7 Jenis Durian Terbaik Yang Terdapat Di Malaysia Yang Terakhir Tu Paling Rare



Sebut saja “durian”, pasti kita boleh menghidu aroma buah tempatan ini dari jauh. Orang kata, tak kenal maka tak cinta — tetapi ada juga yang telah mengenalinya, dan masih tidak suka kerana dikatakan busuk oleh haters durian, dan rasanya yang kuat bergas.

Kredit: Mothership SG
Durian atau dalam bahasa saintifik digelar durio, menjadi sebuah daya tarikan di negara-negara Asia yang menarik ramai pelancong dunia. Kegilaan tentang raja buah ini terbukti di Thailand baru-baru ini, di mana sebiji durian Kanyao dilelong dengan harga 1.5 juta Thai Baht (RM199,000) kerana saiz, bentuk, dan kematangannya yang sempurna. Musim durian di sini telah bermula, dan inilah waktunya untuk anda menikmati hasil yang terbaik dari dusun! Dengan lebih daripada 200 variasi durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian, Malaysia adalah negara penghasil durian terbanyak mengatasi Thailand dan Indonesia. Inilah beberapa jenis durian paling popular di Malaysia setakat ini: 
1. Musang King (D197)

Kredit: Facebook Durian King TTDI 
Tak lain tak bukan, inilah durian yang memegang takhta sebagai raja buah di Malaysia selama bertahun-tahun. Durian premium ini berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan ia merupakan kegemaran import ke China, Amerika Syarikat, dan Australia, menjadikan harganya juga lebih mahal. Hati-hati, kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual jenis durian lain sebagai Musang King demi mengaut keuntungan. Durian asli Musang King mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan tekstur yang lembut dan berkrim. Isi durian ini juga lebih tebal, berkilat dan berbiji kecil berbanding durian lain. Rasa: Lemak manis, sedikit pahit, buttery, aroma yang kuatLokasi mudah didapati: Durian King TTDI, SS2 Durian House, di sekitar Sungai Klau dan Sungai Ruan di Raub atau Gua MusangTips: Mempunyai bentuk lebih bujur seperti bola ragbi, kulit hijau muda, duri berbentuk seperti piramid kecil, bahagian bawah buah mempunyai corak garisan seakan-akan bintang yang ketara.
2. Tekka (D160)

Kredit: Facebook Sinnaco Durian Specialist 
Berasal dari Banting, Selangor, durian Tekka pada asalnya mempunyai banyak nama panggilan (Buluh Bawah, Chok Kiok dan Green Bamboo) sebelum ia dijenamakan semula sebagai Musang Queen, menjadikannya pasangan kepada Musang King. Comel kan? Durian pun ada pasangan! 😆 Isinya pula berulas besar, tebal, dan berwarna krim kekuningan dengan biji bersaiz sederhana besar. Saiz buah ini juga sederhana besar dengan lingkungan berat 1.5 – 3 kg setiap biji, dan kulitnya yang nipis membuatkan ia mudah dikupas. Rasa: Manis dengan sedikit pahit, berlemak, tekstur berkrimLokasi mudah didapati: Sinnaco Durian Specialist, Ezy Durian, Jimmy’s Durian Orchard BentongTips: Saiz agak besar dan berbentuk lonjong (besar di atas, kuncup di bawah), menyerupai bentuk hati dengan lekuk pada pangsa.
3. Udang Merah (D175)

Kredit: Year of The Durian
Berasal dari Balik Pulau, durian baka kahwin ini menghasilkan isi berulas halus, berwarna kuning jingga kemerahan dan setiap biji mempunyai lapisan krim yang sangat menyelerakan. Diberi nama tempatan Ang Hae, jenis durian ini yang berkualiti tinggi agak sukar ditemui, menyebabkan harganya kadangkala lebih mahal daripada Musang King. Durian ini juga ditanam di negeri Pahang dan Johor, tetapi rasanya tidak sama seperti Udang Merah Pulau Pinang yang asli. Kebiasaannya berkulit coklat perang, durian ini berbentuk bujur, berduri pendek, dan agak susah dikupas kerana berkulit tebal dan keras. Rasa: Berlemak manis, melekit, halus dan lembik, aroma yang menyelerakanLokasi mudah didapati: Chen Brothers Durian & Fruit Kepong, Kebun Durian Soon Huat dan Kebun Durian Stone House Pulau PinangTips: Kulit Udang Merah yang berwarna hijau keperangan dikatakan ditanam di luar Pulau Pinang. Untuk memilih Udang Merah yang terbaik, pastikan beratnya dalam 1 kg sebiji.4. Sultan (D24)

Kredit: Facebook SS2 Durian House 
D24 atau durian Sultan mudah untuk dikenalpasti dan ditemui. Ia berbentuk bulat, mempunyai duri yang lebih tirus dan tajam, dengan susunan duri-duri halus yang rapat di keliling tangkai. Di bahagian bawah buah ini terdapat bulatan berwarna coklat seperti serpihan dari bunga.Berwarna kuning pucat, isinya mempunyai tekstur tebal dan lembut. Dengan harga berpatutan (dari RM19 per kg), ia juga selalu dihidang dalam bufet durian. D24 mampu memberi kepuasan setanding durian premium jika anda pandai memilih. Rasa: Sangat berlemak, sederhana manis dan pahit, aroma sederhana kuatLokasi mudah didapati: SS2 Durian House, Dusun Durian D24 Azlan Gopeng, Kebun Nictron Agriculture, di sekitar Cameron HighlandsTips: Kulit durian Sultan D24 berwarna hijau muda, nipis dan mudah dikupas. Biasanya, satu pangsa beris dua atau tiga ulas. 5. Black Thorn (D200)

Kredit: Durian Republic 
Dikatakan jauh lebih enak daripada Musang King yang overrated, durian premium dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ini semakin menjadi buruan “hantu durian”. Bergantung kepada usia pokok tersebut, isinya yang lebih bulat berbanding durian lain juga mempunyai variasi warna berbeza, daripada jingga pastel seakan-akan merah jambu, hingga jingga terang.Walaupun isi tidak setebal Musang King, keunikan rasa lemak manis Black Thorn yang menyelerakan pasti membuat setiap penggemar durian termimpi-mimpi! Sekarang, harga Black Thorn yang berkualiti bermula sekitar RM60 per kg dan boleh mencecah RM105 per kg.Rasa: Sangat berkrim, berlemak manis dengan aftertaste pahit, aroma kurang tajam Lokasi mudah didapati: Durian King TTDI, SS2 Durian House, Black Thorn Durian 668 Kulim, Dusun Durian Bao Sheng Pulau PinangTips: Juga digelar Ochee, Duri Hitam atau Hei Tze, bentuk durian ini berbeza mengikut musim dan kawasan tanaman. Kebiasaannya, ia berbentuk bulat, bertapak rata, bertangkai kecil (kira-kira sebesar ibu jari), dan bahagian bawahnya mempunyai lingkaran hitam dengan titik kecil tanpa duri.6. Golden Phoenix (D198)

Kredit: Facebook Year of the Durian 
Durian kegemaran ramai rakyat Singapura ini diberi nama kerana durinya yang nipis dan tajam dengan isi berwarna kuning pucat keputihan, menyerupai ciri-ciri burung lagenda Phoenix. Berasal dari Johor, durian klon berbentuk bulat dan kecil ini tumbuh dari pokok lama. Juga dikenali dengan nama Kim Hong atau Jin Feng, raja buah ini sesuai untuk mereka yang sukakan rasa durian yang lebih pahit dari manis. Isinya tidak sepadat Musang King, berbiji kecil, dengan aroma yang tajam. Golden Phoenix banyak ditanam di Johor dan Pahang, dan agak sukar ditemui di negeri-negeri lain. Rasa: Lebih pahit dari manis, sedikit berair dan berserat, aroma yang tajam Lokasi mudah didapati: Sinnaco Durian Specialist, Durian Agro Hub Tangkak, di sekitar Batu Pahat Tips: Di bawah buah ini mempunyai lima garisan seperti Musang King, tetapi kulitnya lebih nipis dan mudah dikupas. Di Durian Agro Hub Tangkak, anda boleh mencuba Golden Phoenix dengan rasa paling asli yang berbuah dari ibu pokoknya yang masih hidup sehingga hari ini. 7. Durian Kampung (888)

Kredit: Facebook Durian Batu Kurau
Pernah nampak tawaran 3 biji durian untuk RM10 yang dilonggokkan dalam bakul-bakul besar? Mungkin itu adalah durian kampung. Dalam lautan pelbagai jenis durian hibrid yang mencuri perhatian, masih ramai yang setia menikmati durian ini kerana ia paling mudah dijumpai dengan harga termurah.Durian paling OG ini terhasil dari pokok tunggal yang berusia ratusan tahun. Walaupun isinya agak padat, rasa durian kampung yang asli tidak konsisten sama sekali — ada yang pahit, ada yang manis. Senang cerita, ikut nasib. Rasa: Manis (seperti vanilla), pahit atau tawar, tidak konsisten dan berbeza Lokasi mudah didapati: Mana-mana kedai durian, tetapi durian kampung asli kebanyakannya ada di Batu Kurau, Perak dan di sekitar MelakaTips: Durian kampung Gred A mempunyai berat lebih dari 1.5 kg sebiji (RM15 – RM18 per kg), Gred B kurang 1 kg (RM 10 per kg), dan Gred C untuk membuat tempoyak (3 biji RM10).BONUS: SukangIni bukan Photoshop. Ada di antara anda yang masih belum pernah melihat durian berwarna merah ini? Diberi nama saintifik durio graveolens yang bermaksud “durian busuk”, aroma Sukang dikatakan agak kuat dan tidak sesuai untuk mereka yang mementingkan bau daripada rasa. Berasal dari Sabah, ramai yang menyangka saiznya sama dengan durian biasa kerana dibayangi duri yang panjang bercacak seperti landak, tetapi sebenarnya ia sangat kecil, malah ada yang hanya sebesar tapak tangan! Apabila dikupas, anda hanya boleh menikmati dua atau tiga ulas isi di dalamnya, dan sebab itulah durian Sukang biasa dijual dalam 4 – 6 biji seikat.Rasa: Sedikit manis dan pahit, aftertaste masam yang unik, aroma seperti kacang  Lokasi mudah didapati: Pasar Terbuka Pekan Ranau, di sekitar Tuaran, Sabah dan Limbang Sarawak Tips: Lain dengan musim durian biasa, durian hutan eksotik ini berbuah dari Oktober hingga November. Kulit durian Sukang yang telah masak berwarna hijau kekuningan hingga ke kuning jingga, dan isinya berwarna jingga pekat hingga merah terang. 
Fakta menarik: Kajian membuktikan bahawa durian mengandungi banyak khasiat seperti vitamin dan mineral penting yang memberi kebaikan kesihatan seperti mencegah kanser, merawat kemurungan dan insomnia, mengubati anemia, dan menguatkan tulang. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://irahzaraune.blogspot.com/2019/07/7-jenis-durian-terbaik-yang-terdapat-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Detik Paling Dinanti Seluruh Rakyat Malaysia Ibu Ainul Umum Hari Ini Hari Terakhir Di London

Detik Paling Dinanti Seluruh Rakyat Malaysia Ibu Ainul Umum Hari Ini Hari Terakhir Di London

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 407 hits
Akhirnya setelah sebulan berada di bumi London Ainul Mardhiah bakal pulang ke tanah air Sebelum ini Ahmad Safiuddin ada berkongsi di laman Facebooknya tentang persiapan yang dibuatnya serta keluarga untuk pulang ke Malaysia Isterinya Nurul ...
Liga Kdm Malaysia Pusingan 16 Pasukan Terbaik Kini Bermula

Liga Kdm Malaysia Pusingan 16 Pasukan Terbaik Kini Bermula

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 305 hits
Liga KDM Malaysia pusingan 16 pasukan terbaik kini bermulaJELLYSIUS SAIMPONKejohanan Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia 2018 2019 yang berehat sepanjang bulan puasa dan perayaan Aidilfitri lalu akan disambung semula dengan pusinga...
Terbaik Dua Taman Tema Air Popular Malaysia Masuk Top Rangking Dunia

Terbaik Dua Taman Tema Air Popular Malaysia Masuk Top Rangking Dunia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 627 hits
Siapa sangka Taman Tema Air Malaysia mampu masuk top rangking dunia ia bukan sesatu yang mudah kerana kita bersaing dengan negara maju lain yang lebih hebatKita memiliki beberapa buah taman tema air berkelas dunia antaranya ialah Sunway Lag...
Panduan Saham Terbaik Dalam Bahasa Malaysia

Panduan Saham Terbaik Dalam Bahasa Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 499 hits
Panduan Saham Terbaik Dalam Bahasa Malaysia Setiap hari di dada akhbar di satu sudut yang dikhaskan Terpapar proses turun naik harga atau jual beli saham Saham mana yang ada potensi dan menjadi pilihan meraih keuntungan Bagi diri aku yang a...
Kenali 9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

Kenali 9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 388 hits
Kali ini admin kongsi bersama anda tentang Superbike 250CC pilihan adajew dotnet Nasib baik motor idaman admin tidak tersenarai Apa yang anda inginkan dalam motorsikal superbike Kuasa Kelajuan maksimum Atau keterujaan Penampilan lumba denga...
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik

Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 611 hits
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik l Assalamualaikum Sekarang ni kemain meriah wall di Facebook dan feed IG dengan raja buah nan satu ni Memasing berlumba upload gambar durian yang dorang beli Tak tahan godaan Ana pun terjebak Tapi ter...
Jenis Dan Kelas Lesen Memandu Malaysia

Jenis Dan Kelas Lesen Memandu Malaysia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 533 hits
Jenis dan kelas lesen memandu kereta motor 2019 Jenis lesen memandu Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan Terdapat 5 jenis utama lesen memandu yang dikeluarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Mala...
China Ambassador To Malaysia Picks Up Whole Durian In Beijing Supermarket After Inaugural Export

China Ambassador To Malaysia Picks Up Whole Durian In Beijing Supermarket After Inaugural Export

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 290 hits
A screenshot of the embassy s post showing Bai Tian scanning the whole durian at FreshHema mall in Beijing PETALING JAYA Following Malaysia s inaugural export of homegrown frozen whole durian to China on June 17 its ambassador Bai Tian trie...
Durian Paling Mahal Setakat Ini

Durian Paling Mahal Setakat Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 398 hits
Durian Kanyao dikatakan durian paling mahal di dunia mencatatkan rekod baharu dengan harga jualan 800 000 baht dalam festival buah yang menarik perhatian puluhan pencinta buah yang kaya raya dan durian durian yang didatangkan dari ladang be...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii