Adab Berdoa Kepada Allah Swt


Dalam Al Quran, Allah SWT berjanji untuk mengabulkan doa hamba-hambanya seperti ayat-ayat berikut:


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)
Jadi mengapakah ada di antara kita yang berdoa tetapi masih belum dimakbulkan doanya oleh Allah SWT?
Sebenarnya banyak perkara yang menjadi asbab kepada terhalangnya doa dimakbulkan. Kebanyakannya berpunca daripada diri sendiri sama ada sedar atau tidak. Salah satunya ialah tidak mengambil berat soal halal dan haram terutamanya dalam urusan makanan.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW bercerita tentang seorang pemuda yang bermusafir jauh di padang pasir hingga menyebabkan rambutnya menjadi kusut-masai dan dipenuhi dengan debu kerana perjalanannya yang jauh itu.
Lalu Rasulullah SAW bersabda:ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟“Seorang lelaki yang telah lama berjalan dan jauhnya perjalanan yang ditempuh, sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Dia menadahkan tangannya ke langit lalu berdoa: "Wahai Tuhan ku! Wahai Tuhanku!" Padahal, makanannya dari sumber yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram. Maka bagaimana mungkin Allah SWT akan memperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim)
Antara sebab lain ialah dosa yang ada pada diri seseorang itu juga boleh menjadi penghalang kepada makbulkan doa. Oleh itu, perbanyakkanlah solat taubat dan istighfar agar dosa seseorang diampunkan lalu menghilangkan penghalang untuk dimakbulkan doanya.
Sebenarnya apabila seseorang hamba itu berdoa, Allah SWT akan mengurniakan tiga perkara kepada hambanya tersebut:1. Dimakbulkan doanya pada masa itu atau pada masa terdekat2. Ditangguhkan makbulnya doa itu pada masa akan datang3. Diganti doanya itu dengan sesuatu yang sama nilai atau sesuatu yang lebih baik
Apabila kita membaca kisah-kisah nabi, mereka sendiri ada yang ditangguhkan doanya sehingga bertahun-tahun lamanya. Contohnya seperti berikut:
1. Nabi Muhammad SAW yang berdoa agar kiblat dipindahkan dari masjidil Aqsa ke Mekah. Doa Nabi Muhammad SAW ini dimakbulkan Allah SWT setelah 2 tahun.2. Nabi Ayub AS yang mendapat sakit yang teruk. Nabi Ayub AS hanya berdoa setelah 18 tahun lalu dimakbulkan oleh Allah SWT dan disembuhkan penyakitnya.3. Nabi Ibrahim AS dan Nabi Zakaria AS berterusan berdoa selama lebih 80 tahun untuk mendapat anak sebelum dimakbulkan Allah SWT.
Apabila kita berdoa, jagalah adab-adab dalam berdoa kerana memakbulkan doa itu adalah hak mutlak Allah SWT pada suatu waktu yang ditentukanNya. Antara adab-adab dalam berdoa adalah seperti berikut:
1. Berdoalah sebagai seorang hamba yang merendah diri, yang mengharapkan kurnia dari Rajanya, bukan sebagai seorang pekerja yang mengharapkan upah dari majikannya.
2. Pujilah Allah SWT sebelum berdoa. Surah Al Fatihah itu adalah surah yang mengandungi doa dan surah ini dimulai dengan puji-pujian kepada Allah SWT.
3. Berdoalah dengan suara yang lembut, penuh keyakinan terhadap Allah SWT, menghadap kiblat, berwuduk, berdoa pada waktu mustajab dengan merendah diri dan mengharapkan hanya kepada Allah SWT.
4. Tutuplah doa tersebut dengan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/06/adab-berdoa-kepada-allah-swt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Meraih Cinta Allah Swt

Usaha Meraih Cinta Allah Swt

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 481 hits
Assalammualaikum wbtUSAHA MERAIH CINTA ALLAH SWT Ada banyak sangat cara maraih cinta manusia Sebenci bencinya boleh berubah menjadi paling sayang sekali Sebab itulah selalu orang tua tua pesan kalau tidak suda jangan berlebihan daripada ben...
Dah Ada 5 Orang Anak Lelaki Baru Dapat Baby Girl Berkat Reda Dengan Rezeki Allah Swt

Dah Ada 5 Orang Anak Lelaki Baru Dapat Baby Girl Berkat Reda Dengan Rezeki Allah Swt

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 316 hits
Ada sesetengah pasangan yang berkahwin dikurniakan ramai anak lelaki Selepas beberapa orang teringin juga merasa dukung anak perempuan pula Tapi masih belum tertulis rezeki untuk ada baby girl Anak lelaki pun seronok juga rezeki dan amanah ...
Jangan Tergesa Gesa Baca Al Fatihah Saat Shalat Karena Allah Menjawab Bacaan Kita

Jangan Tergesa Gesa Baca Al Fatihah Saat Shalat Karena Allah Menjawab Bacaan Kita

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 295 hits
Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Qur an Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat Al Fatihah merupakan surah yang pertama tama diturunkan dengan lengkap di antara surah surah yang ada dalam Al Qur an Surah ini dise...
Lama Dah Teringin Selepas Dapat 2 Hero Tomok Syukur Allah Bagi Seorang Puteri

Lama Dah Teringin Selepas Dapat 2 Hero Tomok Syukur Allah Bagi Seorang Puteri

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 493 hits
Lama teringin menantikan seorang puteri dalam keluarga akhirnya isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara Khamis Berkongsi berita gembira itu Tomok memberitahu isterinya Rahayu Abas selamat melah...
99 Nama Allah Asmaul Husna Dan Maksud Terjemahan Rumi

99 Nama Allah Asmaul Husna Dan Maksud Terjemahan Rumi

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 1633 hits
Dalam Islam Asmaul Husna 99 Nama Allah mempunyai sembilan puluh nama nama Allah SWT yang terbaik Asma membawa maksud Nama dalam ejaan Rumi dan dalam Bahasa Arab disebut serta dikongsikan terjemahan makna Bahasa Melayu dan juga huraian melal...
Ingatlah Allah Selalu Memberi Kelebihan Dibalik Kekurangan Dan Sebuah Kekuatan Dibalik Kelemahan

Ingatlah Allah Selalu Memberi Kelebihan Dibalik Kekurangan Dan Sebuah Kekuatan Dibalik Kelemahan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 637 hits
Pernah mendengar Zuly Sanguino wanita asal Kolumbia ia terlahir tanpa tangan dan kaki bahkan ia dibesarkan di bawah tekanan sikap ayahnya yang kasar keras dan suka main tangan bahkan di usia belasan tahun ia mengalami pelecehan seksual Namu...
Alhamdulillah Insya Allah Masjidil Haram Kembali Dibuka Pada 21 Juni 2020

Alhamdulillah Insya Allah Masjidil Haram Kembali Dibuka Pada 21 Juni 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 395 hits
Alhamdulillah Insya Allah Masjidil Haram Kembali Dibuka Pada 21 Juni 2020 Kerajaan Arab Saudi mulai melonggarkan kebijakan lockdown Sebab sebagian besar masjid di wilayah itu telah dibuka untuk menggelar sholat berjamaah termasuk Masjid Nab...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Calpis Soda One In A Million

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Content Marketing For New Business

Dikurung Ditekap Seterika Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita

Harga Sayur Tempatan Meningkat 150 Peratus

Tanya Chatgpt Di Whatsapp


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Muna Shahirah Datanglah Sayang Chord

Ini Pasal Deep

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025