Ada Nak Lamar Rohana



Kuala Lumpur: Sehari selepas kisah hidupnya bersama ‘Laoshi’ Chee Hoi Lan disiarkan, ribuan netizen tampil memberikan komen, luahan, malah ada juga yang cuba melamar Rohana Abdullah.
Menerusi Youtube Harian Metro, seorang netizen, Syed Norazman menghantar komen berkenaan ingin mengambil gadis itu sebagai isterinya.
“Nak ambil jadi isteri saya sajalah. Lagi pun, umur saya sudah meningkat,” tulisnya di dalam komen itu.
Bagaimanapun, Rohana berkata, dia tidak mahu memikirkan soal rumah tangga buat masa ini kerana ingin menumpukan kepada perkara yang penting terlebih dulu.
Katanya, tumpuannya kini adalah untuk membina kehidupan stabil, menjaga Laoshi, mempunyai kerjaya yang menjamin kehidupan.
“Buat masa ini saya tidak fikir dulu. Saya pun tak mahu berkahwin semata-mata mahu kad pengenalan saja.
“Biarlah bila sampai masa nanti, baru saya fikir bab berumahtangga. Kahwin kerana sayang, bukan kerana kad pengenalan,” katanya.
Dia juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan hidupnya dan keluarga.
Lamaran berkahwin adalah antara ribuan komen dari netizen berhubung kisah Rohana Abdullah, 22, yang dibesarkan seorang warga emas berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, 83, sejak berusia dua bulan seperti dilaporkan Harian Metro kelmarin.
Pemerhatian wartawan mendapati rata-rata netizen berkongsi harapan agar kedua-dua anak dan ibu angkat itu dipermudahkan urusan mereka selepas ini.
Pemerhatian di Facebook Harian Metro dan ruangan komen kisah Kasih Tak Bertepi Laoshi mendapati ramai netizen mendoakan agar fasa seterusnya hidup mereka menjadi lebih baik.
Tidak kurang juga yang kagum dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi Chee yang menjaga Rohana walaupun mereka berbeza fahaman dan agama.
 
 
Seorang netizen, Mariah Mariah turut berharap urusan Rohana dan ‘ibunya’ itu dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semoga auntie diberi hidayah oleh Allah atas segala pengorbanan. Moga dipermudahkan segala urusan mereka berdua,” katanya.
Bagi Kamisan Adnan, apa yang dilakukan Chee itu mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan berharap semoga dia terus diberikan kesihatan.
“Tinggi sungguh nilai kemanusiaan dalam diri mak cik Chee 83 tahun yang sanggup membela Rohana dari kecil hingga dewasa. Semoga mak cik Chee sihat & diberi hidayah Islam, Rohana dapat mendirikan rumah tangga sebaik mungkin dan pertolongan memperoleh kerakyatan Malaysia oleh Haji Gulam untuk Rohana dipermudahkan-Nya jua.
“Inilah ketikanya seorang anak murid membantu seorang bekas gurunya…,” tulisnya.
Kisah itu yang mendapat lebih 1,300 perkongsian turut menimbulkan rasa hiba dalam kalangan netizen. Kemurnian wanita warga emas itu menyediakan belanja untuk Rohana belajar Fardu Ain, menyentuh hati mereka. Seorang pembaca, Khalid Ahmad Zahari mengakui, dia kagum dengan kebaikan hati Chee.
Wartawan juga menerima banyak e-mel daripada pelbagai pihak ingin membantu mereka. Ia termasuklah ingin menjaga Chee yang sudah lanjut usia, khidmat guaman dan pengurusan bagi proses mendapatkan taraf kewarganegaraan.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim berkata, setakat ini pihaknya juga menerima maklum balas daripada agensi berkaitan berhubung isu ini.
“Insya-Allah kita doakan ada pengakhiran baik. Terima kasih kepada mereka yang bertanyakan isu ini,” katanya.
Ada nak lamar Rohana
Baca Artikel Menarik:
Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis Baby Shark catat 10 bilion tontonan Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi….. Puteri Balqis didoakan mati cepat Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beza bangsa, agama, ibu angkat kerja keras pastikan anak kekal Muslim, tak tinggal solat

The post Ada nak lamar Rohana appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/16/ada-nak-lamar-rohana/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Tular Di Media Ada Pihak Nak L4mar Rohana Abdullah Sekali Pm Sendiri Call

Selepas Tular Di Media Ada Pihak Nak L4mar Rohana Abdullah Sekali Pm Sendiri Call

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 282 hits
Sehari selepas kisah hidupnya bersama Laoshi Chee Hoi Lan disiarkan ribuan netizen tampil memberikan komen luahan malah ada juga yang cuba melamar r0hana Abdullah Menerusi Youtube Harian Metro seorang netizen Syed Norazman menghantar komen ...
Baru Saja Turun 20 Sen Nak Naik Semula Cisss

Baru Saja Turun 20 Sen Nak Naik Semula Cisss

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 180 hits
Alamak Apa ni Nanta Baru hari tu turun 20 sen Ini dah suruh rakyat standby naik pulak Belum sempat kitorang kumpul 20 sen tu untuk buat topup data Tapi dia kata naik takkan membebankan pengguna Memang la kot Pengguna macam dia kalau naik RM...
Mgnews Nak Bawa Masuk Warga Bangladesh Tapi Sekat Orang Malaysia Nak Pe

Mgnews Nak Bawa Masuk Warga Bangladesh Tapi Sekat Orang Malaysia Nak Pe

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 232 hits
Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi bercakap kepada media bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia supaya menangguhkan proses membawa pekerja asing ke Malaysia di Komplek...
Resepi Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Nak Buat

Resepi Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 273 hits
Cara Buat Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Sangat Rupanya Melayan selera anak anak nak makan Kimbap mengalahkan orang Korea lagaknya Kali terakhir belikan Sushi dan Kimbap dari Empire Sushi memang masing masing berebut tak cukup Harga dia b...
Bukan Asbab Kubur Masih Merah Shuib Dikecam Nak Kahwin Lagi Pesan Superdaddy Cukup Makan Dalam

Bukan Asbab Kubur Masih Merah Shuib Dikecam Nak Kahwin Lagi Pesan Superdaddy Cukup Makan Dalam

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 234 hits
Oleh Perihal selebriti popular Shuib yang tidak menolak untuk berkahwin lagi andai ada jodoh turut memberi tempias kepada bapa tunggal kepada tiga hero Khairul Abdullah Menurut Khairul yang popular dengan gelaran SuperDaddy apa sahaja keput...
Fatima Dah Siap Dah Ni Nak Belanja Mommy And Daddy Ice Cream

Fatima Dah Siap Dah Ni Nak Belanja Mommy And Daddy Ice Cream

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 224 hits
Kebiasaanya bila kanak2 dided4hkan dengan persekitaran ibu bapa yang selebriti kecenderungan kanak2 untuk menjadi selebriti dalam kalangan kanak2 juga agak besar Kanak2 suka meniru ibu bapa mereka kerana ibu bapa adalah cerminan kepada anak...
Vide0 Ibu Bagi Green Light Kahwin Lagi Shuib Mula Kenal Seseorang Terfikir Siapa Nak Terima Duda Anak 4

Vide0 Ibu Bagi Green Light Kahwin Lagi Shuib Mula Kenal Seseorang Terfikir Siapa Nak Terima Duda Anak 4

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 279 hits
SELEPAS hampir lima bulan pemerg1an isteri tercinta iaitu Allahy4rham Siti Sarah Raisuddin pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad 38 bagaimanapun berkata hubu...
Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 195 hits
Terkini Menteri minta rakyat bersedia dengan kenaikan harga ayam awal bulan depanJanuary 8 2022 Rakyat negara ini perlu bersedia dengan kenaikan harga siling ayam yang dijangka berlaku awal bulan depan selepas tamat Skim Harga Maksimum Kelu...
Lahir Australia Tapi Nak Makan Kuah Lemak Gelagat Anak Zahirah Tarik Perhatian Warganet

Lahir Australia Tapi Nak Makan Kuah Lemak Gelagat Anak Zahirah Tarik Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 376 hits
Anak kesayangan pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sentiasa menjadi tumpuan ramai Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya dua hari lepas ternyata gelagat comel Isaac amat menghiburkan malah sentiasa me...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun