Acryl Sani Bakal Ketua Polis Negara Jika Diperkenan Agong Kpn


Kumara Sabapatty Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hadir pada Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi MyBayar Saman di Ibu Pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur.Foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Hamid Bador yang bakal bersara tidak lama lagi.
Bagaimanapun keputusan itu tertakluk kepada Perdana Menteri dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kata Abdul Hamid.

Tan Sri Abdul Hamid Bador diiringi timbalannya, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani (dua kiri) melakukan gimik Pelancaran Portal dan Aplikasi MyBayar Saman di Ibu Pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur.Foto HAZROL ZAINAL“Begitulah perancangannya, siapa timbalan akan naik jadi Ketua Polis Negara.
“Namun keputusannya terpulang kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, sebab jawatan ini memerlukan perkenan Agong,” katanya secara ringkas pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Laman Portal dan Aplikasi Mobile MyBayar Saman.
Acryl Sani dan Pengarah Jabatan Siasatan dan  Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Azisman Alias turut hadir dalam majlis itu.
Abdul Hamid bakal bersara pada 3 Mei ini.
Setakat ini pengganti jawatannya itu masih belum dimuktamadkan.
Sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai spekulasi kononnya Abdul Hamid cuba melobi untuk kontraknya disambung.
Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh Abdul Hamid kerana beliau sudahpun mempunyai perancangan sendiri apabila pakaian seragam birunya digantung kekal tidak lama lagi.
Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun, berkuatkuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.
Sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM, Abdul Hamid pernah memegang pelbagai jawatan pada peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.
Antara jawatan pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inteligen Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstremis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, dan Pengarah Cawangan Khas sejak 23 Mei 2018. -MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/acryl-sani-bakal-ketua-polis-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 405 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19
Kartel Dalam Pdrm Cuba Jatuhkan Ketua Polis Negara

Kartel Dalam Pdrm Cuba Jatuhkan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 351 hits
Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya NURHIDAYAH HAIROMSHAH ALAM Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia yang bercita cita untuk menjatuhkan...
Rentasan 850 Gempar Sanggah Kenyataan Ketua Polis Negara Hamzah Da

Rentasan 850 Gempar Sanggah Kenyataan Ketua Polis Negara Hamzah Da

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 318 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8501 SEKARANG PARLIMEN SUDAH BOLEH BERSIDANG 2 KOMPAUN MACAM HARGA RUNTUH DARI RM10 000 KE RM1 500 3 WAKIL RAKYAT LOMPAT JEJAS KESTABILAN POLITIK 4 APA HUBUNGAN KARTEL POLIS DAN LANGKAH SHERATON
Bila Ketua Polis Negara Mengadu

Bila Ketua Polis Negara Mengadu

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 357 hits
Catatan Facebook wartawan veteran A Kadir Jasin begini bunyinya Pasal kartel polis ni cakap siapa nak percaya KPN atau Menteri Dalam Negeri KPN kata ada MDN nafi Ini perkara serius Ketua polis negara mendakwa ada kartel yang mahu menjatuhka...
Ketua Polis Negara Dipuji Kerana Berani Dedah Isu Kartel

Ketua Polis Negara Dipuji Kerana Berani Dedah Isu Kartel

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 419 hits
March 23 2021 1 PEJUANG Muda Malaysia ingin menzahirkan rasa sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bahador dalam usaha memerangi sebarang kepincangan dan kewujudan kartel dalam pasukan Sang S...
Polis Syak Sajat Berada Di Luar Negara

Polis Syak Sajat Berada Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 567 hits
Oleh NOR SHAFAWATI YUP SAJAT gagal dikesan selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selasa lalu SEREMBAN Usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kemungk...
Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

Analisis Perlawanan No 32 Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Kekuatan Dan Taktik

Criticise Education System Not Solehah

Rasa Kosong Bila Kawan Nak Berhenti

Hiburan Ni Tak Lawak Tapi Biadab Netizen Kritik Nabil Ahmad Bergurau Dengan Sherry Alhadad Isu Tak Ada Rumah Tangga

Don T Miss Out 70 Pdrm Traffic Compound Discount Is Happening Now

Kerjasama Antarabangsa Siasatan Terhadap Prince Holding Group Oleh As Uk Dan Negara Asia Tengah

Tefal Cookware 5pcs Cookware Periuk Non Stick Terbaik Dengan Harga Mampu Milik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisikan Qarin Di Sebalik Seram Terselindung Pesanan Akidah

Mencari Sejadah Dan Ole Ole Di Kota Madinah

Paf Bijan Besar Snek Tradisi Yang Menggoda

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

Shaffiq Erwin Janjir Chord