Adab Berbeza Pandangan Dalam Islam


Perbincangan mengenai perkara cabang dalam isu agama semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Islam ketika ini dan pada asasnya ia positif kerana dapat meningkatkan pemahaman kepada aspek agama itu sendiri.


Namun, sudah lumrah apabila bercakap tentang perkara cabang pasti akan muncul perbezaan pandangan sama ada dikalangan agamawan apatah lagi khalayak awam.

Perbezaan pandangan dalam isu khilafiah ini perlu diuruskan sebaik mungkin agar tidak menjadi barah dalam kalangan masyarakat Islam.

Perkara pokok atau utama sudah disepakati bahawa perbezaan pandangan tidak boleh dibenarkan.

Umpamanya, dalam isu keEsaan Allah tidak boleh ada perbezaan pandangan, begitu juga dengan kedudukan dalil-dalil yang bersifat definitif atau qatie perlulah diterima seadanya.

Namun, fleksibiliti diberikan di dalam perkara cabang dengan meraikan pandangan yang berbeza selagi tidak melibatkan perkara akidah ataupun perkara pokok.

Walaupun demikian kita perhatikan terdapat kegagalan dikalangan orang Islam meraikan perbezaan pandangan sama ada pandangan antara mazhab atau ulama di sesuatu tempat.

KEGAGALAN RAI PERBEZAAN

Misalnya, apabila Mufti Kerajaan Negeri Perlis mengeluarkan fatwa zikir menari adalah haram di sisi hukum syarak, tetapi Mufti Negeri Sembilan pula memfatwakan sebagai harus.

Maka, hebohlah seluruh negara membincangkan perkara ini dengan masing-masing memberi pelbagai hujah sama ada menyebelahi Mufti Perlis atau Mufti Negeri Sembilan.

Kita bukanlah orang yang layak membincangkan hal fatwa ini kerana tidak mempunyai kelayakan formal di dalam bidang agama dan tidak ada kuasa memberi pandangan berkaitan hukum.

Tetapi, apa yang ingin dikupas di ruangan ini ialah dari sudut menguruskan perbezaan pandangan atau pun adab al ikhtilaf.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak perbezaan pandangan muncul dalam Islam dan sepatutnya bukan merupakan kelemahan tetapi kekuatan untuk agama Islam itu sendiri.

Sudah lazim kita ketahui terdapat empat mazhab fikah yang besar di dalam Islam iaitu Mazhab Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Kemunculan empat mazhab besar ini menzahirkan simbol perbezaan pandangan dikalangan ulama.

Malah, Imam Shafie pun mempunyai perbezaan pandangan yang disebut sebagai qaul al qadim dan qaul al jadid.

Dahulu perbezaan pandangan antara mazhab dan ulama ini diraikan dengan baik, tidak timbul sumpah seranah, momokan atau hinaan terhadap suatu pandangan yang asing bagi seseorang itu.

Namun, sejak kebelakangan ini hilangnya penghormatan terhadap perbezaan pandangan ini semakin menjadi-jadi.

Perbezaan pandangan sebegini bukan hanya terjadi di dalam agama Islam sahaja, Kristian umpamanya juga mempunyai perbezaan dalam kalangan pengikutnya yang mengakibatkan munculnya pelbagai aliran Kristian seperti Katolik, Protestan, Ortodoks, Methodist dan banyak lagi namun, mereka semua mengakui mereka adalah Kristian.

Antara perbezaan yang sangat ketara iakah perayaan Krismas yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.

Penganut Kristian Ortodoks tidak menyambut perayaan tersebut pada 25 Disember, tetapi pada 7 Januari, perbezaan sambutan selama dua minggu tetapi tidak menjadi masalah besar kepada penganut Kristian.

Bagi kalangan umat Islam pula apabila umat Islam di Malaysia menyambut hari raya lebih dahulu daripada umat Islam di Indonesia umpamanya ataupun sebaliknya pelbagai reaksi diperoleh dengan menghujahkan tidak ada kesatuan di dalam agama Islam.

TIDAK PERLU DIPERBESARKAN

Islam mengajar menghormati perbezaan pandangan dalam perkara berkenaan dan mungkin sebahagian golongan tidak lunak duduk bersama dengan orang yang berbeza pandangan dengan mereka tetapi haruslah disedari perbezaan pandangan inilah yang menjadikan agama Islam itu lebih anjal dan dapat diterima pelbagai lapisan masyarakat.

Di dalam kitab Jaami Bayan al ilm, Umar Abdul Aziz berkata, “Tidak aku sukai jika para sahabat tidak berbeza pendapat kerana jika mereka semuanya mempunyai pandangan yang sama maka manusia akan berada dalam kesempitan.”

Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Mohd. Zin pernah menggariskan adab-adab berbeza pandangan di dalam perkara khilafiah di mana beliau merangkumkan ke dalam empat perkara besar iaitu:

Perbezaan pendapat janganlah membawa kepada perpecahan umat Islam.

Perbezaan pendapat dalam perkara ijtihad adalah perkara biasa dalam Islam, tetapi janganlah sampai merosakkan kasih sayang dan perpaduan umat Islam.

Menjaga hak-hak persaudaraan Islam

Hasan al-Banna menegaskan: “Perbezaan pendapat dalam masalah furu’ (cabang) tidak boleh dijadikan sebab untuk berpecah dalam agama yang membawa kepada permusuhan dan pertengkaran kerana setiap mujtahid ada ganjarannya."

Menghormati pendapat berbeza

Imam al-Shafie adalah antara tokoh yang sangat terbuka, bertoleransi dan menghormati pendapat serta pandangan orang lain.

Beliau sangat terkenal dengan ungkapannya ‘pendapat kita betul, ada kemungkinan ia salah dan pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul.’

Boleh dianggap taksub melulu dalam kalangan umat Islam sekiranya terlalu menghendaki orang lain menerima pendapatnya.

Kerana mereka percaya pendapat mereka sahaja yang betul, manakala pendapat orang lain semuanya salah dan tidak menepati kebenaran.

Golongan ini lupa bahawa pendapat mereka hanya satu ijtihad sahaja, hanya merupakan satu pandangan yang boleh jadi salah dan boleh jadi betul.

Oleh itu kenapa mereka fanatik dan memperbodohkan pendapat orang lain. Adakah mereka dijamin ismah (tidak melakukan kesalahan) seperti Rasulullah SAW?

Tidak menggunakan perkataan keras dan kasar

Orang Islam hendaklah menjadi orang beradab dengan adab-adab Islam dan berakhlak dengan akhlak-akhlak al-Quran dan al-Sunah, mengelakkan daripada membuat dakwaan palsu dan tuduhan liar dalam ucapan dan tulisan serta kata-kata kesat dan kasar yang boleh ‘meliarkan’ orang ramai.

Gunakanlah perkataan yang lembut dan membuat takwilan yang wajar dan munasabah.

Menguruskan perbezaan pandangan ini amatlah penting bagi umat Islam kerana kegagalan menguruskannya mungkin akan menyebabkan umat Islam terjerumus ke dalam kancah perpecahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Menanti Penyelamat Akhir Zaman, Imam MahdiIn Shaa Allah, InsyaAllah atau Insha Allah, Mana Satu Ejaan Rumi Yang Betul?
sumber: utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/adab-berbeza-pandangan-dalam-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Kena Sekatan Ceramah Sebab Berbeza Pandangan Politik Macam Mana Pulak

Yang Kena Sekatan Ceramah Sebab Berbeza Pandangan Politik Macam Mana Pulak

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 483 hits
DZN disekat supaya dapat menenangkan keadaan dan tidak berlaku perkara tidak diingini berlaku Malaysia masih terselamat dengan adanya akta hasutan tetapi tidak dipraktikkan dan juga akta POCA dan POTA yang amat berguna dalam situasi ini Jik...
Apakah Zakir Naik Mendatangkan Kemudaratan Pada Orang Islam

Apakah Zakir Naik Mendatangkan Kemudaratan Pada Orang Islam

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 311 hits
Pemimpin Melayu Islam kena sedar dan patut rasa malu kepada zakir naik yang ambil berat tentang melayu dan Islam di negara ini Apabila dong zong disyor haramkan Ada lahanat sokong Semasa lahanat sedang menekan kepimpinan melayu mereka sepat...
India Hapuskan Hak Majoriti Islam Jammu Kashmir Pakistan Tingkat Tekanan Diplomatik

India Hapuskan Hak Majoriti Islam Jammu Kashmir Pakistan Tingkat Tekanan Diplomatik

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 249 hits
Konflik Kashmir Pakistan minta bertemu UNSC Islamabad beri tindak balas jika New Delhi beri semula kuasaISLAMABAD 13 Zulhijjah 1440H Rabu Pakistan meminta bertemu dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu susulan tindakan I...
Liberalisme Perosak Islam

Liberalisme Perosak Islam

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 404 hits
Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya Lebih membimbangkan ia adalah benih kepada fahaman tidak beragama Sedangkan Islam adalah agama yang m...
Kalau Melayu Islam Rasis Jangan Harap Ada Bangsa Lain Di Negara Ini Musa Hasan

Kalau Melayu Islam Rasis Jangan Harap Ada Bangsa Lain Di Negara Ini Musa Hasan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 457 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan berkata sekiranya orang Melayu Islam ini rasis maka tidak akan ada satu bangsa lain pun yang akan wujud di negara ini melainkan Melayu Islam Namun katanya kerana kemurnian dan keikhlasan yang diaj...
Secara Medis Tidur Tanpa Busana Sehat Bagaimana Menurut Islam

Secara Medis Tidur Tanpa Busana Sehat Bagaimana Menurut Islam

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 168 hits
Saya tertarik mencoba menulis ini karena di Internet banyak dikatakan bahwa tidur tanpa busana baik untuk kesehatan Menurut situs tersebut manfaat dari tidur tanpa busana membuat tidur lebih pulas karena temperatur tubuh tidak terhalang apa...
Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam Jangan Hina Jangan Persenda Ridhuan Tee

Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam Jangan Hina Jangan Persenda Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 650 hits
KUALA LUMPUR 15 Ogos Kalau kita tak nampak lagi Melayu dihina Islam dipersenda memang kita butalah ujar penceramah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Jelas beliau bangsa lain seharusnya tahu menghormati Melayu Islam kerana Melayu Islam adal...
Haram Mengkhianati Sesama Islam

Haram Mengkhianati Sesama Islam

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1005 hits
Haram Mengkhianati Sesama Islam Daripada Abu Hurairah katanya sabda Rasulullah SAW Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain dia tidak harus mengkhianatinya mendustakan atau mendustainya tidak juga membiarkannya Menjadi kewajipa...
Perbezaan Antara Bertunang Dan Bercouple Dalam Islam

Perbezaan Antara Bertunang Dan Bercouple Dalam Islam

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 409 hits
Kita semua tahu bertunang itu ada dalam agama Tetapi kita kekadang lupa bahawa setiap urusan agama ada tujuan yang tersendiri Poligami sebagai contoh tidak boleh sewenang2nya dijadikan senjata kononnya sunnah lalu diambil sambil lewa sehing...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara