Abang Pm Kamarazaman Yaakob Akan Lancar Parti Baharu Mesra Kerajaan 10 Oktober Ini


 

KUALA LUMPUR - Kamarazaman Yaakob, abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum dan mesra kerajaan pada 10 Oktober ini.
Kamarazaman yang juga Presiden Penaja kepada Parti Kuasa Rakyat berkata, objektif utama parti tersebut adalah memperjuangkan rakyat golongan B40 dan M40 dari tiga aspek utama iaitu pendidikan percuma, kesihatan percuma dan bantuan penginapan untuk rakyat miskin.
“Kita yakin perdana menteri ini (Ismail Sabri) juga mempunyai pemikiran membela rakyat marhaen daripada sejarah dia duduk (menyandang jawatan) di kementerian- kementerian itu (sebelum ini). Dia agak jelas memihak kepada rakyat kebanyakan, rakyat yang susah,” katanya apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menubuhkan sebuah parti mesra kerajaan.
Tambahnya, keprihatinan Ismail Sabri terhadap rakyat kebanyakan dapat dilihat melalui sejarahnya memimpin beberapa kementerian di bawah portfolionya seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
“Jadi kita lihat tidak ada pertembungan daripada pemikiran dari pendirian parti dengan apa yang dia (Ismail Sabri) telah buat,” katanya.
Kamarazaman yang juga merupakan Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) pada 70-an turut aktif memperjuangkan isu-isu rakyat, sehingga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974 kerana terlibat dalam demonstrasi Baling di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Demonstrasi itu membantah harga getah yang menjunam yang memberi kesan kepada ekonomi petani dan penoreh getah khususnya di Baling, Kedah yang menyaksikan penduduk di situ kebuluran.
Kamarazaman menyifatkan perjuangan partinya itu sebagai kesinambungan daripada apa yang telah diperjuangkan sebelum ini.
Menurutnya, dia melihat bahawa parti politik sedia ada tiada yang benar-benar terdiri daripada ahli yang berbilang kaum, selain PKR (Parti Keadilan Rakyat).
“Parti ni adalah parti yang dibentuk oleh sekumpulan ahli akademik, profesional, ahli perniagaan, aktivis sosial dan orang yang berfikir untuk meneruskan perjuangan apa yang saya perjuangkan di kampus dahulu,” katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada partinya akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang, katanya perkara tersebut bukanlah menjadi matlamat sebenar perjuangannya.
“Kita tak memikirkan pilihan raya. Kita fikir untuk lahirkan sebuah parti yang perjuangkan hak-hak orang miskin.
“Soal pilihan raya tu bukan matlamat kita. Matlamat kita adalah untuk memperjuangkan rakyat miskin,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/abang-pm-kamarazaman-yaakob-akan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Pm Bakal Pimpin Parti Baharu

Abang Pm Bakal Pimpin Parti Baharu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 228 hits
MALAYSIA DATELINEAbang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal melancarkan parti baharu bulan ini lapor The Malaysian Insight Kamaruzaman Yaakob yang merupakan nama besar dalam gerakan mahasiswa lebih 40 tahun lalu ialah...
Kerajaan Pahang Setuju Wartakan Tambahan 780 94 Hektar Lagi Hutan Tadahan Air Baharu

Kerajaan Pahang Setuju Wartakan Tambahan 780 94 Hektar Lagi Hutan Tadahan Air Baharu

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 275 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang bersetuju mewartakan tambahan 780 94 hektar kawasan di Hutan Simpan Kekal Berkelah Maran dan HSK Lepar di sini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kerajaan Neger...
Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Soal Veteran Parti Berhubung Cabutan Nombor Ekor

Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Soal Veteran Parti Berhubung Cabutan Nombor Ekor

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 362 hits
freemalaysiatoday com September 24 2021 9 30 AMMahfodz Mohamed berkata walaupun bersama dalam kerajaan PAS mempunyai prinsip dan tahu tentang halal haram PETALING JAYA Seorang veteran PAS mempersoalkan peranan suara pemimpin parti itu di Pu...
Sebagai Proksi Pecah Undi Itulah Tujuan Kewujudan Parti Politik Baharu

Sebagai Proksi Pecah Undi Itulah Tujuan Kewujudan Parti Politik Baharu

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 183 hits
PETALING JAYA Parti politik baharu yang dikaitkan dengan seorang pemimpin utama politik berkemungkinan akan menjadi proksi bertujuan meletakkan kedudukan tidak berpihak kepada pembangkang dengan memecah undi pilihan raya kata penganalisis p...
Rmk12 Kerajaan Peruntuk Rm400 Bilion Biaya Projek Sambungan Baharu

Rmk12 Kerajaan Peruntuk Rm400 Bilion Biaya Projek Sambungan Baharu

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 247 hits
RMK12 Kerajaan peruntuk RM400 bilion biaya projek sambungan baharu Sebanyak RM400 bilion diperuntukkan kerajaan untuk membiayai semua projek sambungan dan baharu di bawah Rancangan Malaysia ke 12 kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Bel...
Parti Baharu Azmin Bila Pula Tanya Puad

Parti Baharu Azmin Bila Pula Tanya Puad

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 282 hits
By 11 October 2021 Mohd Puad ZakarshiKUALA LUMPUR Kerajaan diingatkan jangan pula pendaftaran Parti Kuasa Rakyat diluluskan tetapi tidak meluluskan pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Pu...
Ywp Milik Kerajaan Bukan Saya Tengku Adnan

Ywp Milik Kerajaan Bukan Saya Tengku Adnan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 261 hits
YWP milik kerajaan bukan saya Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjual tanah kepada syarikat miliknya Tengku Adnan berkata syarikat berkenaan Yayasan Wilayah Persekutuan ad...
Umno Jangan Kutuk Lebih2 Ubahsuai Seri Perdana Dilakukan Kerajaan Yang Sama

Umno Jangan Kutuk Lebih2 Ubahsuai Seri Perdana Dilakukan Kerajaan Yang Sama

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 232 hits
Sesiapa yang sebelum ini menyebarkan berita bahawa kos ubahsuai Seri Perdana adalah sebanyak RM30 juta ternyata mereka itu telah melakukan fitnah terhadap kerajaan Kos yang sebenarnya bukanlah RM30 juta tetapi RM38 5 juta iaitu lebih tinggi...
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 1627 hits
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022 Alhamdulillah tiba masanya untuk Ummi mengisi borang bendaftaran darjah satu sekolah agama untuk Abang Syamil How time flies Budak pemalu sorang ni dah nak darjah...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun