Adab Reply Email Tahu Tak Apa Itu From To Cc Bcc
Salam to all readers,
| Adab Reply Email | Tahu tak apa itu From, To, BCC? | Sepanjang aku kerja admin sekarang aku memang sedikit sebanyak belajar mengenai hantar email kepada orang, approved skill penulisan ya juga bukan main send je. Ikutkan sebelum aku kerja admin, aku kerja bahagian marketing pun tak banyak sangat email nak kena hantar keluar.
So ayuh guys aku ajar korang details apa itu From, To, CC, and BCC. Siapa patut balas email tersebut. Dulu awal masuk aku pakai noted je semua email, now kau kena tengok betul-betul content dia apa dan betul ke email tu tuju pada kau. Nanti kelak terjerat diri sendiri gitu. So make sure your kerja play hard work smart gitu. Jom aku terangkan serba sedikit apa itu from, to, cc and bcc terlebih dahulu.
"FROM" merujuk kepada orang yang hantar email ke luar.
"TO" ini merujuk kepada email tersebut dituju kepada orang tersebut. Hanya orang atau individu yang dikategori dalam "to" ini sahaja perlu reply email tersebut. Justeru sebelum reply, tengok dulu nama korang tergolong dalam kategori mana satu sama ada to ataupun CC sahaja.
Seandainya nama korang tergolong dalam kategori "To" dan terdapat nama lain pada bahagian "CC", makesure waktu reply please "REPLY ALL". Ini memaklumkan respond dari anda sedikit sebanyak dimaklumkan kepada semua orang. Tambah sekarang work from home, kalau kome "reply" je buatnya ada boss dalam bahagian "CC" tak nampak respond dari anda dah dikatakan tak buat kerja. Justeru, nak selamat, klik button "REPLY ALL". Nampak rude juga kalau hanya tekan button "reply". Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.
"CC" bermaksud Carbon Copy. Orang-orang namanya tergolong dalam "CC" ini TIDAK DIPERLUKAN untuk reply email tersebut. CC merupakan salinan daripada sender, biasanya untuk memaklumkan kepada yang lain berkenaan email tersebut. Biasa Public Relation akan buat kepada semua audience dia. If "CC" nak reply atau tambah something additional info boleh reply keada sender. No need to reply all.
Akhir sekali "BCC" ia memberi maksud Blind Carbon Copy. Buat penerima email pada bahagian "To" & "CC" mereka TIDAK AKAN TAHU siapa yang "BCC". Pendek cerita BCC ini tidak akan keluar pun pada bahagian email details. Hanya sender yang tahu semua orang yang dia send.
Justeru bila dapat email, respondlah kalau perlu ya adik-adik. Kita pun tak tahu sama ada wujud tak orang dalam BCC tersebut. Mana tahu sender ada "BCC" boss. Mujur email aku semua memang cc boss. Biasanya kewujudan BCC ini berlaku bila HR blast email to all staff then BCC boss. Nak tengok apa respond para pekerja. ;)
Kalau anda dah terima email tersebut tapi perlu tunggu jawapan terlebih dahulu, boleh je ambil bahasa orang kata. Contohnya;
Hi Sirs,
Thank you for your email. I shall get back to you shortly.
Paling penting, jaga adab okay, sungguhpun orang yang hantar email tu kamcing dengan kau. Orang bukan pikir kamcing ke tak. Lets says korang dah berhubung melalui terlefon berkenaan telefon berkenaan email ini, boleh je reply like this.
Hi Dear,
As per conversation.
Thank you.
........
As per mentioned. (XXXXX merujuk perbincangan yang korang bualkan)
Thank you.
......
Aku pun still belajar untuk penambahbaikan ayat untuk reply. Dah boring guna ayat sama, so during weekend bolehlah belajar dekat youtube, google, banyak orang share apa ayat sesuai nak mulakan. Pengakhiran ayat macam mana. Macam-macam ada dekat internet. Nak dengan tidak je.
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/02/adab-reply-email-tahu-tak-apa-itu-from.html