Abim Gesa Cadangan Naik Tarif Letrik Dikaji Semula


 

 February 2025Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa cadangan kenaikan kadar tarif elektrik yang dijangka berkuat kuasa pertengahan tahun ini dikaji semula secara mendalam dan tuntas.
Ini kerana menurut Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, sebarang kenaikan kadar tarif elektrik itu akan memberi kesan berantai kepada kehidupan rakyat.
Dalam masa sama, beliau menggesa kerajan memberikan kepastian segera dengan jelas dan lengkap mengenai kadar baharu tarif elektrik tersebut.
Jelasnya, perubahan kadar baharu tarif itu akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat yang sedang cuba memenuhi keperluan asas mereka di sebalik tekanan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, apa jua kos kenaikan membabitkan petrol serta elektrik akan ditanggung secara tidak langsung oleh rakyat.
“Dalam erti kata lain, rakyat tetap akan merasai kesan kenaikan itu secara langsung walaupun dilaporkan kadar tarif untuk 85 peratus rakyat tidak terjejas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat menjelaskan, kenaikan kadar tarif elektrik yang akan dilaksanakan Julai depan tidak akan memberi kesan terhadap 85 peratus pengguna.
Ini kerana, jelas Anwar, kadar tarif baharu itu hanya melibatkan sektor perindustrian selain sebahagian daripada golongan yang disifatkan `mahakaya’.
Sementara itu, Ahmad Fahmi berkata, kenaikan kadar tarif elektrik kelak akan memberi kesan kepada pelbagai sektor lain termasuk pelancongan yang mana dijangka mempengaruhi kos operasi sehingga mempengaruhi kadar bayaran untuk penginapan.
Jelasnya, kesannya akan lebih terasa mengambil kira kemungkinan pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol yang dilaporkan akan dilaksanakan pada masa yang sama.
“ABIM menilai pelaksanaan dasar ini berpotensi mencetuskan kesan berganda yang perlu dihadapi rakyat yang terpaksa meningkatkan komitmen kewangan peribadi.
“Dalam erti kata lain, mana-mana pihak tidak perlu ada sebarang tanggapan bahawa rakyat inginkan perkhidmatan percuma seperti elektrik, kerana realitinya mereka masih membuat bayaran untuk mendapatkan aksesnya,” katanya. – MalaysiaGazette
Sumber – https://malaysiagazette.com/2025/02/05/tarif-elektrik-kaji-secara-tuntas-elak-kesan-berantai/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/abim-gesa-cadangan-naik-tarif-letrik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarif Elektrik Naik 85 Pengguna Tak Terjejas

Tarif Elektrik Naik 85 Pengguna Tak Terjejas

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 162 hits
Subsidi Elektrik 2025 85 Pengguna Domestik Di Semenanjung Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Sehingga Jun 2025 Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak akan terjejas dengan pelarasan ta...
Tarif Elektrik Naik Julai Ini Pmx Dikritik Netizen

Tarif Elektrik Naik Julai Ini Pmx Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 152 hits
harakahdaily comFebruary 5 2025KOTA BHARU Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik mulai Julai ini sebagaimana diumumkan telahmendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak termasuk netizen yang mempertikaikan langkah tersebut Sebuah po...
Akmal Soal Pmx Apa Jaminan Rakyat Tak Terbeban Tarif Elektrik Naik

Akmal Soal Pmx Apa Jaminan Rakyat Tak Terbeban Tarif Elektrik Naik

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 130 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 4 2025 4 23 PMPemuda Umno menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan jaminan konkrit bahawa kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan tidak akan menjejaskan rakyat sebagai pengguna akhir Ketuanya...
Penggubalan Semula Psa Ngo Gesa Kerajaan Dedah Draf Akhir

Penggubalan Semula Psa Ngo Gesa Kerajaan Dedah Draf Akhir

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 112 hits
malaysiakini comPertubuhan masyarakat sivil menggesa kerajaan bersikap telus berhubung draf akhir penggubalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen Kumpulan terbabit menggesa kerajaan mengadakan sesi libat urus terakhir dengan semua pihak berke...
Lebih 85 Peratus Rakyat Tidak Terjejas Kenaikan Tarif Elektrik Perdana Menteri

Lebih 85 Peratus Rakyat Tidak Terjejas Kenaikan Tarif Elektrik Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 168 hits
PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa pada Julai hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi nbsp Jelasnya kenaikan tarif itu mengikut kaedah Ketidakseimbanga...
Rezeki Tahun Baru Tarif Elektrik 2025 Jaminan Keperluan Asas Tetap Terjaga

Rezeki Tahun Baru Tarif Elektrik 2025 Jaminan Keperluan Asas Tetap Terjaga

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 140 hits
Rezeki Tahun Baru Berita baik untuk rakyat perubahan tarif elektrik pada Julai nanti tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah Jadi tak perlu risau keperluan asas anda tetap terjaga Sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Mente...
Pm Kenaikan Tarif Elektrik Hanya Untuk Industri 85 Rakyat Tak Terkesan

Pm Kenaikan Tarif Elektrik Hanya Untuk Industri 85 Rakyat Tak Terkesan

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 135 hits
malaysiakini comPARLIMEN Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya akan melibatkan pengguna industri dan golongan maha kaya Menurut Anwar majoriti rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan berk...
Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 179 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata tarif elektrik perlu dinaikkan pada separuh kedua tahun ini Anwar mengakui langkah itu akan menyukarkan atau merugikan namun menyatakan kerajaan bersedia mendengar pandangan lain Keputusan itu ...
Rahsia Besar Tarif Trump

Rahsia Besar Tarif Trump

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 142 hits
Nazri HamdanHari ni sebenarnya satu dunia dah kena game dengan Trump Bila Trump kenakan tarif pada Canada Mexico dan China ramai orang mula fokus pada tarif Korang perasan tak sejak Trump ambil alih jadi Presiden US dia tak pernah cakap pas...
Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memaafkan Seperti Allah Dengan Tetap Melupakan

Benarkah Rasulullah Pernah Mencintai Istri Orang Lain

Naik Kereta Api Ke Dabong

Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang