Ada Ibu Hamil Terpaksa Induce Waktu Nak Bersalin Ibu Sebabnya


Terpaksa bersalin melalui proses induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku.

Proses bersalin secara induce ini mungkin akan disarankan oleh doktor atau pengamal perubatan disebabkan oleh faktor tertentu, sama ada melibatkan perubatan atau bukan perubatan.
Tetapi adakah ia selamat atau terdapat risiko yang boleh berlaku? Bagaimana pula dengan persediaan jika perlu menjalani prosedur ini Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Kenapa perlu bersalin secara induce?
Selalunya proses bersalin secara induce ini akan disarankan jika wujud kebimbangan mengenai kesihatan ibu mahupun bayi dalam kandungan. Di samping itu, faktor lain yang mungkin memerlukan proses bersalin secara paksaan ini adalah jika jarak tempat tinggal anda jauh dari hospital.
Maka pemilihan bersalin induce adalah wajar untuk mengawal masa bersalin dan tempoh kelahiran bayi.

Perkara lain mungkin melibatkan:
Telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD) Menghidap diabetes gestasi Chorioamnionitis – jangkitan pada rahim Tumbesaran bayi terhenti Oligohydramnios – cecair ketuban sedikit atau bocor Halangan atau gangguan plasenta Air ketuban pecah tetapi tidak berlaku kontraksi Sejarah proses bersalin cepat dan pantas Bagi wanita berbadan dua dengan isu kesihatan tertentu tidak boleh disyorkan untuk melakukan proses bersalin secara induce ini.
Kaedah untuk bersalin induce
Untuk prosedur bersalin secara paksa ini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Cuma perlu diingatkan adalah kaedah yang mungkin sesuai dengan seseorang individu lain, mungkin tidak berkesan untuk anda.
Antara kaedah yang boleh digunakan dalam proses bersalin secara induce adalah:
Amniotomi atau memecahkan air ketuban. Doktor akan mencucuk lubang kecil pada kantung ketuban. Ia sekali gus menyebabkan kontraksi lebih kuat
Pitocin atau disebut oxytocin, yang merupakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin. Kaedah ini menggunakan intravena (IV) pada lengan
Cervical ripening. Dilakukan dengan pengambilan ubat secara oral atau dimasukkan ke dalam faraj (analog prostaglandin) untuk meregang, melembutkan dan mengembangkan serviks
Kaedah bersalin induce menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim. Ia akan merangsang hormon dan mencetuskan kontraksi
Menarik selaput (stripping membrane). Untuk kaedah ini doktor akan menggunakan jari yang telah dipakaikan sarung tangan bagi memisahkan kantung nipis pada ketuban daripada dinding rahim
Dari masa ke masa, bergantung kepada keadaan, doktor mungkin akan menggunakan lebih daripada 1 kaedah untuk proses bersalin secara paksa ini.

Berapa lama proses bersalin induce?
Secara amnya, ia adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya serviks anda lembut dan matang, ia hanya memerlukan dorongan lembut untuk berlakunya kontraksi. Jika tidak, ia boleh mengambil masa beberapa jam sehingga beberapa hari sebelum berlakunya kelahiran bayi.
Dalam sesetengah kes, proses induce tidak berfungsi seperti diharapkan dan kaedah yang sama perlu diulang.
Risiko yang boleh terjadi dalam proses bersalin induce
Antara risiko proses bersalin secara induce, adalah:
Boleh mengalami kontraksi lebih kuat, menyakitkan dan kerap Berdepan peningkatan risiko kemurungan selepas bersalin Prosedur induce gagal dan perlu menjalani kaedah kelahiran caesarean Wujud risiko jangkitan pada ibu dan bayi Masalah rahim pecah. Ini terutamanya bagi wanita yang pernah menjalani pembedahan czer atau pembedahan rahim lain Kontraksi yang terlalu banyak boleh menyebabkan perubahan pada kadar degupan jantung bayi Risiko kematian janin Persediaan diri
Biasanya prosedur ini akan dilakukan di hospital atau pusat bersalin, di mana anda dan bayi boleh dipantau oleh doktor.
Pun begitu, ada beberapa persiapan yang ibu perlu lakukan sebelum menjalani proses bersalin secara induce.

1. Bertanyakan soalan
Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan ragu untuk bertanya. Ia pastinya akan membantu anda untuk lebih tenang selepas mengetahui perkara yang boleh dijangkakan. Anda mungkin ingin mengetahui kaedah yang akan dipilih, risikonya dan rancangan doktor jika kontraksi tidak berlaku seperti diharapkan.
Antara beberapa soalan lain yang boleh ditanya:
Sebab perlu melakukan induce Keadaan serviks Kedudukan bayi Bolehkah anda bergerak selepas prosedur induce?
Adakah ia menyakitkan dan pilihan yang anda ada untuk mengurangkan rasa sakit?
2. Keselesaan diri
Persiapan untuk keselesaan diri akan bergantung kepada prosedur yang dipilih. Anda mungkin tidak dapat bergerak banyak sekiranya diberikan Pitocin melalui IV.
Antara perkara yang boleh membantu meringankan rasa sakit adalah:
Sokongan daripada pasangan, rakan atau ahli keluarga Kekal terhidrat Mengubah posisi kedudukan, seperti bergerak dari sisi ke sisi, berjalan, squatting atau berdiri Ciptakan persekitaran yang menyelesakan seperti mendengar alunan muzik Mandi – bergantung kepada kemampuan anda bergerak dan fasiliti Teknik pernafasan mendalam Bersalin induce? Terima dengan terbuka
Mungkin proses bersalin secara induce bukanlah apa yang anda jangkakan. Tetapi tiada salahnya untuk anda bersikap terbuka dan menerimanya. Ini kerana perkara yang paling penting adalah keadaan diri anda dan bayi selamat dilahirkan.
Dalam kebanyakan kes, prosedur bersalin secara paksa ini berjaya membawa kepada kelahiran normal.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Kredit: Hello Doktor
The post Ada Ibu Hamil Terpaksa Induce Waktu Nak Bersalin, Ibu Sebabnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-ibu-hamil-terpaksa-induce-waktu-nak-bersalin-ibu-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Pertama Kali Nak Buat Check Up Kehamilan Ini Info Penting Mesti Ambil Tahu

Ibu Hamil Pertama Kali Nak Buat Check Up Kehamilan Ini Info Penting Mesti Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 127 hits
Bagi yang pertama kali hendak buat ibu perlu tahu beberapa info penting sebelum berjumpa doktor Perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah mengambil terlebih dahulu di rumah Ibu Hamil Pertama Kali Nak Buat Check Up Kehamilan p...
Ibu Teringin Nak Bersalin Normal Selepas Caeser Ini Syarat Kena Faham

Ibu Teringin Nak Bersalin Normal Selepas Caeser Ini Syarat Kena Faham

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 121 hits
Bagi ibu ibu yang teringin hendak secara normal selepas pernah melalui proses kelahiran ada syarat syarat yang perlu difahami Seorang wanita yang pernah melalui prosedur bersalin pasti pernah terfikir untuk bersalin normal bagi kelahiran se...
Berbengkung Banyak Manfaat Untuk Ibu Lepas Bersalin Elak Perut Masuk Angin

Berbengkung Banyak Manfaat Untuk Ibu Lepas Bersalin Elak Perut Masuk Angin

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 128 hits
Berbengkung memberikan banyak manfaat kepada ibu selepas bersalin Antara kebaikan berbengkung buat ibu ibu selepas melahirkan antaranya ialah mengelakkan perut daripada masuk angin Berbengkung Banyak Manfaat Untuk Ibu Lepas bersalin Rutin b...
Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil

Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 182 hits
Doa dan Amalan Yang Boleh Diamalkan Wanita Mengandung Bagi Memudahkan Proses Bersalin Mengandung dan melahirkan seorang zuriat merupakan satu rezeki kurniaan Allah yang diberikan kepada wanita wanita tertentu sahaja Hal ini demikian kerana ...
Ibu Hamil Yang Ingin Berpuasa Ini Tip Ketika Bersahur Berbuka Serta Perkara Perlu Elakkan

Ibu Hamil Yang Ingin Berpuasa Ini Tip Ketika Bersahur Berbuka Serta Perkara Perlu Elakkan

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 164 hits
Bagi yang ingin ketika di bulan pastikan anda serta mengamalkan pemakanan yang sihat ketika Ini bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam keadaan baik Ibu Hamil Yang Ingin Berpuasa Ibu yang hamil ketika bulan Ramadan hendaklah berwasp...
Jangan Sampai Ada Gdm Waktu Hamil Bahaya Cubalah Kawal Ikut Tip Ni

Jangan Sampai Ada Gdm Waktu Hamil Bahaya Cubalah Kawal Ikut Tip Ni

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 104 hits
Masalah GDM atau kencing manis bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan Ini kerana terdapat beberapa risiko pada kesihatan yang mungkin boleh berlaku kepada ibu hamil Jadi jangan leka dan buat t...
Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor Bahaya Kalau Tak Dirawat Boleh Sebabkan Kematian

Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor Bahaya Kalau Tak Dirawat Boleh Sebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 172 hits
jangan pandang ringan jika ada masalah Tahukah anda bahawa jika tidak dirawat boleh membahayakan serta menyebabkan kematian kepada ibu hamil Perubahan hormon yang berlaku ketika bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk...
Bersalin Di Bulan Ramadan Untungnya Si Ibu Bayi Yang Dilahirkan

Bersalin Di Bulan Ramadan Untungnya Si Ibu Bayi Yang Dilahirkan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 127 hits
Ibu yang hamil dan pada bulan sangatlah beruntung selain dianggap istimewa Ini kerana proses dan yang penuh dengan perjuangan dianggap sebagai ibadah Proses memerlukan tenaga yang banyak begitu juga ibu hamil dan menyusukan Maka sebab itula...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities