Ada Faktor Lain Pengaruhi Punca Kematian Pesakit Long Covid Kkm


AGENDA DAILY
Bebanan sosio-ekonomi memberi impak kepada pesakit Long Covid.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 2,712 pesakit Long Covid telah dirujuk dalam tempoh empat hingga 12 minggu setelah dijangkiti virus itu ke Pusat Perkhidmatan Khusus Pemulihan Pesakit Luar Covid-19, sejak November 2020 hingga September 2021.
Daripada jumlah itu 984 atau 36.3 peratus kes Long Covid telah pulih sepenuhnya daripada gejala yang dialami; 1,715 (63.2 peratus) masih mengalami gejala berterusan; dan 13 kes (0.05 peratus) meninggal dunia.
“Namun semakan rekod perubatan mendapati terdapat faktor komorbid lain yang menyumbang kepada kes-kes kematian ini, iaitu melibatkan penyakit kanser yang telah merebak, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, jangkitan kuman dalam darah serta jangkitan paru-paru,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Long Covid adalah keadaan di mana bekas pesakit masih menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala selepas jangkitan Covid-19.
Ia melibatkan Ongoing Symptomatic Covid-19 iaitu tanda dan gejala selepas jangkitan Covid-19 dalam tempoh empat minggu sehingga 12 minggu; dan Post Covid-19 Syndrome iaitu tanda dan gejala wujud pada ketika atau selepas jangkitan Covid-19 yang berterusan melepasi 12 minggu di mana ianya tidak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata analisis ke atas pengkalan data yang sama mendapati terdapat 2,324 pesakit telah menjalani penilaian melepasi 12 minggu selepas jangkitan Covid-19, dan 97.5 peratus daripada mereka merupakan pesakit yang pernah mengalami jangkitan serius Covid-19 iaitu kategori 4 dan 5.
Penilaian selepas 12 minggu ke atas 2,324 kes ini mendapat 914 atau 39.4 peratus kes pulih sepenuhnya daripada gejala-gejala yang dialami; 1,410 (60.6 peratus) kes masih mengalami gejala-gejala berterusan di mana kebanyakan mereka melaporkan lebih dari satu gejala.
“Lima gejala paling kerap dilaporkan adalah kelesuan (71.8%), kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti (61.9%), batuk (13.6%), kesakitan (13.2%), dan kesukaran tidur nyenyak (11%),” katanya.
Menurutnya lagi, analisis terhadap fungsi yang dialami oleh pesakit long Covid selepas 12 minggu jangkitan mendapati 61.1 peratus tidak mengalami kehilangan fungsi; mengalami kesukaran fungsi yang boleh diabaikan (25.6%); mengalami kesukaran fungsi yang ringan (8.9%); mengalami kesukaran fungsi yang ketara tetapi tidak memerlukan bantuan individu lain (3.7%); dan mengalami kesukaran fungsi yang sangat ketara sehingga memerlukan bantuan individu lain (0.7%).
Dr Noor Hisham berkata tanpa rawatan yang khusus, keadaan itu akan berterusan dan tempoh masa yang lama diperlukan bagi kembali ke tahap fungsi sepenuhnya.
Katanya secara tidak langsung, ia akan menjejaskan kualiti kehidupan individu pasca jangkitan Covid-19.
“Selain itu, Long COVID juga boleh menyebabkan implikasi serius seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti, dan hilang sumber pendapatan. Bebanan sosio-ekonomi bukan sahaja memberi impak kepada pesakit Long Covid, malah turut dirasai oleh ahli keluarga, masyarakat serta negara,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/ada-faktor-lain-pengaruhi-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Kematian Babit Pesakit Long Covid

13 Kematian Babit Pesakit Long Covid

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 210 hits
13 kematian babit pesakit long Covid Sejumlah 13 kes kematian direkodkan membabitkan pesakit long Covid bermula November 2020 hingga September lalu kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Katanya sepanjang tempoh itu sejumlah ...
Pengurus Minta Rasuah Tutup Mulut Kes Kematian Covid 19 Direman

Pengurus Minta Rasuah Tutup Mulut Kes Kematian Covid 19 Direman

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 194 hits
Pengurus minta rasuah tutup mulut kes kematian Covid 19 direman SHAH ALAM Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan ditahan reman lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berju...
Jumlah Kematian Covid Di Seluruh Dunia Tembus 5 Juta Dalam Waktu Kurang Dua Tahun

Jumlah Kematian Covid Di Seluruh Dunia Tembus 5 Juta Dalam Waktu Kurang Dua Tahun

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 256 hits
Angka kematian global karena Covid 19 mencapai 5 juta pada Senin kurang dari dua tahun pandemi yang tidak hanya menghantam negara negara miskin tapi juga negara negara kaya dengan sistem kesehatan terbaik
Awani Ringkas Covid 19 63 Kematian Baharu Mycreative Sambut Baik Peruntukan Rm288 Juta

Awani Ringkas Covid 19 63 Kematian Baharu Mycreative Sambut Baik Peruntukan Rm288 Juta

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 253 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Kematian Ketua Jururawat Disebabkan Covid 19 Bukan Kesan Sampingan Vaksin

Kematian Ketua Jururawat Disebabkan Covid 19 Bukan Kesan Sampingan Vaksin

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 368 hits
SHAH ALAM Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini mengesahkan kematian seorang ketua jururawat di negeri itu adalah disebabkan COVID 19 dan bukan kesan sampingan suntikan vaksin COVID 19 Dalam kenyataan hari ini Pengarah Kesihatan Selang...
Kes Positif Covid 19 Terus Meningkat Kepada 108 376 Kematian 5 131 Di Indonesia

Kes Positif Covid 19 Terus Meningkat Kepada 108 376 Kematian 5 131 Di Indonesia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 208 hits
Jakarta Sebanyak 2 040 kes baharu rekodkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan indek kes postitif COVID 19 di indonesia mencecah seramai 108 376 Mengikut Data yang disiarkan dilaman This is a content summarry Visit my website for full link o...
Punca Salah Diagnosis Covid 19 Wanita Hilang Kaki Dan Koma 23 Hari

Punca Salah Diagnosis Covid 19 Wanita Hilang Kaki Dan Koma 23 Hari

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 178 hits
Washington Seorang ibu dua anak koma selama 23 hari dan kehilangan kakinya selepas tersalah anggap simptom jangkitan darah dialaminya gejala Covid 19 New York Post melaporkan Cher Little mula berasa sakit kepala dan demam tetapi menyangka d...
Tidak Lapor Ujian Kendiri Punca Covid 19 Di Kelantan Masih Tinggi

Tidak Lapor Ujian Kendiri Punca Covid 19 Di Kelantan Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 252 hits
Orang ramai diingatkan supaya segera laporkan keputusan ujian kendiri walaupun negatif KOTA BHARU Tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang longgar dan tidak melaporkan keputusan ujian kendiri menerusi aplikasi MySejahtera ant...
Pakar Sahkan 90 Tekapan Seterika Di Badan Jadi Punca Kematian Zulfarhan

Pakar Sahkan 90 Tekapan Seterika Di Badan Jadi Punca Kematian Zulfarhan

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 268 hits
Pakar sahkan 90 tekapan seterika di badan jadi punca kematian ZulfarhanMahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada anggota b...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense