Ada Masalah Kulit Muka Kering Jom Ikut Langkah Penjagaan Kulit Muka Kering Ni


Kulit Kering. Adeh. Siapa pernah alami. Kebiasaan terjadi bila kulit kering ni kulit kita akan jadi mengelupas. K.fiezz ada mengalami masalah kulit muka kering ni.  Mula k.fiezz tak perasan sangat tapi boleh jadi perasan masa nak mekap lepas solat di pejabat. Mungkin faktor dalam surau yang terang sebab cahaya matahari terus masuk memandangkan tingkap jenis tak bertutup sepenuhnya. Tu yang baru k.fiezz nampak masa nak mekap masalah kulit muka kering di sekitar kawasan pipi. Nampak mengelupas. Ishhh. Pening fikir pasal apa? Mandi air panas atau duduk dalam bilik aircond di pejabat k.fiezz yang sejuk gila tu. Kurang minum air? Nak minum air banyak kali, boleh tu boleh tapi mengulang ke bilik air pun banyak kali sebab sejuk bebenor weiii. Banyak kali dah buat aduan tapi macam tak ada tindakan pun dari pihak pengurusan yang jaga pejabat k.fiezz. Haih. Buat aduan pun serupa tak payah buat. 
Tak tahu la punca pada masalah kulit muka kering k.fiezz ni. Tapi tak pe kena ambil langkah cara penjagaan kulit kering yang bersesuaian mengikut masalah kulit muka kering k.fiezz ni, takkan nak bior je.  Yea tak?Sebelum tu jom kita tengok punca kulit kering ni. 
PUNCA KULIT KERING
Kulit k.fiezz lebih kurang macam ni masa mula-mula. Cuma tak lah teruk macam ni.. Dia jadi mengelupas.
Faktor kulit kering ni punca dari keadaan persekitaran macam mandi berlebihan atau terdedah pada suhu panas atau sejuk boleh sebabkan kulit kering. Nama saintifik kulit kering, dipanggil Xerosis. Punca kulit kering disebabkan kurang lembapan. Bagi sesiapa yang ada masalah kulit kering ni, susah sikit bila mekap sebab ada kesan pecah atau bahasa omputihnya digelar cakey. Dalam bahasa mudah faham, tak cantik bila pakai foundation, blusher sebab dia jadi tak sekata.
Berbalik pada punca kulit kering ni, antara puncanya :

Dehidrasi - Kekurangan air dalam badan. Air antara faktor penting untuk pastikan kulit sentiasa lembap dan segar. Bila badan kurang air, kulit kita mula alami kadar penurunan lembapan sekaligus menyebabkan kita senang sakit kepala kerana peredaran darah tak berjalan dengan elok. Cuaca - Kulit boleh jadi kering kalau cuaca terlampau sejuk atau terlampau panas. Kalau terlampau panas boleh menjadi faktor strok haba sebab air tak cukup dalam badan. Peluh banyak keluar pun boleh sebabkan kulit jadi kering. Tu antara sebab pentingnya kita minum air secukupnya untuk pastikan badan terhidrat. Selain dari kita gunakan set  penjagaan kulit muka yang ada fungsi lembapkan kulit. Kurang Pengambilan Makanan Sihat - Cara paling neutral untuk mencantikkan kulit dengan pengambilan makanan yang sihat. Dalam makanan sendiri, ada banyak serat, vitamin yang berfungsi untuk kesihatan & kecantikan kulit. Kurang pengambilan makanan sihat, kulit cepat kusam dah kering.Udara Kering  - Penyebab utama kulit kering. Terutama dalam kawasan yang sejuk & menggunakan aircond. Malaysia seperti yang kita tahu cuaca panas dan lembap. Jadi kebanyakan pejabat, wajib menggunakan penghawa dingin. Bila kita lebih banyak berada dalam bilik yang berpenghawa dingin, ia akan serap keluar lembapan dari kulit yang menjadi punca kulit kering & keluar garis halus putih bila kita garu di kawasan kulit kering. Ni antara tanda bahawa kita mengalami masalah kulit kering. Sabun - Menggunakan sabun atau pencuci muka dengan kerap (lebih 2x sehari) untuk mencuci muka pun boleh jadi penyebab kulit kering. Sebab pencuci muka/sabun boleh hilangkan lembapan dalam kulit sampai kulit jadi kering.Mandi Air Panas - Walaupun sebenarnya seronok mandi air panas tetapi AWAS tak bagus untuk kulit kita. Sebabnya air panas membuka pori-pori pada kulit dan menyingkirkan minyak yang elok untuk kulit kita. Boleh kalau nak mandi air panas tetapi jangan terlalu lama.Peningkatan Usia - Seiring dengan meningkatnya usia, kulit kita kehilangan minyak yang berfungsi untuk kekalkan lembapan pada kulit kita. Selain dari kita kehilangan kolagen sedikit demi sedikit yang menyebabkan kulit menjadi kurang anjal & kenyal.Mungkin masalah kulit muka kering ni bukan lah masalah yang terlalu besar tetapi dia boleh jadi lebih masalah kalau kita abaikan pemakaian pelembap kulit atau losyen. Apa tah lagi bila masalah kulit kering ni dah mula menggangu waktu rehat (tidur) kita dan nampak semakin merekah atau pecah yang boleh menyebabkan pendarahan. Jika masalah ni berlarutan kita kena cari bantuan pakar

Tapi takkan nak tungu jadi masalah macam ni baru nak cari jalan penyelesaian. Jadi sebelum masalah ni menjadi makin serius, kita ambil langkah penjagaan dari awal. CARA PENJAGAAN KULIT MUKA KERINGKita dah tengok punca kulit kering & kesan jangka masa panjang kalau kita biarkan, jom kita tengok cara penjagaan kulit kering untuk mencegah. Orang kata mencegah lebih baik dari merawat.  
CUCI -  cuci muka dengan pencuci berasaskan krim atau micellar water yang boleh mencuci mekap tanpa mengeluarkan minyak semulajadi dalam kulit

TONER - penggunaan toner boleh mengembalikan keseimbangan Ph dalam kulit. Bagi masalah kulit kering, gunakan toner yang bebas alkohol sebab tak mengeringkan kulit

EXFOLIATE - Skrub muka 3x seminggu untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati. Gunakan skrub berasakan krim yang mengandungi biji aprikot, walnut atau buat sendiri skrub yang mengandungi bahan  asas seperti cocoa butter atau shea butter 
SERUM - Dalam serum muka mengandungi bahan yang merawat masalah spesifik pada muka seperti kulit kering. Jadi bagi masalah kulit kering, digalakkan memilih serum berasaskan minyak argan

PELEMBAP- Berfungsi untuk melembapkan muka disamping untuk mengunci kandungan serum pada muka. 
TOPENG MUKA -  Guna topeng muka (face mask) pada hari yang kita buat exfoliate. Boleh juga guna topeng muka waktu malam untuk merawat kulit kita semasa kita sedang rehat (tidur). Kebiasaan cara k.fiezz, bila lepas skrub (exfoliate) k.fiezz akan sapukan lendir dari daun lidah buaya sebab fungsi dia yang bagus untuk kulit. K.fiezz buat macam pakai mask dalam 30 minit. Lepas tu baru bilas dengan air. TAMBAH SATU LAGI RUTIN DALAM PENJAGAAN KULIT MUKA KERINGSebelum ni, langkah penjagaan kulit k.fiezz tak masukkan pelembap sebab k.fiezz sendiri tak perasan yang k.fiezz ada masalah kulit muka kering. Lepas dah sedar diri (hehe), k.fiezz tambah satu lagi langkah rutin penjagaan kulit iaitu gunakan pelembap. Nampak masalah kulit muka kering yang k.fiezz alami sebelum ni dah berkurangan. Tak ada dah mengelupas kawasan sekitar pipi terutamanya. Disamping k.fiezz banyakkan juga pengambilan air putih dalam sehari. Bertabah je lah mengulang ke tandas je kerja nya. hehe. Lagi satu faktor masalah kulit muka kering k.fiezz makin elok, kat rumah tak mandi air panas dah sebab water heater dah rosak. Hehe. Jadi memang mandi air sejuk lah pagi petang. hehe. Tu yang agaknya masalah kulit muka kering cepat je elok. 
Mungkin kalau korang yang ada masalah kulit muka kering boleh cuba tips penjagaan kulit kering yang k.fiezz kongsikan di sini. Tak salah mencuba. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian dia, cuma kita kena rajin & konsisten

Senang je nak konsisten, tanya pada diri sendiri 'Nak kulit cantik ke tidak?' Kalau nak, sila rajin ikut cara penjagaan kulit muka kering yang k.fiezz kongsikan atas ni. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/08/Ada-Masalah-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencuci Muka Aloe Vera Yang Bersih Untuk Kulit Kering

Pencuci Muka Aloe Vera Yang Bersih Untuk Kulit Kering

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 431 hits
Pencuci Muka Aloe Vera Yang Bersih untuk Kulit Kering Pembersih muka adalah asas dalam penjagaan wajah agar kelihatan berseri selalu Penting kerana ianya juga dapat membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan ramai orang Kita sendiri s...
6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya

6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 552 hits
Orang kata paling susah nak jaga adalah kulit muka sebab senatiasa terdedah dengan pencemaran dan juga penyalahgunaan kosmetik nah Kakak kongsikan 6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya Konsep cantik bukan sahaja m...
Glow Galenggang Membantu Mengatasi Masalah Kulit

Glow Galenggang Membantu Mengatasi Masalah Kulit

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 546 hits
Glow Galenggang Membantu Mengatasi Masalah Kulit Hai readers Bila bercerita tentang kegatalan pada kulit badan sebenarnya mendatangkan kerisauan dalam hati bukan Kalau tanya pada cik mimi sejujurnya memang risau Sebab kulit adalah anggota p...
Glow Gelanggang Membantu Menghilangkan Masalah Gatal Gatal Kulit Tanpa Steroid

Glow Gelanggang Membantu Menghilangkan Masalah Gatal Gatal Kulit Tanpa Steroid

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 388 hits
Alhamdulillah senang hati kita mendengar dan melihat kesan positif perubahan kulit my mom kali ini Kalau tak asyik bertukar sabun dan shower je Ini tak sesuai itu pun tak sesuai Ini kalau tak silap dah hampir dua minggu kot my mom cuba prod...
Glow Gelenggang Merawat Masalah Kulit Secara Semulajadi

Glow Gelenggang Merawat Masalah Kulit Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 424 hits
GLOW GELENGGANG MEMBANTU MERAWAT KEGATALAN KULIT SECARA SEMULAJADI Assalamualaikum semua Apa khabar Aku harap hangpa semua sihat belaka ya Hari ni aku nak cerita pasal produk yang berasaskan daun gelenggang yang mampu merawat masalah kulit ...
Baru Lancarkan Produk Penjagaan Kulit Fazura Tak Takut Persepsi Timbang Kilo

Baru Lancarkan Produk Penjagaan Kulit Fazura Tak Takut Persepsi Timbang Kilo

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 662 hits
Pelakon Nur Fazura baru baru ini telah melancarkan produk penjagaan kulit miliknya sendiri iaitu Fazura Skincare Dalam pada itu Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu tidak takut seandainya timbul persepsi negatif mengatakan dia hanya menjen...
5809 Pelitup Muka Jual Mahal Kualiti Tidak Ikut Piawaian Alhijrah Online 05 08 2020

5809 Pelitup Muka Jual Mahal Kualiti Tidak Ikut Piawaian Alhijrah Online 05 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan disaran memantau dan menjadikan pelitup muka sebagai satu barangan kawalan keperluan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata apa yang membimbangkan adalah peniaga yang menjadikan peli...
10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 289 hits
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi memanglah wajah anak sama ada akan iras ibu atau ayah bukan Begitulah fungsi DNA Tapi kalau dah macam pelanduk dua serupa memang menakjubkan Lagi lagi apabila kita tengok rata anak selebriti pujaan...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults