kemalangan disebabkan kecuaian seorang pemandu mabuk Sang suami meninggal dunia serta merta manakala isterinya dilaporkan cedera parah Lebih meruntun jiwa apabi...
Adik Sayang Sangat Papa Ucapan Terakhir Anak Buat Bapa Sebelum Pergi Menghadap Ilahi

Adik Sayang Sangat Papa Ucapan Terakhir Anak Buat Bapa Sebelum Pergi Menghadap Ilahi

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 478 hits
Adik sayang sangat papa telah menjadi ucapan terakhir dari Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin sebelum pergi buat selamanya Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin 3 telah ditiikam oleh bapa saudaranya di Felda Cherul 2 Kemaman Terengganu petang semalam AD...
Dua Beradik Jatuh Dari Tingkat 4 Adik 3 Tahun Maut Kakak Cedera Parah

Dua Beradik Jatuh Dari Tingkat 4 Adik 3 Tahun Maut Kakak Cedera Parah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 620 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun maut manakala kakaknya berusia enam tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat kuarters guru di sebuah sekolah berasrama di Jalan Sungai Pusu Gombak semalam Kejadian disedari oleh...
2 Doktor Cedera Digigit Sut Hazmat Dikoyakkan Waris Selepas Bapa Mertuanya Meninggal Dunia Akibat Koronavirus

2 Doktor Cedera Digigit Sut Hazmat Dikoyakkan Waris Selepas Bapa Mertuanya Meninggal Dunia Akibat Koronavirus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 563 hits
The ReporterDua doktor yang bekerja siang malam untuk menyelamatkan pesakit positif koronavirus telah digigit oleh waris pesakit selepas bapa mertuanya yang berusia 68 tahun meninggal dunia dipercayai akibat wabak itu Suspek dilapor menyera...
Kalau Sedia Jadi Bapa Anak Anak Saya Masuklah Meminang

Kalau Sedia Jadi Bapa Anak Anak Saya Masuklah Meminang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 281 hits
Hampir tujuh tahun hidup solo dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal sudah pasti Rita Rudaini tidak pernah terlepas dengan soalan mengenai jodoh Namun menurut Rita dia reda dan hanya mengikut aturan yang telah ditetapkan Allah Rita...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut