9 Kelebihan Berumah Sendiri Selepas Berkahwin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
9 Kelebihan Berumah Sendiri Selepas Berkahwin | Selepas kahwin, memang plan dengan suami hendak hidup berdikari.. Asing dari ibu bapa.. Untuk bina kehidupan suami isteri sendiri.
Ibu bapa MF memang tak menghalang bahkan menggalakkan. Masa tu juga ibu mentua MF tinggal bersama anak perempuannya...
Alhamdulillah.. Rezeki kami... Memang kami hidup sendiri, berdikari sendiri. Dan sebenarnya, bila dah biasa hidup berdikari ni... Rasa sangat seronok... Sebab kita ada kelebihan tersendiri.
9 Kelebihan Berumah Sendiri Selepas Berkahwin
1. Privasi
Hidup sendiri, di rumah sendiri.. Rumah Sendiri tu maknanya rumah kita dengan suami.. Tak kira sewa atau rumah yang dibeli sendiri... Tapi memang privasi. Hal rumahtangga terpelihara.
2. Selesa dan bebas
Rumah Sendiri, berkeluarga sendiri menjadikan kita lebih selesa.. Nak bergerak ke nak baring terlentang takde siapa nak halang.
3. Boleh Bermanja
Suami nak Bermanja dan isteri nak manja dengan suami takde hal... Nak pegang, peluk main gurau senda dan main cak pun takde siapa nak kisah.
4. Gaduh Tak Perlu Nak Cover
Bila hidup sendiri, bila bergaduh manja tak perlu nak cover. Rasa Nak merajuk, merajuk lah takde siapa nak perasan dan nak cover lagi dah.
5. Nak Makan Bersuap Pun Tak Segan
Ini amalan kami suami isteri juga.. Tak perlu nak segan nak minta suami suap atau isteri suap suami.
6. Nak Tidur Takde Had Masa
Pukul berapa nak tidur, pukul berapa nak bangun takde siapa kisah. Masa memula kahwin, biasa la kan.. Nak bangun lambat ke nak tidur lambat.. Bila hidup sendiri.. Mudah.. Takde siapa kisah.
7. Sakit Boleh Rehat
Bila sakit pening, boleh lepak aje atas katil.. Rasa tak larat masak, makan beli aje..
8. Boleh Terjah Dapur Bila- bila Masa
Ini memang salah satu kebahagiaan si isteri.. Tak rasa segan nak terjah dapur.. Bebila je rasa nak masak dan nak makan tak siapa hairan..
9. Bebas Berpakaian
Bila jadi isteri mestilah nak kelihatan cantik depan suami kan.. Barulah suami sayang. Bila berumah sendiri, takde had nak pakai macam mana pun.. Asalkan suami suka.. Nak seksi meksi pun tak kisah... Cuma bila ada anak tak boleh nak seksi sangat la kan..
OK.. Ini antara kelebihan bila berumah sendiri selepas kahwin.. Jika ada peluang tinggal sendiri baiklah tinggal sendiri.. Kita boleh corak rumahtangga kita ikut rentak kita sendiri..Bukan bermakna buang ibu bapa lepas kahwin... Tapi, Ibu dan bapa tak boleh masuk campur tapi sebagai penasihat...
Jika ibu atau ayah tinggal sendiri malah uzur pula ada baiknya berbaktilah selagi ada hayatnya. Tapi elakkan tinggal rumah ibu bapa yang ramai pula saudara mara dalam satu rumah... Melainkan korang jenis sabar yang amat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2018/01/9-kelebihan-berumah-sendiri-selepas.html