Ada Apa Dengan Telefon Lokman



                           Ada apa dengan telefon Lokman?Posted By: Pentadbiron: June 15, 2019
 Polis menyiasat Lokman Noor Adam kerana disyaki antara dalang utama menyebarkan rakaman seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di media sosial awal minggu ini, kata sumber polis.


The Malaysian Insight diberitahu pasukan khas dari bahagian siasatan di Bukit Aman merampas dua telefon genggam Lokman untuk menyiasat sama ada beliau yang mula menularkan potongan rakaman seks itu.


“Ini adalah proses biasa dalam siasatan, selepas siasatan selesai telefon bimbit akan dikembalikan namun kami akan terus memantau,” kata sumber yang maklum akan proses siasatan itu kepada The Malaysian Insight.


Menurut sumber, polis juga menyiasat aspek ketulenan rakaman seks yang tersebar.


Semua pihak yang berkaitan dengan rakaman itu akan dipanggil untuk dirakamkan keterangan mereka, katanya.


“Siasatan bertumpu pada beberapa aspek iaitu individu yang menyebarkan video, ketulenan video, si pelaku dalam video dan beberapa aspek lagi,” katanya.


Pasukan penyiasat polis ke rumah Lokman di Kajang pada lewat petang Khamis, selepas pemimpin Umno itu membuat laporan polis mengenai rakaman seks dua lelaki yang tersebar melalui WhatsApp pada awal pagi Selasa.


The Malaysian Insight difahamkan pasukan penyiasat itu terdiri daripada pegawai dan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas dan Unit Forensik.


Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu jenayah sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.


Lokman bagaimanapun ditahan mengikut Seksyen 186 akta yang sama kerana menghalang tugas penjawat awam. Beliau enggan memberi kerjasama menyerahkan telefonnya untuk diperiksa serta menjerit memaki hamun polis.


Lokman ditahan bersama bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang meninggalkan PKR pada 2011 dan menyertai MIC sejak dua tahun lalu.


Mereka dibebaskan semalam dengan ikat jamin polis.
Dalam kenyataannya selepas bebas, Lokman berkata beliau kesal dengan cara seorang pegawai polis membuat siasatan semasa di rumahnya dan merancang mengambil tindakan undang-undang.


Beliau mengulangi kenyataan awalnya mendakwa Malaysia “ditadbir dengan undang-undang rimba” kerana beliau yang membuat laporan polis mengenai penyebaran rakaman seks itu tetapi beliau pula yang disiasat.


Lokman ketika dihubungi The Malaysian Insight mendakwa telefonnya masih di bawah kawalan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meskipun sudah dipulangkan kepadanya.


“SKMM merakam keterangan saya pada jam 12 tengah hari ini manakala dua telefon bimbit saya dipulangkan pada jam 4 petang.
“Saya cuba mengakses ke akaun iCloud saya namun gagal kerana kod pengaktifannya tidak dihantar ke nombor telefon saya sebaliknya dipercayai kepada SKMM,” katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak berkata pihaknya memberi keutamaan pada kes penyebaran rakaman seks yang dikaitkan dengan menteri kabinet.


Katanya, SKMM sudah bekerjasama dengan pihak polis sejak rakaman itu mula tersebar pada awal pagi Selasa lalu.


Semalam, polis juga menahan Ketua Pemuda PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku beliaulah salah seorang lelaki dalam rakaman tersebut dan mendakwa pasangannya dalam hubungan intim itu ialah Azmin.


Polis juga semalam mengambil keterangan setiausaha politik Azmin, Hilman Idham





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/ada-apa-dengan-telefon-lokman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Adam Dilayan Macam Binatang

Lokman Adam Dilayan Macam Binatang

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 314 hits
LOKMAN Adam membuat tuduhan law of jungle selepas kena tahan polis Tupasal tokmat pesan JANGAN sebok jaga tepi kain orang Anyway LOKMAN kata nak saman Pegawai Polis TU hari apa wait and see Kalau nak jadi pejuang macai kena banyak bersabar ...
Lokman Dan Gobalakrishnan Bebas Dengan Jaminan Polis

Lokman Dan Gobalakrishnan Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 375 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC N Gobalakrishnan yang ditahan semalam dibebaskan hari ini dengan jaminan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam kenyataan ...
Khaled Penipu Hilang Kejantanan Lokman

Khaled Penipu Hilang Kejantanan Lokman

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 154 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jelas menunjukkan beliau hilang kejantanan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Mohamed Khaled dalam kenyataannya membuktikan dirinya juga seor...
Huawei Dilaporkan Menilai Semula Sasaran Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Nombor Satu Dunia Menjelang 2020

Huawei Dilaporkan Menilai Semula Sasaran Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Nombor Satu Dunia Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1078 hits
Huawei sebelum ini telah pun memperkatakan secara terbuka yang mana mereka menyasarkan untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia melangkaui Samsung menjelang tahun 2020 kelak Walaubagaimanapun kini lanjutan daripada halangan ...
Pemandu Lelaki Yang Sedang Menggaru Wajah Disaman Kerana Disangka Memandu Sambil Bercakap Telefon

Pemandu Lelaki Yang Sedang Menggaru Wajah Disaman Kerana Disangka Memandu Sambil Bercakap Telefon

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 268 hits
Kira kira seminggu yang lalu di timur China kamera trafik yang menggunakan teknologi artificial intelligence menangkap seorang lelaki yang sedang menggaru wajahnya dan memaklumkan kepada pemandu bahawa dia telah melanggar undang undang jala...
Pengilang Foxconn Dilapor Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar Huawei

Pengilang Foxconn Dilapor Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar Huawei

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 339 hits
Reading Time 1 minuteBeberapa model telefon pintar Huawei telah terjejas akibat isu ini Menurut laporan oleh The South China Morning Post pengilang Foxconn dilaporkan telah menghentikan sementara pengeluaran bagi beberapa produk telefon pin...
Lokman Maki Hamun Polis Ketika Disiasat

Lokman Maki Hamun Polis Ketika Disiasat

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 305 hits
1 85 peratus aduan bil TNB tinggi selesai 2 Cadangan keluarkan jenayah bunuh diri daripada Kanun Keseksaan dikaji 3 8 kubur Orang Asli Kuala Koh ditemui 4 Khairul Anuar mara ke final kejohanan memanah dunia SinarAM SinarTV SinarHarian
Umno S Lokman Ex Pkr Mp Arrested For Obstruction Cops Say

Umno S Lokman Ex Pkr Mp Arrested For Obstruction Cops Say

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 412 hits
Umno Supreme Council member Lokman Noor Adam and MIC member N Gobalakrishnan PETALING JAYA The Selangor Criminal Investigation Department says Umno Supreme Council member Lokman Noor Adam who was arrested last night was detained under Secti...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi