Adab Menantu Terhadap Mertua Dan Mertua Terhadap Menantu


Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu- Apabila seseorang lelaki bernikah sahaja dengan pasangannya, secara tidak langsung akan terus mendapat ibu bapa mertua, begitu juga bagi wanita. Taraf dan penghormatan terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa sendiri. Ada tanggungjawab yang kita sebagai menantu perlu laksanakan kepada mereka

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. 

Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu akan menjadi kurang selesa

Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam


Bagi sesetengah pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meskipun di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. 
Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga, maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka

Cara mewujudkan hubungan yang baik
Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. 
Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:
Tips Buat MENANTU
1. Berdamai dengan diri sendiri:- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan

Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu menyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan: ”change your thoughts and you will change your world”. 
Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua

Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudakan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbgai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pmikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung

2. Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:- Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki budaya keluarga yang berbeza. Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah

Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. 
Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan ,pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak,sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik,segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri

3. Menyamakan ibu bapa pasangan dengan ibu atau bapa sendiri- Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita

Menantu juga hendaklah menunjukkan siakp bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada


Tips Buat MERTUA
1. Penghargaan kita kepada menantu itu.- Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun, jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai

2. Memberi ruang kepada anak menantu menentukan arah dan perjalanan kehidupan berumahtangga mereka.- Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. 
Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak,tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka

3. Mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga.- Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda.Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam,kita boleh menerima saranan mereka

4. Erat silaturrahim dengan keluarga menantu.- Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini,secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu

5. Mengambil tahu apa yang disukai menantu- Mertua juga perlulah mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya

6. Mengambil berat terhadap menantu- Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan

7. Tidak membeza-bezakan menantu dengan anak kandung.- Mertua yang baik adalah mertua yang tidak membeza-bezakan anak sendiri dengan menantu. Jika mertua telah menerima pilihan anaknya, maka mertua perlulah bertindak melayan menantu seperti anak sendiri. Jangan sesekali melebihkan anak sendiri dari menantu sehingga membuatkan menantu berkecil hati


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/08/adab-menantu-dan-mertua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Johor Tindakan Tegas Terhadap Individu Zalimi Kanak Kanak

Mb Johor Tindakan Tegas Terhadap Individu Zalimi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 300 hits
JOHOR BAHRU Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana mana individu yang menzalimi kanak kanak kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi Beliau turut meluahkan perasaan sedih atas kes kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipe...
Zahid Perlu Bertanggungjawab Terhadap Prestasi Buruk Umno Kata Penganalisis

Zahid Perlu Bertanggungjawab Terhadap Prestasi Buruk Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 144 hits
freemalaysiatoday com 13 Aug 2023Perpecahan undi Melayu dan sambutan hambar terhadap kerjasama dengan Pakatan Harapan juga faktor kekalahan besar Umno Zahid Hamidi mengukuhkan cengkaman dalam Umno apabila jawatan presiden tidak dibenar dipe...
Aud Usd Hari Bertindak Balas Terhadap Rintangan

Aud Usd Hari Bertindak Balas Terhadap Rintangan

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 180 hits
Pasangan AUD USD kini menunjukkan trend kenaikan harga yang agak lemah Ramai yang menjangkakan penembusan kenaikan harga menembusi tahap rintangan pertama dengan potensi menuju ke tahap rintangan kedua Rintangan pertama pada 0 6591 yang ber...
Kes Muhyiddin Dijangka Ubah Keyakinan Masyarakat Terhadap Pn

Kes Muhyiddin Dijangka Ubah Keyakinan Masyarakat Terhadap Pn

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 244 hits
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan empat pertuduhan dihadapinya dijangka menghangatkan perbincangan politik dalam kalangan masyar...
Din Menantu Hang Pi Mana

Din Menantu Hang Pi Mana

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 350 hits
MACC on the hunt for duo including Muhyiddin s son in law The MACC is on the hunt for two individuals to assist in investigations into a project regarding the registration and storage of biometric information for foreign workers One of them...
Kisah Perjalanan Menantu Mahiaddin Lari Tak Balik Balik

Kisah Perjalanan Menantu Mahiaddin Lari Tak Balik Balik

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 252 hits
Zunar Cartoonist Fan Club1 Adlan Berhan keluar dari Malaysia pada Mei 2023 sampai sekarang tak balik balik 2 11 Januari 2021 Abah umum darurat Parlimen digantung 29 Januari 2021 Abah bagi projek kepada syarikat IRIS Information Technology S...
Muhyiddin Dicabar Dedah Lokasi Menantu Bantu Siasatan Sprm

Muhyiddin Dicabar Dedah Lokasi Menantu Bantu Siasatan Sprm

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 184 hits
Malaysiakini Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yan...
Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 221 hits
bharian com myOleh Ogos 6 2023 10 00am Foto hiasanApa ada pada Pilihan Raya Negeri dan apa kaitannya dengan perjalanan politik Malaysia Hakikatnya PRN di Negeri Sembilan Selangor Pulau Pinang Kedah Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini a...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Bertindak Tegas Terhadap Penceroboh Tanah

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Bertindak Tegas Terhadap Penceroboh Tanah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 184 hits
KUANTAN Tindakan mengheret pihak yang terlibat dengan aktiviti pencerobohan tanah di negeri ini terus ke mahkamah membuktikan ketegasan kerajaan negeri Pahang dalam menangani isu alam sekitar dan ketirisan hasil kerajaan Menteri Besar Pahan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan