9 Tabiat Buruk Korang Tak Patut Buat Dalam Kereta
9 Tabiat Buruk Korang Tak Patut Buat Dalam Kereta
Ramai tak sedar, kereta bukan sekadar alat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Tetapi, keselamatan kita juga bergantung pada cara kita menggunakannya.
Malangnya, ramai pemandu dan penumpang sering melakukan tabiat yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Berikut adalah 9 tabiat buruk dalam kereta yang anda perlu elak:
1. Letak kaki di papan pemuka (dashboard)
Sama ada anda duduk di kerusi penumpang atau memandu, kaki seharusnya tidak diletakkan di papan pemuka. Mungkin nampak tidak berbahaya, tetapi ia boleh membawa risiko serius.
Jelas Reader’s Digest, pada 2015, seorang penumpang yang meletakkan kakinya di papan pemuka mengalami patah kedua-dua kaki selepas kemalangan kerana tabiat ini. Jadi, elakkan tabiat ini sepenuhnya.
2. Menyimpan barangan yang tidak perlu
Ramai orang anggap kereta macam rumah kedua, tapi ia bukan stor bergerak. Barang besar dalam kereta boleh menghalang pandangan pemandu, wujudkan “blind spot” berbahaya dan menyukarkan kawalan ketika memandu atau mengundur.
Dalam kecemasan, barang yang tidak diikat boleh terbang dan mencederakan penumpang. Tambahan pula, barang yang dibiarkan di tempat terbuka boleh tarik perhatian pencuri.
3. Makan di dalam kereta
Hampir semua orang pernah makan atau minum semasa memandu. Ia biasanya selamat, tetapi tak dinafikan boleh mengganggu tumpuan semasa memandu. Jadi, lebih baik makan sebelum memulakan perjalanan atau berhenti seketika.
4. Menggunakan fon kepala (headphones)
Muzik semasa perjalanan jauh boleh menyeronokkan, tetapi menggunakan fon kepala ketika memandu bukan idea yang baik. Fon kepala menapis bunyi luar. Ringkasnya, ia membuatkan anda kurang peka dengan keadaan sekeliling.
Walaupun lebih selamat untuk membuat panggilan dengan fon kepala daripada melepaskan tangan dari stereng, anda tetap perlu lebih berhati-hati kerana bunyi luar akan sukar didengar.
5. Memasang muzik kuat dengan tingkap terbuka
Selain mengganggu pemandu lain, muzik kuat dengan tingkap terbuka juga boleh mengalih perhatian. Sama seperti fon kepala, bunyi kuat menghalang anda mendengar bunyi lain dari sekeliling.
6. Merokok di dalam kereta
Semua orang tahu merokok berbahaya, tetapi merokok dalam kereta sebenarnya jauh lebih teruk. Jelas Reader’s Digest, udara dalam kereta boleh tercemar sehingga 10 kali ganda lebih tinggi daripada tahap selamat.
Tidak hanya itu, asap rokok juga boleh melekat pada kulit, pakaian dan tempat duduk, lalu meningkatkan pendedahan penumpang kepada “third-hand smoke”.
7. Bersolek semasa memandu
Tak dinafikan, menyibukkan diri melakukan hal lain semasa memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ramai juga mengubah kedudukan cermin untuk melihat diri sendiri, bukan untuk memantau kenderaan lain.
Malah, menyimpan alat solek dalam kereta juga boleh merosakkannya kerana panas dan kelembapan.
8. Memandu tanpa kasut
Memandu tanpa kasut boleh kurangkan kawalan, terutama bila perlu brek mengejut. Jelas Reader’s Digest, kaki tanpa kasut semasa memandu mungkin tak dapat tekan pedal dengan betul.
Selain itu, jika berlaku kecemasan dan anda perlu keluar cepat, anda juga berisiko cedera.
9. Duduk terlalu jauh dari stereng
Kedudukan pemandu yang betul sangat penting untuk kawalan kereta. Jika duduk terlalu jauh, anda mungkin sukar untuk mengendalikan pedal, lampu atau sistem lain dengan cepat. Kedudukan yang tidak sesuai boleh melambatkan tindak balas semasa kecemasan, meningkatkan risiko kemalangan.
BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak
Sumber: Reader’s Digest
The post 9 Tabiat Buruk Korang Tak Patut Buat Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/10/9-tabiat-buruk-korang-tak-patut-buat-dalam-kereta/