Abang Ceraikan Imani Dengan Talak 3 Demi Bersama Cinta Pertama Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Yang Sempurna Tetapi



Assalamualaikum. Aku nak meluahkan perasaan aku. Aku nak kenalkan diri sebagai Am, berusia 28 tahun, berstatus suami orang. Apa yang aku ingin ceritakan biarlah menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua kaum lelaki kerana ikutkan hati, aku merana selamanya. 
Aku dan Imani (isteri dunia akhirat aku) kenal pada tahun 2015. Ketika itu aku berumur 23 tahun. Kami sebaya. Berkahwin dua tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Jika ada sekarang, hero aku dah berumur dua tahun lebih. 
Sebelum itu, kami hidup bahagia tanpa ada sebarang masalah. Bergaduh kecil itu biasalah. Kami berdua bekerja dalam unit beruniform. Imani bekerja syif dan aku normal syif

Kisahnya bermula selepas aku jumpa semula dengan bekas kekasih lama, Mila (isteri sekarang). Mila merupakan kekasih aku ketika kami sama-sama melanjutkan pengajian di universiti. Kiranya aku kenal Mila dulu sebelum Imani. Tetapi hubungan kami mengalami masalah. Aku mendapati Mila menduakan aku. 
Aku terlalu sayangkan Mila kerana dia merupakan cinta pertama aku. Aku dan Mila tidak pernah memutuskan hubungan cinta kami. Cuma aku mendiamkan diri seketika dan disebabkan kecewa, aku berkahwin dengan Imani. Mila cuba mencari aku untuk kembali bersama tetapi gagal. Disebabkan kecewa, Mila berkahwin dengan kawan seuniversiti kami. 
Pada awal perkahwinan, walaupun aku dah berkahwin dengan Imani, tetapi perasaan sayang aku masih kuat terhadap Mila. Aku cuba untuk beri kasih sayang aku pada Imani tetapi tidak sama seperti Mila

Imani adalah seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab. Walaupun dia bekerja syif dan kadangkala selalu balik lewat, tetapi dia masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu. Dia seorang yang lemah lembut, cantik, tidak pernah sekalipun meninggikan suara atau melawan aku biarpun tercetus perselisihan faham di antara kami. 
Dia menghormati keluarga aku. Boleh dikatakan dia adalah wanitay ang sempurna dari segi rupa dan akhlaknya. Tetapi aku bodoh dalam menilai dia. 
Bila aku dah terjumpa semula dengan Mila, aku lalai, hanyut dalam cinta. Ketika bersama Imani, aku selalu teringatkan Mila. Kami selalu berjumpa. Kadang-kadang aku tipu Imani kata ada kursus. Dua tiga hari baru aku balik. Imani tidak mengesyaki aku. Aku dan Mila dilamun cinta semula. Kasih sayang aku terbahagi dua antara Imani dan Mila. 
Pada masa yang sama, Mila baru saja bercerai dengan suaminya. Jadi, aku menjadikan Mila sebagai tempat mengadu dan memadu kasih. Aku juga mengambil peluang tersebut kerana perasaan aku terhadap Mila masih ada. Lagi pula isteri aku bekerja syif. Segala permainan aku tersimpan rapi. 
Satu hari, Mila memberitahu bahawa dia hamil. Pada mulanya aku tidak mengaku itu anak hasil dari aku. Tetapi Mila pula bekeras mengatakan bahawa itu adalah anak aku sebab dia dan bekas suami dia sudah lama tidak bersama. Hanya aku yang bersama dengan dia sepanjang tempoh itu. 
Mila mahu aku menikahinya tetapi dia tidak mahu menjadi isteri kedua. Aku perlu menceraikan Imani. Aku dalam dilema ketika itu, aku buntu. Aku perlu membuat pilihan dan aku memilih Mila. Dia cinta pertama aku dan kandungan itu adalah anak aku. 
Pada malam itu, aku menunggu kepulangan Imani. Aku ingat lagi, hari itu dia bekerja syif petang. Sampai saja dia di rumah aku memanggilnya untuk berbincang. Tetapi dia meminta izin untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu. 
Anak aku sudah pun tidur. Selesai mandi dan sembahyang, Imani ingin memasak untuk aku tetapi aku halang. Aku mahu menyelesaikan masalah itu, malam itu juga. Dia akur, kami duduk bertentangan. Aku melihat raut wajah wanita di hadapanku. Wanita yang susah senang bersama aku selama ini. Tetapi kenapa malam itu aku begitu tegar membuat dia menangis. Sampainya hati aku. 
"Maafkan abang, sayangku.." aku menggenggam erat tangannya. 
Imani menjadi tidak keruan melihat reaksi aku pada malam itu. Dia bertanya kepada aku, kenapa aku kelihatan lain. Aku diam dan dengan lafaz bismillah aku melafazkan cerai terhadapnya. Bukan 1, bukan 2, tetapi 3. Betapa tegar dan bodohnya aku menghancurkan hati wanita yang betul-betul ikhlas mencintai aku. 
Imani terdiam dan akhirnya dia menangis semahu-mahunya. Bertanya di mana silapnya dan apa salahnya sehingga sanggup menceraikan dia. Malam itu juga, aku keluar dari rumah, meninggalkan Imani dan anak aku. Aku balik ke rumah Mila. 
Dalam tempoh proses penceraian aku dan Imani, aku tidak pernah call atau bertanya khabar tentang Imani dan anak aku. Aku sudahpun berkahwin dengan Mila. Aku rasa bahagia bersama Mila tetapi kebahagiaan itu hanya sementara. 
Tiba-tiba aku menjadi rindu yang amat pada Imani dan anak aku. Aku rindukan gelak ketawa Imani, rindu pada senyuman dia, rindu gelagat anak aku, rindu keluarga kecil aku yang dulu. Aku jadi tidak keruan. 
Aku ingin mencari Imani dan anak aku. Aku pergi ke rumah sewa kami yang dulu tetapi Imani sudah berpindah. Aku pergi ke rumah bekas mertua, akhirnya aku mendapat berita yang mengubah hidup aku selama-lamanya. Kedua-dua insan yang aku abaikan, aniaya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hitam gelap dunia aku. Aku pengsan serta-merta. 
Buat Imani, maafkan abang sayangku. Imani bidadari abang. Imani tetap isteri abang dunia akhirat. Ampunkan dosa abang terhadap Imani. Abang rindukan Imani sangat-sangat. Rindu yang tiada berpenghujung. Imani tetap hidup dalam kenangan abang. Bila aku kehilanganmu, barulah aku tahu bahawa kau adalah permata

Buat anakku, maafkan papa. Papa abaikan kamu anakku. Ampunkan dosa papa, papa rindukan Noah sangat-sangat. Noah tetap dalam kenangan papa. BIla rindu, ku sebut namamu. Tenang dan damailah kekasihku di sana. Al-Fatihah

Baru aku tahu begitu sakitnya bila kita kehilangan seseorang. Aku sekarang dah macam orang gila talak. Mungkin ini balasan untuk aku. 
Kenapa aku ceraikan Imani talak 3? Masa itu aku fikir kalau aku ceraikan Imani dengan talak 3, aku dan Imani tidak akan rujuk semula sebab aku sayangkan Mila. Rupanya aku tersilap, ini kesilapan yang paling besar aku buat. Penyesalan yang tiada ubatnya. 
Kini, setiap minggu aku akan pergi ke kampung arwah isteri aku untuk menziarahi kubur Imani dan anak aku, Noah. 
Sumber: Kisah Rumah Tangga

source https://www.thereporter.my/2020/01/abang-ceraikan-imani-dengan-talak-3.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/01/abang-ceraikan-imani-dengan-talak-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Cinta Pandang Pertama Reedzwann

Lirik Lagu Cinta Pandang Pertama Reedzwann

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 444 hits
Pertama kali aku bertemuSeorang gadis seperti dirimuSenyum tawamu riak wajahmuSungguh ayuAndai ku ingin berterus terang padamuAdakah engkau mahu menerimakuKerna engkau tak pernah mengenalikuIni kali pertama kita bertemuJika memang kau terci...
Tes Kepribadian Objek Pertama Yang Terlihat Tunjukkan Caramu Jatuh Cinta

Tes Kepribadian Objek Pertama Yang Terlihat Tunjukkan Caramu Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 260 hits
Tes kepribadian sebentar yuk Pandangi gambar ambigu berikut dan cari tahu mana objek yang terlihat duluan Selanjutnya simak analisisnya
Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stress Demi Perkembangan Bayi

Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stress Demi Perkembangan Bayi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 309 hits
Pastinya anda mengetahui bahawa tekanan ketika kehamilan adalah tidak baik bagi ibu serta kandungan Namun kesannya tidak terhenti di situ sahaja Ini kerana tekanan turut dikatakan mempunyai kaitan dengan jantina bayi Untuk mengetahui lebih ...
Taktik Busuk Wanita Demi Uang Menikah 12 Kali Dalam 6 Tahun Tak Mau Disentuh Saat Malam Pertama

Taktik Busuk Wanita Demi Uang Menikah 12 Kali Dalam 6 Tahun Tak Mau Disentuh Saat Malam Pertama

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 277 hits
Taktik busuk wanita demi uang membuat nama Jariyaporn Nammon Buayai ramai perbincangan Pasalnya Jariyaporn Nammon Buayai menikah 12 kali dalam 6 tahun dan tak mau disentuh saat malam pertama Usut punya usut ternyata Jariyaporn Nammon Buayai...
Ampunkan Dosa Abang Lelaki Sesal Bekas Isteri Anak Meninggal Dunia Lepas Cerai Talak Tiga

Ampunkan Dosa Abang Lelaki Sesal Bekas Isteri Anak Meninggal Dunia Lepas Cerai Talak Tiga

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 470 hits
Orang kedua menjadi salah satu penyebab sengketa dalam sesebuah rumah tangga Janji yang dilafaz semasa berlakunya ikatan antara suami isteri seharusnya menjadi benteng yang utuh untuk mencegah orang kedua tersebut menjadi batu penghalang da...
Meraikan Kejayaan Pengkomen Pertama Media Sosial

Meraikan Kejayaan Pengkomen Pertama Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 367 hits
1 Manusia suka mendapat kedudukan pertama kedua ketiga dan seterusnya dalam banyak perkara Sudah menjadi naluri manusia itu suka bersaing walaupun tanpa dia sedar 2 Bila kita tengok kawan kita beli kereta baru kita pun timbul rasa macam nak...
Nokia 6 1 Plus Mula Menerima Kemaskini Android 10 Peranti Android One Pertama Dengan Android 10

Nokia 6 1 Plus Mula Menerima Kemaskini Android 10 Peranti Android One Pertama Dengan Android 10

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 278 hits
https ift tt 31ZTbnw Nokia 6 1 Plus adalah peranti kelas pertengahan yang menjalankan Android One Ia dilancarkan pada tahun 2018 dan dijual di Malaysia pada harga RM1149 Walaupun ia menggunakan Android One kemaskininya masih tidak cukup pan...
Muncul Kali Pertama Di Khalayak Ramai Lelaki Ini Did4kwa Kekasih Mira Filzah

Muncul Kali Pertama Di Khalayak Ramai Lelaki Ini Did4kwa Kekasih Mira Filzah

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 924 hits
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon manis Mira Filzah yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi Muncul Kali Pertama Di Khalayak Ramai Lelaki Ini Did4kwa Kekasih Mira Filzah
Huawei Mate 30 Pro 5g Menerima Pengesahan Sirim Peranti 5g Pertama Huawei Untuk Pasaran Malaysia

Huawei Mate 30 Pro 5g Menerima Pengesahan Sirim Peranti 5g Pertama Huawei Untuk Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 416 hits
Huawei mempunyai sejumlah penawaran peranti menarik untuk pasaran tempatan dan terkini ia dilihat Huawei Mate 30 Pro 5G telah pun melepasi pengesahan Sirim Menariknya ia turut disenaraikan dengan sokongan penggunaan rangkaian 5G di Sirim me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator