Terdapat 3x port HDMI 2.0, 2x DP 1.4, 1x USB-C. Sepasang pembesar suara dengan output 20W turut disertakan. Kerana ia sebuah produk Predator, terdapat sokongan lampu yang boleh diubah oleh pengguna mengikut kehendak peribadi. Predator CG552K adalah untuk mereka yang merasakan Predator CG437K adalah masih tidak cukup besar untuk digunakan.
Seterusnya ialah Predator X38 dengan skrin 37.5-inci UWQHD+ dan lengkungan 2300R. Ia melepasi piawaian VESA DisplayHDR 400. 98.5% warna DCI-P3, masa tindak balas 1ms dan kadar segar semula sehingga 175Hz. Leher monitor memberikan kebebasan mendongak sehingga 30 darjah dan ketinggian pula sehingga 5.11″. Sambungan menggunakan HDMI 2.0 dan DP 1.4 boleh dilakukan. Akhir sekali sepasang pembesar suara 14W melengkapi spesifikasi.
Akhir sekali ialah Predator X32 sebesar 32-inci Mini LED dengan resolusi UHD. Ia melepasi piawaian VESA DisplayHDR 1400, warna 10-bit, 99% warna AdobeRGB dan kadar segar semula 144Hz. Seperti dua monitor di atas, X32 juga turut menerima sokongan NVIDIA G-Sync. Terdapat input HDMI 2.0, DP 1.4 dan empat port USB untuk sambungan pelbagai aksesori. Akhir sekali terdapat juga sepasang pembesar suara 4W.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |