Abang Lori Beng4ng Pemandu Leka Main Phone Signboard Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan Undang Deb4t Netizen
KEWUJUDAN papan tanda kuning yang memaparkan ‘belok kiri jika tiada kenderaan’ bukanlah tanda arah baharu yang diletakkan di setiap persimpangan jalan seluruh negara.
Namun masih ramai yang tidak peka dan tegar menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Malah, ada juga yang marah apabila diminta untuk meneruskan pemanduan seolah-olah teguran yang diberikan salah walhal terdapat papan tanda arah kerana lorong yang digunakan hanyalah untuk laluan ke kiri sahaja.
Disebabkan sering mengalami situasi seumpama itu, pemandu lori yang dikenali sebagai Irfan nekad mengetuk cermin kereta Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki.
Menerusi video berdurasi 26 saat itu, dia kelihatan selamba menunjukkan papan tanda arah supaya pemandu terbabit dapat meneruskan pemanduan.
Ketika dihubungi mStar, anak muda berusia 20 tahun itu memberitahu, dia terpaksa melakukan tindakan berkenaan kerana dalam keadaan tergesa-gesa dan mengejar masa bagi menghantar pesanan pelanggan.
“Saya pemandu lori tapi masa kejadian saya jadi kelindan sebab ade pemandu lain. Jadi saya turun untuk memaklumkan kepada pemandu kenderaan hadapan tersebut supaya belok ke kiri seperti papan tanda arah.
“Sebelum ni memang ada juga terjadi perkara seumpama tu pada saya. Cuma situasi kali ni tak mengizinkan kerana terlalu kejarkan masa sebab itu gagahkan diri pergi ketuk.
“Pemandu kereta tidak menunjukkan reaksi apa-apa tapi kelihatan mengatakan ‘okay’ seolah-olah tidak melihat papan tanda yang ada,” luahnya yang baharu sahaja memulakan tugas sebagai pemandu lori bagi syarikat Ayu Catering Tangkak di Johor.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Irfan baru memulakan kerja sebagai pemandu lori.
Malah katanya, dia lebih gemar menegur dengan cara begitu berbanding membunyikan hon kerana ia lebih ‘sopan’ dan tidak mengejutkan.
Menurutnya lagi, lokasi laluan berkenaan adalah di lampu isyarat hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak.
“Kat situ ada dua lorong sahaja dan laluan berkenaan memang khusus untuk sesiapa yang ingin belok ke kiri sahaja,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, anak jati Tangkak itu meminta supaya pengguna jalan raya yang lain lebih peka terhadap tanda arah selain tidak menggunakan telefon bimbit semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Saya turun untuk memaklumkan kepada pemandu kenderaan hadapan tersebut supaya belok ke kiri seperti papan tanda arah.IRFANTambahnya, ia bagi membolehkan mereka menggunakan masa yang ada untuk melihat keadaan sekeliling termasuk membaca papan tanda arah yang diletakkan berhampiran sekali gua tidak menyusahkan pemandu lain.
Terdahulu, video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok ditonton lebih 1.1 juta pelayar dalam tempoh kurang lima jam.
Bersama rakan pemandu yang lain.
Ia turut dikongsikan di pelbagai platform media sosial.
Perkongsian itu juga menyebabkan sekumpulan netizen berdebat malah ada juga yang mempertahankan pemandu kenderaan hadapan kerana menyangkakan dia ingin meneruskan pemanduan ke hadapan.
“Kalau kenderaan tu nak terus orang belakang tetap kena tunggu. Memang ada dua lorong, tapi dua-dua boleh terus.
“Tapi kat atas jalan ada dua panah satu terus dan satu belok kiri. Jadi kalau nak terus pun tak salah kan?
“Kesian pemandu kereta depan tu. Dia nak pergi terus sebab lorong tu boleh ke kiri dan lurus. Tengok anak panah kat tar tu.
Antara reaksi netizen.
“Entah-entah (pemandu) Almera nak pergi terus, tapi sebab abang tegur dia terpaksa belok kiri,” ujar beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada yang menceritakan situasi sama turut berlaku di beberapa lokasi lain.
“Di Sungai Petani (Kedah) memang ikut cara ni tapi kau hon pun dia tak akan bergerak walaupun ada papan tanda.
“Orang luar Putrajaya, kalau nak selamat duduklah lorong tengah. Ramai kawan-kawan duduk negeri lain kata orang Putrajaya bawa kereta macam ‘samseng’.
“Kat tempat aku terbalik. Pakcik kereta paling depan keluar tunjuk traffic light merah… kereta lain hon bertubi-tubi pun dia tak hairan,” ujar beberapa netizen lagi.
Bagaimanapun, ada yang mend4kwa mereka disam4n kerana mengikut papan tanda berkenaan dan disifatkan melanggar lampu isyarat merah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/PiMgZEU
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/07/abang-lori-beng4ng-pemandu-leka-main.html