Adab Dalam Media Sosial



Media sosial kini telah menjadi kaedah alternatif untuk berhubung dengan seseorang. Ada yang dapat berjumpa semula dengan kenalan lama setelah berpuluh tahun tidak bertemu. Ada yang berkenalan dengan kenalan baharu dan mengenali pelbagai budaya, perniagaan dan bermacam-macam maklumat.

Hampir setiap dari kita mempunyai akaun media sosial yang digunakan untuk pelbagai perkara seperti Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi Whatsapp dan sebagainya. Bahkan ada yang menghabiskan hampir keseluruhan waktunya pada media sosial. Statistik menunjukkan, sehingga Jun 2017, sebanyak 19 juta daripada rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia antara pengguna yang aktif dalam penggunaan media sosial. Namun dalam keghairahan kita menggunakan laman sosial itu, ada adab-adab dan peraturan yang perlu kita patuhi sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT. Antaranya:

1. Menyampaikan perkara yang baik

Laman sosial menjadi medan untuk kita berkongsi menyampaikan maklumat pada perkara yang baik kerana menyampaikan perkara-perkara yang baik akan memperoleh ganjaran pahala. Ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak mana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya.” (Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita hendaklah menjauhi dan menghentikan perkara yang tidak baik seperti fitnah, mengadu domba, membuka akaun palsu untuk mengaib dan menjatuhkan maruah orang lain, menghantar ayat-ayat berbaur lucah, hingga membawa kepada perselisihan dan persengketaan sesama manusia. Perbuatan yang buruk ini merupakan dosa yang wajib dihindari.

2. Pastikan sahih, sebelum disebarkan

Kita sebagai pengguna media sosial juga hendaklah memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Memastikan kesahihan ini merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap individu. Walaupun penulisan itu bukan tulisan kita tetapi kita turut berdosa kerana bertindak menyebarkannya. Peringatan ini dijelaskan oleh Allah SWT sepertimana firman-Nya dalam surah Qaf ayat 18 yang bermaksud:

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya Malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

Bahkan Nabi kita Muhammad SAW juga mengingatkan melalui sebuah hadis-Nya daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba apabila menuturkan satu perkataan yang tidak dipastikan kebenarannya terlebih dahulu, akan membawanya ke neraka yang jaraknya lebih jauh dari jarak antara timur dan barat.” (Muttafaqun Alaih)

3. Menjaga batas-batas pergaulan

Dalam pada kita asyik dengan pertemuan kawan-kawan lama, berkenalan dengan rakan baharu, ada batas yang perlu dijaga. Ikhtilat atau perbualan serta komunikasi dengan yang bukan mahram secara melampau adalah satu perkara yang perlu kita lihat secara serius bagi mengelakkan mudharat di kemudian hari.

Semasa kita berkomunikasi di laman sosial, elakkan daripada berkomunikasi dengan terlalu mesra dan manja sehingga menimbulkan fitnah dan merosakkan hubungan dalam rumahtangga. Pastikan apa yang ingin disampaikan jelas dan nyata serta terus kepada maksud.

Akibat daripada batas perbualan yang tidak dikawal dengan sebaiknya dalam penggunaan media sosial, dibimbangi akan terjadi permasalahan hati yang menjerumus kepada keruntuhan akhlak. Oleh itu batasilah perbualan di laman sosial dengan sebaik mungkin.

4. Menjaga keaiban

Ada dikalangan segelintir daripada kita yang terikut-ikut dengan trend masa kini yang secara tidak langsung suka membuka aib orang lain apabila menulis atau berkongsi sesuatu artikel. Lebih parah lagi apabila aib pasangan juga dijaja atau dibuka kepada umum dengan cara yang tidak disedari.

Oleh itu kita disuruh untuk menjaga dan tidak mendedahkan keaiban orang lain sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang menutupi (aib) seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari)

Disamping adab-adab yang telah dinyatakan, sebagai pengguna media sosial hendaklah bijak menggunakan masa yang sesuai untuk berkomunikasi. Hindari menggunakannya ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat, ketika makan, memandu, ketika bergaul bersama-sama ahli keluarga, sejurus selesai solat hinggakan tiada masa untuk berdoa dan berzikir.

Adab-adab penggunaan media sosial bukanlah bertujuan untuk menyekat kebebasan seseorang, namun ia adalah untuk memastikan agar kita berjaya menjadi Muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT, sekaligus menunjukkan imej sebagai seorang Muslim yang berakhlak mulia.

Sebagai seorang Muslim juga, kita adalah merupakan ejen penyebar kebaikkan kepada semua golongan masyarkat. Contohilah baginda Nabi SAW yang bermuamalat dengan kaumnya yang menentang baginda, contohilah baginda yang bersahabat dengan sahabatnya dan berkomunikasi dengan bukan Muslim, contohilah baginda yang berurusan dengan kaum wanita dengan penuh tertib dan penuh dengan tatasusila kerana sesungguhnya pada diri baginda itu wujud serba serbi contoh yang perlu menjadi ikutan kita semua.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat -benar (dalam segala perkara), supaya ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.” (Surah al-Ahzab: 70-71)

Oleh: Jabatan Agama Islam Selangor
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/adab-dalam-media-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Mangsa Ibu Bapa Haprak Baru Baru Ini Tular Di Media Sosial Video Seor

Guru Mangsa Ibu Bapa Haprak Baru Baru Ini Tular Di Media Sosial Video Seor

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 510 hits
Guru mangsa ibu bapa haprak Baru baru ini tular di media sosial video seorang guru di serang dan diheret oleh dua lelaki Kejadian yang berlaku di Bachok Kelantan itu berpunca kerana salah faham apabila isterinya memaklumkan dia diserang ole...
Kasus Pelecehan Seksual Pada Anak Banyak Berawal Dari Media Sosial

Kasus Pelecehan Seksual Pada Anak Banyak Berawal Dari Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 357 hits
Kabagpenum Divisi Humas Polri Kombes Pol Asep Adi Saputra menyebut pelaku child grooming atau pelecehan seksual terhadap anak kerap dilakukan melalui media sosial Polri masih mengalami kendala dalam pengungkapan kasus ini secara tuntas lant...
Pernah Tular Di Media Sosial Ini Penjelasan Tentang Makhluk Aneh Yang Ramai Tak Tahu

Pernah Tular Di Media Sosial Ini Penjelasan Tentang Makhluk Aneh Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 523 hits
Baru baru ini tular di laman twitter tentang sebuah video yang memaparkan sekumpulan makhluk aneh yang bergerak di atas lantai Uniknya haiwan yang mempunyai rupa seakan akan lintah ini jarang sekali ditemui di dalam keadaan bergumpal sepert...
Viral Kakek Sebatang Kara Penjual Bubur Hidupnya Susah Hingga Keajaiban Media Sosial Terjadi

Viral Kakek Sebatang Kara Penjual Bubur Hidupnya Susah Hingga Keajaiban Media Sosial Terjadi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 476 hits
Satu postingan di media sosial terkadang bisa mengubah hidup seseorang Seperti yang dilakukan seorang pria asal Bangkok bernama Max Udomsak ini Max Udomsak tergerak hatinya untuk mengunggah kisah kakek berusia 78 tahun penjual bubur yang hi...
Sempat Viral Di Media Sosial Ria Ricis Akan Buat Buku Saya Pamit

Sempat Viral Di Media Sosial Ria Ricis Akan Buat Buku Saya Pamit

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 764 hits
Ria Ricis semakin mendapat sorotan lantaran dua hari kemudian dia mengunggah video Saya Kembali Ria Ricis oleh sebagian warganet dianggap melakukan drama Ria Ricis pun mendapat berbagai hujatan di dunia maya
Hampir Bercerai Tauke Serik Kongsi Masalah Di Media Sosial

Hampir Bercerai Tauke Serik Kongsi Masalah Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 684 hits
Rumah tangganya pernah mengalami pergolakan sebelum ini Tauke Jambu meluahkan rasa syukur dapat menempuhi dugaan dalam perkahwinannya itu Tauke berkata dia menolak The post appeared first on
Dia Suka Berkawan Cuma Kisah Adik Amra Qhadeeja Hidap Sindrom Jadi Tular Di Media Sosial

Dia Suka Berkawan Cuma Kisah Adik Amra Qhadeeja Hidap Sindrom Jadi Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 404 hits
Nama Amra Qhadeeja mula tular di laman twitter dua hari lalu setelah seorang pengguna berkongsi mengenainya yang dikatakan menghidapi Sindrom Treacher Collin Ciapan yang mendapat lebih dari 20K ulang kicau itu telah membuka mata serta membe...
Kongsi Gambar Durian Terbaik Di Media Sosial

Kongsi Gambar Durian Terbaik Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 655 hits
Musim buah durian ramai berkongsi gambar di media sosial Gambar yang dipaparkan itu tentu jenis yang terbaik Paling mendapat perhatian tentu sekali musang king atau raja kunyit Paling tidak pun durian D24 Ada juga yang tidak melepas peluang...
Tak Sempat Elak Empat Motosikal Melambong Tular Di Media Sosial

Tak Sempat Elak Empat Motosikal Melambong Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 423 hits
Video empat penunggang motosikal melambung tular di media sosial Video memaparkan empat penunggang motosikal melambung akibat merempuh sebuah kenderaan tular di laman sosial Sebuah video memaparkan empat penunggang motosikal melambung akiba...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun