9 1 Tips Merawat Masalah Keputihan Dengan Kos Minimum
Menjadi wanita dan menghadapi masalah keputihan adalah sesuatu yang normal, namun sekiranya ia tidak menimbulkan kegatalan dan berbau – semua akan okay apabila hormon kembali stabil
Kalau keputihan biasa yang cair dan berwarna putih tu, memang normal dah tapi kalau dah mula berbau, berketul dan menyebabkan kegatalan ia bukan lagi BIASA kerana keputihan tidak normal terjadi apabila berlakunya perubahan pada keseimbangan bakteria normal dalam faraj yang mungkin disebabkan oleh :
Pengambilan steroid atau antibiotik Pil perancang Jangkitan penyakit kelamin Kencing manis Jangkitan bakteria vaginosis yang biasa terjadi kepada wanita hamil Kanser serviks Jangkitan kulat Sabun, losyen atau mandian yang berbuih Penipisan dan kekeringan dinding faraj bagi wanita yang sudah menopause Vaginitis – rasa gatal disekitar faraj Jangkitan parasit akibat dari hubungan kelamin yang tidak selamat
CARA SEMULAJADI MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN
1. PISANG
Sama ada dimakan mentah atau bersama susu dan madu. Boleh juga dijadikan smoothies dan dijadikan makanan rutin kerana pisang sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita
2. HALIA
Rebus dua inci halia bersama 250 ml air dan amalkan setiap hari selama tiga minggu
BACA SINI –> RIMASNYA BILA TERKENA PUTIH PUTIH NI !!
3. BENDI
Cuci bendi dan dipotong kecil kemudian rebus dengan air selama 20 minit sehingga air mendidih. Tapis dan bahagikan kepada tiga bahagian. Amalkan tiga kali sehari bersama madu
4. AIR REBUSAN BERAS
Ambil air sebusan beras ( masa masak nasi ) yang sedang ditanak dan minum. Ia boleh merawat masalah berkaitan dengan usus
5. JUS DAUN BUAH DELIMA
Ambil 30 helai daun buah delima dan kisar bersama segelas air dan lada hitam. Tapis airnya dan minum setiap pagi selama tiga minggu berturut
6. JUS DAUN BASIL DAN MADU
Rebus daun basil dan ambil jusnya, sebelum minum campurkan sedikit madu dan amalkan setiap pagi dan malam selama dua minggu
7. CUKA EPAL
Cuka epal mengembalikan kestabilan pH dalam badan
8. TAWAS
Bersifat antiseptik semulajadi berupa kristal garam yang merawat semua jangkitan berkaitan kulat dengan cara mencampurkan sedikit air pada tawas dan lalukan pada alat sulit
“keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal-gatal pada kemaluan. keputihan disebabkan jangkitan kulat pula berwarna putih seperti susu basi atau keju cair, ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan membengkak serta menjadi merah.”
- Dr. Nurhazinat Mohamed Yunus ; Perunding Perbidanan dan Sakit Puan & Pakar Kesuburan Pusat Perubatan Tropicana
CANDID V1
Candid V1 merupakan anti-kulat yang berfungsi merawat masalah keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kulat pada vagina. Candiva V1 perlu dimasukkan ke dalam vagina dan ia akan cair mengikut suhu badan lalu membebaskan ubat secara perlahan-lahan dan kesan Candiva V1 bergantung kepada individu. Ia bertindak mengurangkan rasa gatal pada kawasan vagina, mengurangkan pertumbuhan kulat dan sekaligus mengelakkan risiko jangkitan
Pada kakak, penggunaan Candiva V1 sangat efektif dan memberi kesan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah tradisional yang seperti kakak nyatakan di atas kerana Candiva v! bertindakbalas seawal 24 jam dari masa penggunaan. Caranya pun mudah dan selamat sekiranya korang menitik beratkan soal kebersihan
Candiva V1 didatangkan dengan sebiji tablet ( ubat ) bersama applicator yang HANYA digunakan pada waktu malam – sesuai dengan keadaan badan yang mahu berhat. Dengan menggunakan applicator yang tersedia, masukkan tablet pada ruang yang disediakan sebelum masukkan ke dalam vagina sedalam yang mungkin
Nah !!
Semoga masalah keputihan korang sembuh dengan segera ya !
LOVE ;ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2019/04/9-1-tips-merawat-masalah-keputihan.html