A Star Is Born Gagal Ungguli Golden Globe


DIjulang harapan melangit untuk mendominasi acara berprestij, Golden Globe Awards ke-76, karyawan filem sensasi A Star Is Born sekadar mampu tersenyum nipis apabila hanya mampu pulang dengan sebuah trofi.
Dicalonkan dalam beberapa kategori utama iaitu Filem Terbaik - Drama, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama (Lady Gaga), dan Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem - Drama (Bradley Cooper), Gaga bagaimanapun mencuri tumpuan apabila menang Lagu Original Terbaik menerusi lagu Shallow.
Namun, Gaga kalah dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik kepada aktres terbilang, Glenn Close hasil lakonannya dalam filem The Wife.
“Saya sangat gembira untuk kemenangan Glenn Close. Dia sememangnya seorang legenda dan layak menang,” tulis Gaga melalui laman Twitter miliknya.
Mencipta kejutan, filem biografi kumpulan rock British, Queen berjudul Bohemian Rhapsody diangkat sebagai filem Filem Terbaik - Drama.
Kemenangan tersebut sekali gus mengenepikan saingan naskhah hebat lain termasuk Black Panther, BlacKkKlansman, If Beale Street Could Talk dan A Star Is Born.
Bukan itu sahaja, pelakon utama filem berkenaan yang menterjemah peranan sebagai vokalis legenda Queen, Freddie Mercury iaitu Rami Malek membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem - Drama.
“Terima kasih kepada Freddie Mercury kerana memberikan kebahagiaan ini kepada saya untuk dikenang sepanjang hayat. Saya sayang kamu, lelaki kacak. Kemenangan ini untuk dan kerana kamu,” ujar Malek ringkas ketika memberi ucapan saat menerima anugerah.
Ketika bertemu media usai menerima trofi berkenaan, Malek dengan rendah diri meluahkan, dia hanya sebahagian kecil daripada kisah Queen yang sudah terbuku dalam lipatan sejarah.
“Saya hanyalah bahagian kecil untuk menceritakan kisah ini. Bagaimanapun, ditemani Bryan May dan Roger Taylor pada malam ini membuatkan saya berasa sedikit besar. Ini adalah segala-galanya buat saya.
“Terima Kasih Freddie Mercury dan trofi ini saya akan ‘melekat’ dalam genggaman saya untuk tempoh yang lama demi melihat masa depan lebih cerah,” ujar Malek yang sebelum ini cukup dikenali menerusi siri Netflix, Mr. Robot.
Tumpuan
Selain Bohemian Rhapsody yang pulang bergaya menerusi dua anugerah, filem drama komedi, Green Book menang tiga trofi menerusi anugerah Filem Komedi atau Muzikal Terbaik, Pelakon Filem Pembantu Lelaki Terbaik (Mahershala Ali) dan Lakon Layar Terbaik.
Sementara itu, filem Roma pulang dengan dua trofi; Filem Bahasa Asing Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik (Alfonso Cuarón). Drama televisyen, The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story pula cemerlang dengan dua kemenangan iaitu Drama Siri Televisyen Terbaik dan Pelakon Lelaki Drama Siri Televisyen Terbaik (Darren Chris).
Antara momen yang paling mencuri tumpuan semestinya sewaktu Lady Gaga yang disebut-sebut bakal menang trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik terpaksa berputih mata apabila kemenangan berpihak kepada pelakon veteran, Glenn Close.
Cemerlang membawa watak Joan Castleman dalam filem The Wife, Close ternyata terkejut saat namanya diumumkan sebagai pemenang.
Ketika berjalan menuju ke pentas utama untuk menerima trofi, wanita itu sempat berhenti untuk memeluk Gaga dan seperti membisikkan sesuatu terhadap pelantun lagu Bad Romance itu.
“Saya rasa sudah melalui banyak perkara yang memberi pengalaman. Sebagai wanita, kita mempunyai anak-anak, suami jika kita cukup bertuah dan orang penting lain.
“Kita juga perlu mencari kepuasan peribadi. Kita harus mengikut haluan mimpi-mimpi kita,” ujar Close ketika memberi ucapan.
Bagi kategori lelaki pula, seperti diduga kemenangan berpihak kepada pelakon hebat, Christian Bale menerusi lakonan dan ‘transformasi fizikal’ mengagumkannya dalam filem Vice. -kosmo


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mygosiphub.blogspot.com/2019/01/a-star-is-born-gagal-ungguli-golden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Para Tokoh Yang Gagal Bersinar Di Dunia Politik Pada 2018

Para Tokoh Yang Gagal Bersinar Di Dunia Politik Pada 2018

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 327 hits
2018 menjadi tahun politik karena jelang pelaksanaan Pemilu Serentak 2019 Di tahun ini para tokoh partai dan nonpartai mulai melancarkan manuver politiknya jelang pesta demokrasi tahun 2019
Fahri Sebut Kelompok Yang Ingin Amien Rais Mundur Kecewa Gagal Kuasai Pan

Fahri Sebut Kelompok Yang Ingin Amien Rais Mundur Kecewa Gagal Kuasai Pan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 157 hits
Lima pendiri Partai Amanat Nasional mendesak Ketua Dewan Kehormatan PAN Amien Rais untuk mundur dari jabatannya Desakan itu disampaikan melalui surat terbuka tertanggal 26 Desember 2018
Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk Mrsm

Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk Mrsm

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 549 hits
Oleh Tulisan aku ini untuk perhatian ibu ayah kumpulan M40 dan T20 yang sekarang sedang huru hara sebab anak anak UPSR 6A 5A bla bla tidak terpilih untuk kemasukan SBP MRSM panggilan pertama Ya anak aku pun salah seorang daripada anak anak ...
Bumblebee Gagal Kaut Kutipan Memberansangkan Walaupun Dipuji Pengkritik

Bumblebee Gagal Kaut Kutipan Memberansangkan Walaupun Dipuji Pengkritik

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 170 hits
Filem Bumblebee gagal untuk mengutip kutipan yang memberansangkan walaupun filem ini mendapat pujian pengkritik Filem spin off kepada filem Transformers ini diarahkan oleh Travis Knight dan merupakan strategi baru untuk memberi nafas segar ...
Belajar Tegar Dari Ldr Yang Gagal Kadang Kamu Harus Rela Saat Jadi Jembatan Dia Menemukan Jodohnya

Belajar Tegar Dari Ldr Yang Gagal Kadang Kamu Harus Rela Saat Jadi Jembatan Dia Menemukan Jodohnya

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 205 hits
Karena kadang LDR merupakan jembatan untuk mempertemukan dia yang kamu cintai dengan jodohnya sendiri Sakit tapi mau gimana lagi
Pengerusi Ph Sarawak Bidas Pengerusi Mpp Gagal Laksana Tugas

Pengerusi Ph Sarawak Bidas Pengerusi Mpp Gagal Laksana Tugas

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 204 hits
Dec 30 2018 0 Comments KUCHING Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen hari ini membidas Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lo Khere Chiang yang gagal menjalankan tugas dan hanya tahu memberi alasan Merujuk kepada is
Alam Sekitar Semakin Musnah Kita Telah Gagal Menjadi Khalifah Yang Baik

Alam Sekitar Semakin Musnah Kita Telah Gagal Menjadi Khalifah Yang Baik

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 838 hits
Umum mengetahui tahap kemusnahan alam sekitar terutama hutan di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan Sekalipun saban tahun kita didedahkan dengan statistik kehilangan hutan di Malaysia keadaan tidak pernah berubah menjadi lebih bai...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

10 Amazing Wordpress Design Resouces



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang