9 Cara Kawal Belanja Apabila Pendapatan Terjejas


Apabila pendapatan yang diterima setiap bulan terjejas, amat penting untuk tahu cara kawal belanja agar dapat gunakan wang yang ada dengan lebih baik demi meneruskan kehidupan harian.
Contohnya, macam sekarang.
Akibat penangan COVID-19, ramai yang terjejas pendapatan mereka.
Ada yang dikurangkan gaji, diminta cuti tanpa gaji malah diberhentikan kerja.
Yang buat bisnes pula, ada yang keuntungan semakin berkurangan, pada masa sama kos operasi semakin tinggi sehingga menyebabkan ada bisnes yang terpaksa ditutup.
Jadi, amat penting untuk strukturkan kembali penggunaan pendapatan sekarang agar duit yang ada diuruskan untuk perkara yang lebih penting.
Malah, waktu gawat ini pun belum tahu bila akan berkahir.
Pendapatan juga belum diketahui bila akan kembali seperti dulu.
Jadi, lebih baik buat persediaan awal.
Jom saya kongsikan beberapa cara kawal belanja yang boleh dilakukan apabila pendapatan terjejas.
Cara kawal belanja #1 – Ubahsuai bajet peribadi
Bagi yang belum pernah ada bajet peribadi, kena mula buat bajet sekarang.
Bagi yang dah ada bajet, boleh ubahsuai serba sedikit untuk disesuaikan dengan keadaan sekarang.
Kenalpasti semula ke mana pendapatan yang diperoleh digunakan setiap bulan, minggu dan hari.
Kalau boleh, senaraikan semuanya.
Daripada senarai tersebut, kategorikan penggunaan duit tersebut mengikut kategori, contohnya simpanan, perbelanjaan, pelaburan, perlindungan dan penyucian.
Untuk setiap kategori, kenalpasti mana-mana kegunaan yang boleh dikurangkan pada bulan-bulan seterusnya.
Contohnya, kalau sebelum ini banyak keluar belanja untuk makan, mungkin boleh kurangkan peruntukan makan.
Kalau banyak keluar peruntukan untuk perlindungan takaful, mungkin boleh bincang balik dengan ejen untuk ubah kepada pelan yang lebih murah dengan jumlah perlindungan hampir setara.
Kalau boleh, cuba supaya dapat kurangkan banyak peruntukan untuk perbelanjaan berbanding kategori-kategori lain.
Kemudian, strukturkan balik bajet mengikut formula urus duit gaji yang sesuai dengan pendapatan sekarang.
Dan paling penting, disiplinkan diri untuk ikut bajet yang telah ditetapkan.
Cara kawal belanja #2 – Strukturkan kembali pinjaman dan pembiayaan
Apabila pendapatan terjejas, ramai yang terkesan nak lunaskan komitmen bayaran pinjaman atau pembiayaan yang diambil.
Contohnya seperti pembiayaan rumah, kereta, peribadi dan loan ASB.
Mujurlah ada tempoh moratorium sehingga 30 September 2020, sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang dipikul.
Tetapi, apa akan jadi apabila moratorium tamat nanti?
Nasib baik kerajaan ada menyediakan moratorium bersasar untuk mereka yang memerlukan.
Kalau anda rasa masih terbeban untuk membayar komitmen sedia ada, inilah masanya untuk strukturkan kembali.
Boleh berjumpa dengan pihak peminjam untuk berbincang.
Pihak peminjam mungkin boleh menawarkan bayaran faedah sahaja, memanjangkan tempoh pinjaman/pembiayaan atau pun pelepasan-pelepasan lain.
Yang penting, anda berjumpa dan berbincang dengan pihak peminjam, bukan larikan diri.
Cara kawal belanja #3 – Hentikan langganan pakej mahal
Berdasarkan point #1 di atas, cuba lihat kembali snearai perbelanjaan yang dilakukan.
Ada tak bayaran komitmen untuk langganan seperti internet, saluran televisyen atau portal online?
Kalau ada, mungkin boleh dipertimbangkan kembali untuk sama ada hentikan terus langganan atau bertukar kepada pakej yang lebih murah.
Sebagai contoh, langganan saluran televisyen.
Kalau sebelum ini melanggan pakej berbayar, walhal kurang masa pun untuk tonton televisyen, mungkin boleh dihentikan terus dan bertukar kepada pakej percuma.
Begitu juga pakej internet rumah atau data telefon.
Mungkin boleh ditukar kepada pakej yang lebih murah tetapi padan dengan penggunaan.
Dengan cara sebegini, dapat kurangkan belanja untuk bayar komitmen bulanan.
Cara kawal belanja #4 – Kurangkan penggunaan elektrik
Baru-baru ini heboh apabila ramai rakyat marah sebab dikenakan bil elektrik yang tinggi.
Ya, sudahlah sumber pendapatan terjejas, dipaksa pula duduk di rumah menyebabkan penggunaan elektrik tinggi.
Tiba-tiba, dikenakan bil yang agak tak masuk akal.
Siapa yang tidak marah, bukan?
Mujurlah akhirnya pihak kerajaan dan penyedia bekalan elektrik sediakan juga diskaun dan potongan untuk kurangkan beban bil.
Daripada kejadian ini, kita boleh ambil sedikit iktibar.
Selepas ini bolehlah menggunakan elektrik dengan lebih bijak dan jimat.
Antara cara jimat elektrik yang boleh dilakukan adalah:
Hadkan masa penggunaan pendingin hawa, televisyen dan komputer Tetapkan suhu pendingin hawa pada tetapan yang lebih sesuai (sekitar 23-25 C pun sudah memadai) Optimumkan penggunaan mesin basuh, kurangkan basuh jumlah kecil banyak kali Tutup lampu dan kipas di ruang yang tidak digunakan atau tiada penghuni Untuk lebih banyak idea cara jimat elektrik, boleh rujuk artikel sebelum ini di sini:
Cara Jimat Elektrik Untuk Kurangkan Bayaran Bil Cara Jimat Elektrik Di Rumah Cara kawal belanja #5 – Banyakkan masak dan makan di rumah
Tanpa dapat dinafikan, perbelanjaan untuk membeli makanan dan makan di luar adalah lebih mahal berbanding memasak sendiri dan makan di rumah.
Jika sebelum ini anda adalah seorang yang gemar makan di luar, sekarang adalah masa terbaik untuk mengubah tabiat tersebut.
Bagi yang belum pandai memasak, boleh mula belajar memasak.
Bagi yang dah pandai memasak, boleh asah kemahiran dan bakat memasak dengan lebih baik.
Ada banyak buku-buku masakan yang boleh dijadikan panduan.
Malah di internet pun banyak blog dan video yang mengajar cara memasak, percuma sahaja.
Memasak bukan sahaja untuk dimakan di rumah, malah boleh dibawa bekal ke tempat kerja atau untuk anak-anak bawa ke sekolah.
Lebih mengujakan lagi, boleh buat bisnes kecil-kecilan pula untuk tambah pendapatan.
Tetapi, kalau nak jual makanan itu, pastikan jaga kebersihan dan keselamatan makanan tersebut.

Cara kawal belanja #6 – Kongsi sewa atau pindah tempat sewa murah
Bagi yang tinggal menyewa seorang diri sebuah rumah, selepas ini boleh cari teman serumah untuk berkongsi sewa.
Bagi yang tinggal menyewa bersama-sama keluarga, boleh difikirkan untuk berpindah ke tempat lain yang sewaannya lebih murah.
Langkah ini tidaklah sesuai untuk semua orang.
Bukan senang nak cari teman serumah yang baik.
Nak berkongsi privasi yang selama ini dinikmati.
Bukan mudah juga nak mencari tempat sewa yang memenuhi citarasa dengan bayaran murah.
Saya cadangkan ini hanya untuk yang betul-betul terkesan sumber pendapatan dan terdesak untuk kurangkan komitmen.
Cara kawal belanja #7 – Lepaskan komitmen tidak perlu
Anda ada lebih daripada sebuah kereta?
Mungkin boleh jual dan tinggalkan sebuah sahaja yang dirasakan betul-betul perlu.
Ini bukan sahaja boleh kurangkan bayaran bulanan kereta tersebut, malah kurangkan komitmen untuk bayaran minyak, tol, parking, servis dan road tax.
Anda ada lebih daripada sebuah rumah?
Kalau rumah yang tidak diduduki tersebut lebih mendatangkan kerugian berbanding keuntungan, lebih baik dilepaskan sahaja.
Anda ada bisnes atau cawangan yang kurang produktif tetapi kos tinggi?
Boleh tutup sahaja dan fokus kepada bisnes atau cawangan yang lebih produktif supaya lebih banyak hasil.
Cara kawal belanja #8 – Normal baru apabila membeli-belah

Bagi yang suka berbelanja dan sukar nak buang tabiat tersebut, masih tidak salah untuk teruskan selagi mampu.
Namun, apabila pendapatan terjejas, bukanlah masa yang sesuai untuk mengekalkan tabiat tersebut.
Jika teringin sangat nak membeli-belah, mungkin boleh kurangkan dari segi kekerapannya.
Kalau sebelum ini setiap minggu, sekarang boleh kurangkan kepada dua atau satu kali sebulan sahaja.
Hadkan jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan apabila pergi membeli-belah dan jangan sekali-kali melepasi had tersebut.
Apabila membeli barang seperti pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya, utamakan kualiti berbanding jenama.
Kualiti tidak semestinya pada jenama, barang murah tidak semestinya tidak berkualiti.
Amalan sebegini bukan sahaja ketika membeli barang, malah apabila membeli makanan juga.
Kopi di kedai mewah yang berharga mahal mungkin sama sahaja dengan kopi di kedai biasa dengan harga lebih murah.
Nak lebih banyak tips jimat belanja apabila keluar membeli-belah, boleh baca di sini: Cara Jimat Belanja
Cara kawal belanja #9 – Guna semula barang-barang terpakai
Cuba pergi buka balik stor atau lihat ke dalam almari yang menyimpan pakaian-pakaian lama.
Cuba cari, ada tak barang-barang atau pakaian yang masih berkeadaan baik dan boleh digunakan.
Jika ada, gunakan sahaja.
Kalau ada yang rosak, cuba pula untuk baik pulih.
Jimat belanja tak perlu beli yang baru.
Tak perlu malu untuk guna semula barang-barang terpakai.
Guna dahulu selagi boleh guna.
Nanti apabila pendapatan dah bertambah baik, bolehlah difikirkan untuk beli yang baru pula.
Penutup
Itulah sahaja cadangan yang doleh diberikan untuk membantu golongan yang terjejas pendapatannya untuk kurangkan belanja.
Apabila belanja dapat dikurangkan, kuranglah sikit beban yang ditanggung.
Semoga pendapatan yang masih ada mampu untuk menampung kehidupan harian.
Ingatlah, langit tidak selalunya cerah.
Akan ada hari yang kelam, hujan dan ribut.
Namun akhirnya, hari akan kembali cerah semula, insyaAllah.
Begitulah juga kehidupan kita.
Jika ada di kalangan anda yang sekarang sedang menempuh tempoh sukar dari segi kewangan, semoga anda tabah dan diringankan beban suatu hari nanti.
Sekian, terima kasih.
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.
The post 9 Cara Kawal Belanja Apabila Pendapatan Terjejas appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/08/cara-kawal-belanja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Untuk Dapatkan Iklan Percuma Rm500 000 Di Media Sosial Bagi Membantu Peniaga Terjejas Akibat Covid 19

Ini Cara Untuk Dapatkan Iklan Percuma Rm500 000 Di Media Sosial Bagi Membantu Peniaga Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 347 hits
Kehadiran Covid 19 sememangnya menjadi risiko perniagaan yang tidak dapat dijangka ramai usahawan Walaupun negara sudah kembali merancakkan kembali ekonomi perusahaan bersaiz mikro kecil atau sederhana yang diusahakan peniaga pelbagai lapis...
Kusut Bila Anak Tantrum Rupanya Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Cuba Kawal Dengan 7 Cara Ini

Kusut Bila Anak Tantrum Rupanya Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Cuba Kawal Dengan 7 Cara Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 378 hits
Tantrum adalah salah satu perkara yang biasa bagi kanak kanak dua tahun ke atas Pada fasa ini ibu ayah perlu lah banyakkan bersabar kerana ia ada kaitan dengan perkembangan otak si manja Ibu ini telah berkongsi mengenai tantrum yang dihadap...
Cara Masak Sardin Tin Bujang Yang Mudah Dan Sedap

Cara Masak Sardin Tin Bujang Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 728 hits
Cara Masak Sardin Tin Bujang Yang Mudah Dan Sedap Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang dah tahu kerana ia antara makanan yang sedap paling ringkas pantas disediakan dan paling penting mudah nak di bawa ke mana mana Dan disebabkan kat ru...
Cara Buat Blueberry Cheese Cake Dengan Kos Serendah Rm30

Cara Buat Blueberry Cheese Cake Dengan Kos Serendah Rm30

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 369 hits
Nak membeli kek kadang harganya bukan main lagi Boleh cecah tiga angka kalau siap dengan dekorasi di atas kek tu Kalau beli yang bajet pula kadang rasanya tak sesedap mana Daripada kecewa elok juga kalau buat sendiri kan Melalui facebook Su...
4 Cara Bertanya Ke Spg Makeup Biar Kamu Tampak Berkelas Nggak Akan Dijutekin Lagi

4 Cara Bertanya Ke Spg Makeup Biar Kamu Tampak Berkelas Nggak Akan Dijutekin Lagi

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 258 hits
Nggak semua SPG makeup itu jutek kadang kamunya aja yang kurang peka jadi konsumen
Cara Terbaik Untuk Wanita Yang Ingin Menutup Aurat Dengan Sempurna

Cara Terbaik Untuk Wanita Yang Ingin Menutup Aurat Dengan Sempurna

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 718 hits
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali hanyalah wajah dan dua telapak tangannya sahaja Leher dan rambutnya juga adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi walaupun sehelai Cara Terbaik Untuk Wanita Yang Ingin Menutup Aurat Dengan S...
Ghosting Memang Cara Menyakitkan Dalam Mengakhiri Hubungan Tapi Ada 4 Hal Yang Membolehkanmu Untuk Melakukannya

Ghosting Memang Cara Menyakitkan Dalam Mengakhiri Hubungan Tapi Ada 4 Hal Yang Membolehkanmu Untuk Melakukannya

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 321 hits
Ada waktunya ghosting jadi satu satunya langkah yang harus kamu tempuh bukan karena jahat tapi demi kenyamanan diri sendiri
Ikut 8 Langkah Ini Untuk Cara Basuh Tangan Dengan Betul

Ikut 8 Langkah Ini Untuk Cara Basuh Tangan Dengan Betul

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 462 hits
Ikut 8 Langkah Ini Untuk Cara Basuh Tangan Dengan Betul Basuh tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian Sejak penularan wabak covid 19 penghujung tahun lepas hingga lah sekarang macam macam kempen dah buat Antaranya termasuk cara ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy