90 Penduduk Kuantan Terlibat Pkpd Tiada Kompromi Pengingkar Sop


BernamaSekatan jalan raya akan dilaksanakan di enam lokasi laluan utama keluar masuk ke daerah itu termasuk di Tanjung Lumpur, Kampung Chendor, Gambang dan laluan Pekan-Kuantan. (Gambar Bernama)KUANTAN: Seramai 207,967 orang atau 90% daripada penduduk daerah ini terlibat dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di tujuh mukim yang berkuat kuasa tengah malam tadi untuk tempoh dua minggu.
Ketua Polis Pahang Abd Jalil Hassan berkata sepanjang PKPD, polis menutup sepenuhnya laluan tikus ke Kuantan menggunakan penghadang konkrit dan kawat duri termasuk di laluan kelapa sawit di Felda Neram yang merupakan laluan dari Terengganu.
Sekatan jalan raya pula akan dilaksanakan di enam lokasi laluan utama keluar masuk ke daerah itu termasuk di Tanjung Lumpur, Kampung Chendor, Gambang dan laluan Pekan-Kuantan.
“Tindakan kompaun akan dilakukan secara automatik kepada mereka yang melepasi sempadan tanpa kebenaran dengan tiada sebarang kompromi atau belas kasihan kerana pemakluman PKPD sudah dihebahkan selain peningkatan kes yang mendadak di Kuantan.
Selain penghadang dan kawat duri, pasukan kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) akan melakukan pemantauan berkala di laluan tikus bagi memastikan tiada cubaan keluar masuk kawasan PKPD,” katanya.
Untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPD di Kuantan, Abd Jalil berkata cuti pegawai dan anggota khususnya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan masih dibekukan walaupun Bukit Aman sudah membenarkan kelulusan cuti, seminggu selepas raya.
Selain itu, kira-kira 60 pegawai dan anggota dari IPK Pahang “dipinjamkan” ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sepanjang PKPD memandangkan pihak berkuasa memerlukan kekuatan 300 tenaga kerja setiap hari bagi pelbagai penugasan berkaitan pematuhan SOP.
Pegawai dan anggota polis adalah yang paling ramai ditugaskan, selain pasukan tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia, pihak berkuasa tempatan, kakitangan pejabat kesihatan dan sebagainya.
“Masyarakat mungkin memandang ringan penugasan sekatan jalan raya, sedangkan pegawai dan anggota terlibat perlu berdiri dua jam untuk memeriksa setiap kenderaan sebelum digantikan, dengan setiap syif selama lapan jam. Jadi, saya merayu orang ramai untuk membantu kami dengan patuh kepada SOP,” katanya.
Selain penduduk Kuantan, Abd Jalil juga mengingatkan supaya penduduk di lima kawasan perumahan di Gau, Temerloh yang turut dikenakan PKPD bermula tengah malam tadi, untuk tidak meninggalkan rumah sebelum perintah itu berkuat kuasa, mengambil iktibar daripada pengalaman PKPD di Taman Tanah Putih Baru di sini.
Taman Tanah Putih Baru dikenakan PKPD pada 5 Mei lepas dan pihak berkuasa mendapati hampir 200 penduduk di situ “menghilangkan diri” sehingga kerajaan negeri terpaksa meminta mereka pulang bagi menjalani ujian saringan yang dilakukan secara percuma.
Untuk kali ini, katanya, polis tiada kompromi dan mereka yang dikesan meninggalkan rumah kerana mahu mengelak PKPD akan dikenakan kompaun, walaupun mereka ini balik menyerah diri kepada polis, berbanding dengan hanya amaran seperti kepada penduduk Taman Tanah Putih Baru.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/90-penduduk-kuantan-terlibat-pkpd-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkpd Di Temerloh

Sop Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkpd Di Temerloh

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 947 hits
Selepas 2 hari pengumuman PKPD di 2 mukim dalam daerah Temerloh barulah terdapat SOP rasmi yang dikeluarkan yang berkuatkuasa pada 28 Mei ini Selepas penduduk Temerloh khususnya tertanya tanya sektor perniagaan apakah yang dibenarkan berope...
Pkpd Kampung Pauh Lima Dakwaan 200 Penduduk Lari Tak Benar

Pkpd Kampung Pauh Lima Dakwaan 200 Penduduk Lari Tak Benar

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 220 hits
Polis Kelantan menafikan dakwaan 200 penduduk di Kampung Pauh Lima yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan lari meninggalkan kawasan terbabit Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata perkara itu yang tular sejak ...
Pkpd Kuantan Bermula 24 May 2021 Sehingga 6 Jun 2021

Pkpd Kuantan Bermula 24 May 2021 Sehingga 6 Jun 2021

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 825 hits
PKPD Di Daerah Kuantan Bermula 24 May 2021 Sehingga 6 Jun 2021 Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat pembaca blog KakYa Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk terus menulis diruangan bisu ini Syukur...
Tiga Lokaliti Di Pahang Dan Sabah Kena Pkpd Sebanyak 551 Individu Di Tahan Langgar Sop

Tiga Lokaliti Di Pahang Dan Sabah Kena Pkpd Sebanyak 551 Individu Di Tahan Langgar Sop

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 223 hits
PUTRAJAYA Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikenakan di tiga lokaliti berbeza masing masing dua di Pahang dan satu di Sabah secara serentak mulai 17 hingga 30 Mei ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antaranya i...
Pkpd Seramai 54 Penduduk Diuji 35 Didapati Positif Covid 19 Di Kampung Paya Teh Jerantut

Pkpd Seramai 54 Penduduk Diuji 35 Didapati Positif Covid 19 Di Kampung Paya Teh Jerantut

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 216 hits
PUTRAJAYA Tiga lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dengan dua daripadanya di Pahang Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata salah satunya ialah Kampung Paya Teh Jerantut Katanya sehingga...
Penduduk Kampung Ingkar Sop Solat Tarawih Dalam Gelap Tanpa Penjarakan

Penduduk Kampung Ingkar Sop Solat Tarawih Dalam Gelap Tanpa Penjarakan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 274 hits
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata apa disarankan kerajaan supaya mematuhi SOP bukan perkara main main kerana ia berkait jangkitan wabak Covid 19 PETALING JAYA Kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergera...
Lawyers Call For Harsher Punishment For Sop Violation By Public Figures

Lawyers Call For Harsher Punishment For Sop Violation By Public Figures

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 246 hits
Of late cases involving public figures or celebrities violating standard operating procedures to curb the spread of Covid 19 have become a hot topic in the society with the majority of the public seeking appropriate punishment to be imposed...
Jais Kesan Masjid Surau Langgar Sop

Jais Kesan Masjid Surau Langgar Sop

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 190 hits
Antara pelanggaran SOP termasuk bilangan jemaah yang melebihi had dibenarkan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal Walaupun masjid dan surau dibenarkan untuk beroperasi ia masih tertakluk dengan SOP Covid 19 Gambar...
Berhimpun Ketika Raya Neelofa Sekali Lagi Didakwa Langgar Sop

Berhimpun Ketika Raya Neelofa Sekali Lagi Didakwa Langgar Sop

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 222 hits
MalaysiakiniSekali lagi kisah keluarga selebriti Noor Neelofa Mohd Noor mengundang perhatian di media sosial apabila mereka didakwa melanggar prosedur operasi standard kerana melakukan ziarah sempena Aidilfitri Melalui klip video dikongsi p...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan