Ada Beberapa Parti Berkubur Selepas Berpisah Dengan Pas Hj Hadi





PAS tidak pernah mengalami kerugian dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain, bahkan sudah ada beberapa parti yang berkubur dan sebahagiannya tanpa nisan setelah berpisah dengan parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataannya itu bukan kerana berasa angkuh dan cakap berdegar-degar, tetapi merupakan suatu hakikat yang terpahat kukuh sepanjang perjalanan politik Pas.
Perkara itu, katanya, disaksikan oleh mereka yang membuat penyelidikan secara jujur, termasuk dalam kalangan mereka yang datang mahu mengintip, sehingga berniat jahat dengan menebuk bahtera Pas atau mencuri ahli sehinggalah pemimpinnya.
“Namun, bahtera Pas gagal untuk ditembusi dan tidak dapat ditenggelamkan. Sebaliknya, mereka yang berjaya ditarik keluar daripada Pas, akhirnya tenggelam dalam lipatan sejarah, sama ada ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia,” katanya dalam Minda Presiden yang dimuatnaik di laman Facebook semalam.
Bacalah...
SEJAK PAS ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1951 dan memasuki arena politik tanah air, PAS tidak dapat diharamkan melalui tindakan undang-undang dan politik oleh lawan serta musuhnya kerana tidak bertemu apa-apa alasan untuk mengharamkannya.
Kebijaksanaan para pengasas yang memimpin PAS menjadikannya sebuah Harakah Islamiah (Gerakan Islam) yang berdiri atas prinsip aqidah yang kukuh dan bergerak dengan hikmah.
Alhamdulillah, sehingga kini PAS tidak mengalami krisis yang memerlukan kepada penubuhan sebuah parti baharu sebagai alternatif dan tidak perlu diperbaharui pendaftarannya.
Alhamdulillah PAS juga tidak pernah mengalami kemerosotan dari sudut keahliannya, walaupun pernah menghadapi pengalaman rebah dan bangun sepanjang perjalanan politik. Sekalipun pernah mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan jatuh kerajaan. Sehingga PAS pernah dihalau daripada beberapa sejarah pakatan politik dan kerjasama dengan parti-parti lain, malah ada pemimpin PAS yang rebah tercicir dalam perjalanan politiknya.
Maka, insya-Allah PAS tidak hairan dengan nasihat daripada kalangan ilmuwan sains politik yang hanya berlegar di dalam bilik kuliah dan menggerakkan jari dan kaki di kerusi dan meja semata-mata. Mereka yang sekadar bercakap dalam bilik kuliah berhawa dingin dan kaca TV yang diputar mengikut arahan siapa sahaja yang menjadi pengarahnya.
Termasuklah mereka yang membuat kenyataan di lembaran surat khabar, yang kertasnya akan berakhir menjadi surat khabar lama pelbagai guna dan dibuang ke dalam tong sampah. Begitu juga mereka yang membuat kenyataan di media sosial yang hanyut dalam dunia tanpa sempadan, sehingga ada dalam kalangan mereka yang tersungkur tanpa haluan apabila sudah tiba ajalnya.
PAS adalah sebuah parti atau jemaah yang berprinsip atas aqidah yang kukuh, bukan berpegang kepada ideologi yang rapuh.
PAS terus beristiqamah atas asas aqidah dan bergerak dengan hala tuju dan wawasannya yang kekal daripada dunia sehingga ke akhirat.
Alhamdulillah, PAS tidak pernah mengalami kerugian dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain, bahkan sudah ada beberapa parti yang berkubur dan sebahagiannya tanpa nisan setelah berpisah dengan PAS.
Kenyataan ini bukannya kerana berasa angkuh dan cakap berdegar-degar, tetapi merupakan suatu hakikat yang terpahat kukuh sepanjang perjalanan politik PAS. Perkara ini disaksikan oleh mereka yang membuat penyelidikan secara jujur, termasuk dalam kalangan mereka yang datang mahu mengintip, sehingga berniat jahat dengan menebuk bahtera PAS atau mencuri ahli sehinggalah pemimpinnya.
Namun, bahtera PAS gagal untuk ditembusi dan tidak dapat ditenggelamkan. Sebaliknya, mereka yang berjaya ditarik keluar daripada PAS, akhirnya tenggelam dalam lipatan sejarah, sama ada ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia.
Bahtera Islam ini terus berjalan semakin laju, tidak tersungkur kerana melampau dan tidak ketinggalan kerana jatuh. Bahkan ahli PAS semakin ramai, penumpangnya pula sentiasa bertambah dan menjadikan penggeraknya sentiasa silih berganti. Hal ini menjadikan PAS lebih matang kerana pengalamannya bertambah dan perjalanannya lebih sejahtera, insya-Allah.
Silalah sambung bacaan anda di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/ada-beberapa-parti-berkubur-selepas_01729607071.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tolak Mn Hadi Seru Semua Parti Sertai Pn Sebagai Pakatan Baru

Pas Tolak Mn Hadi Seru Semua Parti Sertai Pn Sebagai Pakatan Baru

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 312 hits
PETALING JAYA PAS menegaskan parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional pakatan yang dianggotainya bersama Umno sebelum ini Presidennya Abdul Hadi Awang berkata ia juga menolak muafakat...
Pas Sudah Lakukan Terbaik Demi Pertahan Mn Abdul Hadi

Pas Sudah Lakukan Terbaik Demi Pertahan Mn Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 265 hits
MARANG Pas sudah melakukan yang terbaik bagi mempertahankan jalinan kerjasama dalam Muafakat Nasional yang dimeterai bersama UMNO menerusi Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Pu...
Pas Out Of Muafakat If Umno Breaks Ranks As Heard In Leaked Audio Clip Says Hadi

Pas Out Of Muafakat If Umno Breaks Ranks As Heard In Leaked Audio Clip Says Hadi

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 323 hits
PAS will not work with Umno in Muafakat Nasional if the latter strays from the promises it made as heard in the leaked viral audio clip says PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang He said that after listening to the audio clip many times...
Pas Tolak Agenda Selamatkan Pemimpin Abdul Hadi

Pas Tolak Agenda Selamatkan Pemimpin Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 336 hits
SHAH ALAM Pas menolak sebarang agenda peribadi yang hanya untuk menyelamatkan pemimpin serta anggotanya namun tidak menyelesaikan masalah negara serta rakyat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti tersebut juga menolak muafak...
Pas Tangguh Rundingan Kerusi Dengan Umno Teruskan Dengan Ppbm Kata Hadi

Pas Tangguh Rundingan Kerusi Dengan Umno Teruskan Dengan Ppbm Kata Hadi

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 296 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Rundingan kerusi PAS dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 ditangguh bagi memberi ruang kepada Umno menyelesaikan isu dalaman kata Abdul Hadi Awang Presiden PAS itu berkata rundingan pengagihan kerus...
Hadi Tidak Bermaksud Pas Mahu Keluar Mn Cuma Tolak Politik Perpecahan Menyeleweng

Hadi Tidak Bermaksud Pas Mahu Keluar Mn Cuma Tolak Politik Perpecahan Menyeleweng

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Presiden Abdul Hadi Awang bahawa PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional bukan bermaksud parti itu mahu menolak MN yang turut disertai UMNO Ketua Penerangan PAS Kama...
Selepas Hadi Lari Mahathir Kata Tidak Mampu Elak Wartawan

Selepas Hadi Lari Mahathir Kata Tidak Mampu Elak Wartawan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 373 hits
MALAYSIA DATELINESelepas Presiden Pas lari meninggal Perhimpunan Agung Umno dan rombongannya melanggar jurugambar dan wartawan yang cuba mewawancara mereka Tun Dr Mahathir Mohamad membuat naik satu komen Saya tidak fikir mampu elak wartawan...
Hadi Says Pas Umno Ge15 Seat Talks On Hold But Ongoing With Bersatu

Hadi Says Pas Umno Ge15 Seat Talks On Hold But Ongoing With Bersatu

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 421 hits
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said negotiations with Umno would continue after the party has a clear decision or direction on its cooperation with Bersatu in the Perikatan Nasional in facing GE15 Picture by Shafwan ZaidonMARANG ...
Selepas Muafakat Nasional Terkubur Jualan Kopiah Pun Turut Berkubur

Selepas Muafakat Nasional Terkubur Jualan Kopiah Pun Turut Berkubur

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 417 hits
Setelah Pas mengambil keputusan memilih Bersatu selepas diberikan kata dua oleh Umno bukan akar umbi Umno sahaja yang susah hati para peniaga juga menjadi mangsa Peniaga kopiah Penyatuan Ummah yang berlogokan Umno Pas paling sengsara apabil...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekadar Penjelasan Ringkas

Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

From Eurorack To Tire Attack A Ktm Rc8 Streetfighter From A Synth Designer

Aksi Sebelah Petang Bukan Masalah Buat Tfc

Penemuan Mayat Wanita Dalam Kenderaan Di Jalan Gombak Tiada Unsur Jenayah

Suhun Goreng

Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah