9 Rutin Harian Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), gaya hidup sihat ialah suatu keadaan di mana fizikal, mental dan sosial seseorang yang sihat dan cergas serta bebas daripada sebarang penyakit. Gaya hidup sihat ialah kunci kehidupan yang sejahtera. Amalkan sembilan rutin harian yang mudah ini untuk menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan.
#1- Flos Dua Kali Sehari
Amalan flos gigi bukan sahaja dapat mencegah pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit gusi, ia juga dapat mencegah bau mulut. Terdapat pelbagai jenis flos di pasaran.
Untuk yang baru bermula, boleh mulakan dengan flos bertangkai, berbentuk huruf F atau Y. Letakkan bersebelahan dengan berus gigi anda di bilik air. Selesai berus gigi, flos gigi anda. Hanya 30 saat, dua kali sehari dan ia mampu meningkatkan kebersihan mulut anda.
#2- Solat Sunat Sebelum Subuh
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
“Solat dua rakaat (sebelum) solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya”.
Rasulullah SAW amat mengambil berat untuk menunaikan solat sunat Subuh daripada solat sunat yang lainnya. Istimewanya solat sunat Subuh dikaitkan dengan pahala yang besar dan gambaran yang menarik. Jika menunaikan solat sunat Subuh itu kebaikannya melebihi dunia dan segala isinya, apatah lagi solat fardu Subuh yang didirikan. Pasti ganjarannya lebih lagi.
#3- Baca Al-Mathurat Selepas Subuh Atau Asar
Himpunan zikir dan wirid yang ma’thur (diambil daipada al-Quran dan hadis) ini diambil daripada Nabi Muhammad SAW. Baca hanya lima minit namun terkandung enam ganjaran yang sangat besar di dalamnya.
Dimulakan dengan lafaz ta’awuz, iaitu memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam. Ada surah al-Fatihah, surah al-Baqarah dan ayatul Kursi, kalimah-kalimah agung yang besar fadhilatnya. Ada doa-doa memohon keselamatan dan dilindungi daipada sifat mazmumah dan juga bacaan selawat.
#4- Secawan Kopi Dan Secawan Teh Hijau
Kopi dan teh amat bagus untuk kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang sederhana. Kandungan kafein dan tannin membantu untuk meningkatkan tenaga dan sumber antioksida.
Disarankan untuk minum satu cawan kopi dua hingga tiga jam selepas bangun tidur iaitu antara pukul 9.30-11.30 pagi dan satu cawan teh hijau di antara pukul 1.30- 4.00 petang untuk kesan yang maksimum.
#5- Berpagi Dengan Air Suam Dan Lemon
Semasa tidur, tubuh anda telah kehilangan air selama tujuh hingga sepuluh jam. Air suam yang dicampur dengan hirisan lemon membantu meningkatkan hidrasi. Lemon juga kaya dengan vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem imunisasi badan.

#6- Timbang Berat Anda Setiap Pagi
Dengan menimbang berat badan setiap hari, anda secara tidak langsung akan lebih prihatin tentang berat dan kesihatan anda. Rutin harian yang mudah ini didapati amat berkesan untuk membantu seseorang untuk lebih konsisten dengan pemakanan sihat, melawan ‘sugar craving’ iaitu keinginan yang kuat untuk makan makanan yang manis dan memilih gaya hidup yang lebih sihat.
Ingat, apa yang diukur, lebih mudah untuk diuruskan.
“What gets measured get managed”
#7- Mod Sejuk Untuk 30 Saat Pertama
Ini ialah satu contoh ‘intentional discomfort’- ketidakselesaan yang disengajakan. Mandi di bawah pancuran air yang dipasang dalam mod sejuk selama 30 saat ini dikatakan dapat membantu seseorang dalam membina kekuatan dan daya tahan mental.
Tidak perlu berendam dalam ais selama 15 minit. Cukup 30 saat setiap pagi ketika mandi dan anda pasti akan berasa hebat.
#8- Ubah Muzik Kepada ‘Audiobook’ Ketika Memandu
Jadikan kenderaan anda universiti bergerak. Pasang ‘audiobook’ atau ‘podcast’ yang sarat dengan ilmu kehidupan untuk meningkatkan pembangunan diri anda. Anda boleh memilih hiburan atau pendidikan. Yang mana yang lebih menjanjikan keuntungan. Fikir-fikirkan.
#9- Padamkan Notifikasi Telefon
Ya, boleh saja untuk menatal skrin telefon anda. Namun, hati-hati. Jangan biarkan fokus anda terganggu dengan melihat agenda orang lain. Bimbang ia akan membawa kepada ketagihan. Anda akan mudah hilang fokus. Akibatnya sesuatu kerja menjadi tidak produktif. Tidak dinafikan, telefon pintar dapat meningkatkan kualiti hidup. Walau bagaimanapun andalah yang mengawal penggunaannya.
Demikian sembilan rutin harian yang anda boleh ikuti untuk kesejahteraan hidup yang lebih baik.
You’ll never change your life until you change something you do daily. The secret of your success is found in your daily routine.
John C Maxwell
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 9 Rutin Harian Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/9-rutin-harian-untuk-gaya-hidup-lebih-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaya Hidup Buat Anak Muda Saat Ini Lebih Banyak Terkena Hipertensi

Gaya Hidup Buat Anak Muda Saat Ini Lebih Banyak Terkena Hipertensi

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 320 hits
Dokter spesialis jantung dan pembuluh darah Paskariatne Probo Dewi Yamin mengatakan hipertensi pada generasi milenial tidak hanya terjadi di Indonesia saja tetapi juga di seluruh dunia Gaya hidup yang buruk ditengarai menjadi salah satu pen...
Mahu Hidup Lebih Sihat Rawat Usus Anda Terlebih Dahulu

Mahu Hidup Lebih Sihat Rawat Usus Anda Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 368 hits
Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit birit yang disebabkan oleh tekanan Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emos...
5 Deretan Hewan Kaya Raya Yang Lebih Makmur Dari Sobat Misqueen Habis Kerja Siang Malam Oh Hidup

5 Deretan Hewan Kaya Raya Yang Lebih Makmur Dari Sobat Misqueen Habis Kerja Siang Malam Oh Hidup

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 337 hits
Rasanya pengen jadi bodyguard dari hewan hewan ini deh Kali aja mereka kasih bonus bulanan huhuhuhu
Gaya Orang Muda Menikmati Hidup Tanpa Tunai Dengan E Wallet Razer

Gaya Orang Muda Menikmati Hidup Tanpa Tunai Dengan E Wallet Razer

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 432 hits
Razer jenama gaya hidup global terkemuka untuk pemain hari ini memperkenalkan kupon promo dan pesanan segera ke aplikasi e wallet Razer Pay di Malaysia untuk pengalaman pengguna yang dipertingkatkan E wallet Razer Pay yang dinaik taraf mena...
Selepas Lebih Setahun Hidup Bermadu Nurulhidayah Dedah Ini Yang Berlaku Dalam Rumahtangga Beliau

Selepas Lebih Setahun Hidup Bermadu Nurulhidayah Dedah Ini Yang Berlaku Dalam Rumahtangga Beliau

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 790 hits
Hidup bermadu pasti anda seram mendengarnya Manakan tidak perkataan bermadu cukup ditakuti oleh kaum wanita rata ratanya Malah ada yang anti Seboleh bolehnya mereka langsung tidak mahu mendengarnya Ia sebenarnya terlalu subjektif untuk dini...
4 Tips Agar Hidup Lebih Mandiri Cocok Untuk Anak Rantau

4 Tips Agar Hidup Lebih Mandiri Cocok Untuk Anak Rantau

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 323 hits
Sudah bukan hal yang baru lagi bagi masyarakat yang tinggal di daerah untuk berpindah ke Jakarta atau sebaliknya Biasanya mereka rela untuk meninggalkan rumah dan keluarga untuk mencari kehidupan yang lebih baik
Fayce Watermelon Sleeping Mask Jadikan Kulit Lebih Sihat Dan Remaja

Fayce Watermelon Sleeping Mask Jadikan Kulit Lebih Sihat Dan Remaja

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 367 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan kisah Fayce Watermelon Sleeping Mask krim pelembab terbaru di pasaran yang berbau wangi dan manis seperti tembikai yang terbukti baik untuk kesihatan kulit Pelancaran Fayce Watermelo...
Turun Kos Sara Hidup Lebih Banyak Barang Akan Dikawal Harga

Turun Kos Sara Hidup Lebih Banyak Barang Akan Dikawal Harga

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 349 hits
Turun kos sara hidup Lebih banyak barang akan dikawal hargaPosted By on February 16 2019Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyedari beban kos sara hidup yang dialami rakyat di negara ini dan mengambil langkah perlu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord