Ada Cubaan Mengubah Pendirian Umno Tolak Anwar Dap Annuar Musa


mykmu.net
December 12, 2020


Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata terdapat usaha untuk mengubah pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.

Annuar, yang juga ahli parlimen Ketereh berkata pendirian ini juga telah diterima oleh sekutu-sekutu Umno tetapi ada pihak yang perlahan-lahan cuba menghakis pendirian tersebut.

“Konspirasi menggagalkan dasar ‘tolak Anwar dan DAP’ (No Anwar, no DAP) sedang berjalan.

“Akuan berkanun (SD) cuba dikutip, pujuk rayu berterusan, punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka, nama istana dan kerabat turut diguna,” katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar tidak menamakan individu dimaksudkannya itu tetapi menyebut “liciknya pihak yang kempunan kuasa, yang berharap mengambil alih kuasa amat bijak mengatur strategi.”

“Mereka pura pura letak DAP di saf belakang agar mereka mudah mempedaya kelompok ‘No DAP No Anwar’,” katanya.

Menurut Annuar lagi, tindak-tanduk pihak berkenaan sedang diperhatikan.

“Watak ini telah sekian lama menghantui politik negara. Tetapi mereka mungkin tidak sedar, gerakan mereka sudah di baca,” katanya.

Kenyataan Annuar ini, kurang dari seminggu selepas Umno berunding dengan PH, termasuk DAP, mengenai kemungkinan membentuk kerajaan Perak.

Walaupun perundingan tersebut tidak membuahkan hasil, namun ia menimbulkan persoalan bahawa dua parti yang sekian lama berseteru itu sanggup duduk semeja.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed hari ini memberi amaran Umno mungkin tidak akan teragak-agak menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ini, katanya jika Bersatu terus ghairah mahu menjadi parti dominan dalam kerajaan.

Nur Jazlan dipetik FMT berkata ahli Umno perlu memikirkan pilihan kerjasama dengan PH pada PRU15 dengan mengambil kira realiti politik semasa.

Katanya, cadangan jalinan kerjasama antara Umno dengan PKR dan DAP “mungkin bukan idea buruk” kerana Malaysia memerlukan kerajaan inklusif untuk maju dan diterima di peringkat global sebagai negara progresif.

“Memiliki kerajaan yang lebih daripada 90 peratus Melayu (seperti sekarang) tidak sihat atau baik untuk negara.

“Kita tidak boleh menyisih orang bukan Melayu dalam soal jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Walaupun Umno dan DAP berseteru dalam banyak hal melibatkan soal dasar dan urus tadbir tetapi di dalam politik pilihan raya kedua parti itu tidak bertembung di kebanyakan kawasan.

Ini disebabkan kedua-dua parti tersebut mempunyai profil pengundi yang sangat berbeza.

Sebaliknya, Umno mempunyai banyak pertindihan kerusi pilihan raya yang ingin ditandingi dengan Bersatu dan PAS kerana ketiga-tiga parti merebut undi masyarakat Melayu dan Islam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/ada-cubaan-mengubah-pendirian-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Annuar Musa Meroyan No Anwar No Dap Sedangkan Yang Mahu Jatuhkan Umno Afalah Bersatu

Kenapa Annuar Musa Meroyan No Anwar No Dap Sedangkan Yang Mahu Jatuhkan Umno Afalah Bersatu

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 297 hits
Setiap kali ada ura ura Anwar Ibrahim akan mengambil alih teraju kerajaan baik melalui usul di Parlimen atau sokongan SD selain Tun Mahathir Mohamad yang diketahui cukup bimbang dengannya barangkali yang turut diresapi penyakit yang sama ia...
Annuar Desak Mp Umno Dikaitkan Dengan Anwar Berterus Terang

Annuar Desak Mp Umno Dikaitkan Dengan Anwar Berterus Terang

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 251 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 25 pmBN menegaskan ahli parlimen yang disebut sebut memberikan memberi sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim perlu tampil berterus terang Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata mereka yang disebu...
Aduan Kepada Lembaga Disiplin Umno Terhadap Annuar Musa Tular

Aduan Kepada Lembaga Disiplin Umno Terhadap Annuar Musa Tular

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 337 hits
Tular Satu aduan bertulis telah dikemukakan kepada Lembaga DIsiplin UMNO berkenaan terhadap Tan Sri Annuar Musa telah dibuat dan diterima oleh Jabatan Pengurusan Disiplin dan Perlembagaan Parti Ibu Pejabat UMNO pada 24 November yang lalu Ad...
Aziz Bari Tidak Tolak Kemungkinan Gabungan Kerjasama Antara Dap Dan Umno

Aziz Bari Tidak Tolak Kemungkinan Gabungan Kerjasama Antara Dap Dan Umno

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak kemungkinan gabungan kerjasama diantara parti politik di negeri Perak boleh berlaku seperti sebelum ini Menurut beliau dalam gelanggang politik tiada apa...
Pru15 Umno Bertanding 55 Kerusi Rundingan Dengan Pas 70 Peratus Selesai Annuar Musa

Pru15 Umno Bertanding 55 Kerusi Rundingan Dengan Pas 70 Peratus Selesai Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 285 hits
Rundingan berhubung pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke 15 antara UMNO dan Pas sudah berada pada tahap 60 hingga 70 peratus selesai Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO akan bertanding di 55 kerusi ya...
Annuar Musa Umno Barisan And Muafakat To Each Hold Talks On Formation Of New Perak Govt

Annuar Musa Umno Barisan And Muafakat To Each Hold Talks On Formation Of New Perak Govt

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 234 hits
Umno Barisan Nasional and Muafakat Nasional will be involved in a series of meetings over the next few days to discuss the formation of the new Perak government BN secretary general Tan Sri Annuar Musa said Umno s Supreme Council will meet ...
Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 351 hits
December 6 2020 5 40 PMPETALING JAYA Seorang Adun DAP Perak hari ini bertindak berlawanan dengan Pengerusi negerinya Nga Kor Ming yang menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri baru Adun Pokok Assam Leow...
Dap Boleh Kuasai Umno Melalui Anwar

Dap Boleh Kuasai Umno Melalui Anwar

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 322 hits
Menjadi Anwar sebagai PM adalah strategi terbaik untuk DAP kuasai UMNO terutama Najib and the gang Satu fakta yang tidak boleh disangkal Cubaan DAP untuk kuasai Mahathir gagal khususnya apabila Mahathir tidak lepaskan jawatan kepada Anwar d...
Dakwa Jual Tanah Dbkl Pengerusi Dap Mohon Maaf Pada Annuar Musa

Dakwa Jual Tanah Dbkl Pengerusi Dap Mohon Maaf Pada Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Selepas membuat kenyataan mendakwa Tan Sri Annuar Musa menjual 42 plot tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Pengerusi DAP Tan Kok Wai memohon maaf kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu Permohonan maaf dan pena...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur