Glow Galenggang Membantu Mengatasi Masalah Kulit
Glow Galenggang Membantu Mengatasi Masalah Kulit.Hai readers..
Bila bercerita tentang kegatalan pada kulit badan, sebenarnya mendatangkan kerisauan dalam hati bukan?
Kalau tanya pada cik mimi sejujurnya, memang risau. Sebab kulit adalah anggota paling besar pada diri kita. Kalau dah terjadi kegatalan, selalunya ianya boleh merebak. Paling merisaukan kalau ianya boleh berjangkit!
Baru-baru ni, lebih kurang sebulan yang lepas, zhareef alami kegatalan pada dada dan sekitar kawasan punggung. Risaunya masa tu sampai dah tak boleh fikir apa bantuan yang boleh bagi. Yang ada dalam kepala, "jumpa doktor"..
Itu la yang terfikir sebab kita perlukan "ubat"..
Sebenarnya "ubat" semata-mata bukan juga jalan penyelesaian. Tapi biasa la. Bila kita dah dalam buntu, itu aje yang ada dalam kepala otak.
Tapi masa zhareef alami kegatalan tu, cik mimi langsung tak teringat pasal sabun Glow Galenggang ni. 🤦🤦🤦
Allah, menyesal sungguh masa tu.
Memang nak rawat dia tu, cik mimi ajak suami bawak zhareef jumpa doctor. Then doctor kata gatal ni disebabkan alahan.
Erm..
Tak tahu masa tu alahan dia sebab apa. Sampai la sembang dengan kawan dan cousin, dorang minta suruh tukarkan susu dia. Alhamdulillah, lepas minum susu baru, nampak perubahan dia. Kegatalan semakin baik dan berkurangan. Tapi ada juga bantuan dari segi pertukaran sabun mandi dia juga.
Dan selepas dari tu, baru cik mimi diperkenalkan dengan sabun Glow Galenggang ni. Now cik mimi kena standby ada dirumah sabun ni sebab zhareef mudah sangat naik gatal-gatal di badan. Maklum saja la, budak budak kan suka bermain bebas di luar.
Sebenarnya, pernah sekali dulu cik mimi pernah gunakan sabun ni untuk cik mimi sendiri. Sabun ni memang best. Wangi sangat sangat. Cik mimi gunakan pada diri sendiri, dan bab paling best, lepas mandi badan terasa segar aje tau.
Cerita bab sabun glow Gelenggang ni, dulu zaman anak dara, cik mimi memang pakai sabun dari daun ni untuk bagi kesegaran badan tau. Dan satu lagi kelebihan dia, untuk hilangkan bau badan. Kadang kala kita tak selesa dengan bau badan sendiri kan? So korang wajib cuba sabun galenggang ni tau. In Shaa Allah berkesan.
Selain tu apa yang cik mimi suka permukaan sabun ni. Sebelah bahagian dia licin je. Dan sebelah lagi, permukaan tu macam menggerutu. Menggerutu tu disebabkan oleh bahan bahan sabun tu sendiri. Antara bahan yang terkandung dalam sabun ni ialah :
Daun Gelenggang (Cassia Alata)
- dikatakan sebagai agen anti-kulat dan anti bakteria yang sangat berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal dan membantu dalam menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, panau, kurap, resdung, kayap, kudis buta dan masalah yang seangkatan dengannya.
Habbatus Sauda (Black Seed Oil)
- membantu mengurangkan radang dan membantu dalam penyembuhan luka luaran.
Minyak Argan (Argan Oil)
- membantu memberi kelicinan pada kulit dan menghaluskan serta membantu penyerapan dalam kulit.
Minyak Zaitun (Olive Oil)
- membantu memberi kelembapan pada kulit lebih lama.
Tanah Liat Putih (Kaolin Clay)
- dikatakan sesuai dalam merawat masalah psoriasis, ekzema, kurap, panau, kayap, ruam susu bayi, kudis, kudis buta, cacar air dan masalah lain.
Crystal Menthol
- membantu menyejukkan kulit.
Bahan bahannya semua dari bahan yang elok. Orang kata, kita usahakan je untuk merawat okay.. Cik mimi share dari pengalaman sendiri. Memang cik mimi suka sabun ni. Sebab memang pernah pakai.
Okay, cik mimi sharekan lagi apa lagi kelebihan sabun glow Gelenggang ni dalam membantu merawat anda yang mempunyai masalah dengan kulit.
💞 Eczema
💞 Psoriasis
💞 Kurap
💞 Panau
💞 Kutu Air
💞 Kayap
💞 Kutu Rambut
💞 Resdung
💞 Badang
💞 Kudis Buta
💞 Kurap Susu Bayi
💞 Bisul
💞 Gatal-gatal
Mesti ada yang nak tahu siapa yang boleh menggunakan sabun glow gelenggang ni kan?
Lelaki / PerempuanKanak-KanakOrang DewasaOrang TuaWanita HamilWanita Berpantang
Okay, cukup panjang dah kan bebelan perkongsian dari cik mimi ni. Kalau ada yang terus nak dapatkan produk ni, tak tahu macam mana, boleh layari :
Website : https://glowgelenggang.com/
WhatsApp : 014-544 5951
Twitter : glow gelenggang
Facebook : http://www.facebook.com/glowgelenggang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2020/08/glow-galenggang-membantu-mengatasi.html