Acar Ikan Masin Talang Produk Industri Kecil Sederhana Kuala Kurau Pencetus Selera Hidangan


ACAR IKAN MASIN TALANG PRODUK INDUSTRI KECIL SEDERHANA KUALA KURAU PENCETUS SELERA HIDANGAN | Assalammualaikum semua! Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 pada 12-14 Julai 2023 anjuran Tourism Malaysia telah memberi Ruby pengalaman yang luar biasa. Dari kembara alam semulajadi kepada menikmati makanan enak di negeri Perak. Sememangnya masih banyak lagi belum habis Ruby terokai. Makin lama, makin seronok.
Kali ini Ruby ingin berkongsi tentang menu makanan Acar. Pada kebiasaannya Ruby hanya tahu Acar Buah sahaja. Itu pun jarang beli di mana-mana. Mak Ruby akan masak setiap minggu. Hehe. Namun, Acar Ikan Masin Talang adalah sesuatu yang baru bagi Ruby. Ada kebimbangan ketika membeli, mungkin bau ikan terlalu kuat ke. Ikan masin kurang ke? Banyak persoalan ya? Al maklumlah pembeli kan. Hahaha. 

ACAR IKAN MASIN TALANG PRODUK INDUSTRI KECIL SEDERHANA KUALA KURAU PENCETUS SELERA HIDANGAN


Destinasi kami seterusnya ke Projek Acar Ikan Masin Talang dan Sos Cili yang diusahakan oleh Puan Siti Rohani Binti Mohd Zaini, 55 tahun. Beliau lebih mesra di panggil Puan Ani. Cuaca agak panas, tetapi kami nak tengok perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) sebelum kami berangkat ke Taiping. 
Setibanya ke destinasi, kami di sambut oleh Puan Ani sendiri. Malah, kami dihidangkan Bubur Panas, Acar Ikan Masin Talang, Kuih Muih dan Minuman. Tengoklah cantiknya merah Acar Ikan Masin Talang ni. Ruby cuba semua masakan Puan Ani. Memang sedap. Acar Ikan Masin Talang manis-manis pedas manja. Tak pedas langsung pun kalau ikut tahap kepedasan yang subjektif


Menurut Puan Ani, setiap bungkusan 200 gram Acar Ikan Masin Talang mengandungi 10 ketul ikan masin talang. Ikan Masin Talang dalam Acar ini tidak lembik, rasa puas ketebalannya. Memang best. Nyummmmssss. Lepas rasa, terus Ruby beli dua kotak. Hahaha

Puan Ani mengusahakan perniagaan Acar Ikan Masin Talang melalui dorongan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kurau dibawah Lembaga Pertubuhan Peladang (Peladang). Peladang merupakan agensi kerajaan yang mempunyai objektif untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil, pendapatan, membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu


Pada mulanya Puan Ani memulakan perniagaan sebagai tukang jahit. Kemudian pada bulan Ramadan beliau masak Acar Ikan Masin Talang dan memberi kepada kenalan. Mendapat maklum balas positif, malah galakan untuk berniaga Acar Ikan Masin Talang. 
Seterusnya, beliau menghantar sampel kepada Peladang untuk mereka cuba. Pada 2016, Puan Ani memulakan perniagaan makanan di bawah bantuan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kurau. Sehingga hari ini, permintaan kepada produk yang dihasilkan oleh Puan Ani terus mendapat sambutan
 PRODUK-PRODUK PUAN ROHANI
Dari Acar Ikan Masin Talang, Puan Ani terus menghasilkan produk makanan lain iaitu Pes Ikan Bakar, Sos Char Kuey Teow, Rempah Sup, Sos Cili dan Madu Kelulut. Harga jualan sangat berpatutan dan mendapat kelulusan MESTI. Puan Ani juga dalam proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM agar produk lebih diyakini oleh semua pelanggan. 
Puan Ani juga menyertai expo yang dianjurkan oleh Peladang dan FAMA. Sebulan Puan Ani akan menghasilkan Acar Ikan Masin Talang sebanyak 3 kali dan setiap masakan mampu menghasilkan 300 pek Acar Ikan Masin Talang
 




Acar Ikan Masin Talang (220 gram) - RM 15Sos Cili - RM 3Madu Kelulut (50ml) - RM 20Rempah Sup - RM 1.90
Puan Ani juga sedang dalam proses permohonan mesin teknologi Retort yang mampu memberi jangka hayat produk beliau sehingga 2 tahun berbanding teknik pembungkusan sekarang yang hanya bertahan selama 6 bulan. 
ANUGERAH USAHAWAN
Puan Ani telah menerima pelbagai anugerah dan juga telah menyertai banyak program untuk meningkatkan perniagaan beliau. Anda boleh lihat semua sijil dam trofi seperti di bawah ini


INTAI DAPUR PUAN ANI
Melalui perniagaan yang diusahakan oleh Puan Ani, beliau secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Penyediaan makanan pastinya pilihan pekerjaan sambilan atau sepenuh masa bagi suri rumah yang ingin pendapatan bulanan. 

Anda boleh dapatkan produk Puan Ani di ibu pejabat iaitu rumah Puan Ani sendiri atau hubungi terus Puan Ani. 
Alamat: No 111 Batu 12 1/2, Jalan Pantai, Parit Tok Hin, 34350 Kuala Kurau, PerakHubungi: +60194095928
Penulisan ini ditulis bersempena Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 pada 12-14 Julai 2023 anjuran Tourism Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/07/acar-ikan-masin-talang-produk-industri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penuhi Keperluan Omega 3 Harian Anda Dengan Rangkaian Produk Ikan Ayam Brand Yang Enak Sihat Mudah

Penuhi Keperluan Omega 3 Harian Anda Dengan Rangkaian Produk Ikan Ayam Brand Yang Enak Sihat Mudah

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 240 hits
Adakah anda tahu asid lemak Omega 3 adalah lemak politidaktepu yang memainkan peranan penting dalam tubuh Sungguhpun demikian tubuh kita tidak mampu menghasilkan jumlah Omega 3 yang diperlukan dalam kehidupan Ini bermakna kita perlu mendapa...
Pm Serah Unit Pertama Starlink Kepada Uitm Kampus Kuala Pilah

Pm Serah Unit Pertama Starlink Kepada Uitm Kampus Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 196 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan unit pertama peranti satelit Starlink kepada Universiti Teknologi Mara Peranti yang diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Dr Mohd Sazili Shahibi di reruai S...
Fahmi Runs Data Speed Test In Kuala Selan Gor After Complaint Of Weak Coverage

Fahmi Runs Data Speed Test In Kuala Selan Gor After Complaint Of Weak Coverage

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 182 hits
Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil ran a 5G data speed test in Kuala Selangor to prove that there is coverage in the area This comes after PKR s candidate for the state polls Thiban Subbramaniam complained about the weak cover...
Menu Warisan Baba Nyonya Authentic Nyonya Noodles Hut Di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Menu Warisan Baba Nyonya Authentic Nyonya Noodles Hut Di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 334 hits
Buat warga Kuala Lumpur atau pelancong yang berada di KL Adakah anda teringin menikmati makanan masakan warisan budaya Baba Nyonya Jika jawapan anda YA Jom mencuba Menu Warisan Baba Nyonya Authentic Nyonya Noodles Hut di Hotel Santa Grand S...
Jom Makan Buffet Countryside Barbecue Di Fairfield By Marriott Kuala Lumpur

Jom Makan Buffet Countryside Barbecue Di Fairfield By Marriott Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBerita baik buat penggemar makanan barbeku atau panggang kali ini anda boleh nikmati hidangan yang lazat di salah sebuah lokasi terkemuka di Kuala Lumpur iaitu di Fairfield By Marriot Kuala Lumpur COUNTRYS...
Menginap Di Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur

Menginap Di Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum WBTSAJA demand dengan Pak Inche ajak menginap di Hotel Tamu Kuala Lumpur gara gara baca blog seorang blogger Tapi ya ampunnn maaf dipinta mensuci hening dosa Sk lupa betul blog mana yang Sk baca tu cuma Sk wishlist kalau dat...
Atsky Kuala Lumpur Sesuai Untuk Sambut Birthday Harga Berpatutan Dan Pemandangan Cantik

Atsky Kuala Lumpur Sesuai Untuk Sambut Birthday Harga Berpatutan Dan Pemandangan Cantik

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 719 hits
hai assalammualaikumSambut Birthday Di Atsky Kuala Lumpur Happy Birthday To Me Happy Birthday To Me hehehe Semestinya bulan Julai yang ditunggu tarikh lahir seorang Nadia Kihkih Alhamdulillah masih diberi nafas kesihatan yang baik dan menja...
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur Tawarkan Rawatan Untuk Masalah Keguguran Rambut

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur Tawarkan Rawatan Untuk Masalah Keguguran Rambut

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 280 hits
Rambut ibarat mahkota untuk penampilan diri dan identiti seseorang individu tak kira untuk lelaki mahupun wanita Memiliki rambut yang lebat sering dikaitkan dengan keremajaan dan kecergasan Penampilan rambut dengan gaya yang berbeza mampu m...
Mendapan Besar Di Km 66 1 Arah Timur Dan Barat Lebuhraya Kuala Lumpu Karak

Mendapan Besar Di Km 66 1 Arah Timur Dan Barat Lebuhraya Kuala Lumpu Karak

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 158 hits
BENTONG Pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada susulan mendapan tanah besar di KM66 1 arah timur dan barat Bentong Lebuhraya Kuala Lumpur Karak malam tadi Lebuhraya Pantai Timur dalam hantaran di Twitter kejadian mendapan telah menghal...
Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Sindiket Caj Rm15 000 Bawa Masuk Warga Bangladesh Ke Malaysia Tumpas

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib

Resipi Sup Keting Masak Sendiri Baru Puas Boleh Makan Banyak

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List