9 1 Juta Isi Rumah Bakal Guna Meter Pintar Menjelang 2026 Tnb



Hampir setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi akan mendapat kemudahan untuk mengesan corak dan penggunaan tenaga elektrik menerusi Advance Metering Infrastructure (AMI) atau meter pintar

Ini berikutan rancangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memasang 9.1 juta meter pintar menjelang 2026 untuk memudah cara faedah AMI secara menyeluruh untuk pelanggannya, sebagaimana dimandatkan Suruhanjaya Tenaga

Pengarah Operasi Industri Suruhanjaya Tenaga, Roslee Esman berkata di bawah Tempoh Kawal-Atur 2 (RP2) dari 2018 hingga 2020, sejumlah 1.5 juta meter pintar dijadualkan dipasang di premis pelanggan di Melaka dan kawasan tertentu di Lembah Klang

Pada masa ini, beliau berkata hampir 300,000 meter pintar telah berjaya dipasang di Melaka di bawah RP2 Fasa 1 dalam 2018 sementara 1.2 juta lagi akan dipasang menjelang 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya/Cyberjaya di bawah Fasa 2

"Kami menyokong sepenuhnya langkah ini, dan RM1.2 bilion akan dibelanjakan untuk ini dalam tempoh tiga tahun (dari 2018 hingga 2020) di bawah RP2

"Sementara 9.1 juta rumah kediaman dijangka dipasang dengan meter pintar menjelang 2026 (RP4),” katanya pada sidang akhbar selepas satu taklimat media TNB mengenai pemasangan meter pintar itu di sini hari ini

Ditanya sama ada kos meter pintar akan berubah menjelang 2026, Roslee berkata beliau positif bahawa harga akan turun berdasarkan kemajuan teknologi

“Kos RM1.2 bilion (kos RP2) adalah berdasarkan teknologi semasa. Harga (meter pintar) dari RP2 hingga RP4 akan menurun sewajarnya,” kata beliau

Mengenai perkembangan lain, Pengarah Projek (AMI-Lembah Klang) Bahagian Rangkaian Pengedaran TNB, Mohamed Ghous Ahmad berkata TNB sudah mendirikan 200 tiang untuk penghantaran data sejak April tahun ini di sekitar Lembah Klang

“Kami tidak memasang meter pintar lagi kerana kami masih memasang tiang untuk mendapatkan sistem rangkaian. Kami akan memasang 740 tiang lagi secepat mungkin supaya kami boleh mula memasang meter,” kata beliau

Mengulas berkenaan dakwaan meter pintar mengancam kesihatan, pakar daripada Pusat Komunikasi Wayarles Universiti Teknologi Malaysia, Chua Tien Han menyanggah pandangan sedemikian kerana meter pintar memancarkan paras radiasi yang amat rendah

Beliau berkata meter pintar menggunakan gelombang frekuensi radio, sama seperti telefon pintar dan pendedahan radiasi adalah sangat kecil sebagai perbandingan

“Jangan risau, meter pintar adalah selamat. Itu adalah persepsi umum, mereka fikir teknologi baharu akan mempunyai radiasi yang tinggi. Sebenarnya tidak,” katanya

Turut hadir pada taklimat media itu Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Noor Afifah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Roslan Ab Rahman

Dalam ucapan pembukaannya, Afifah berkata pemasangan meter pintar juga akan melonjakkan ekonomi negara kerana ia membuka peluang pelaburan untuk syarikat melibatkan diri dalam inisiatif itu, pada masa yang sama menjana 5,000 peluang pekerjaan

Beliau berkata meter pintar juga diguna pakai di beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura dan Jepun

Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/09/91-juta-isi-rumah-bakal-guna-meter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelola Sampah 8 900 Rumah Bumdes Di Banyuwangi Raup Rp 25 Juta Per Bulan

Kelola Sampah 8 900 Rumah Bumdes Di Banyuwangi Raup Rp 25 Juta Per Bulan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 311 hits
Program STOP diinisiasi organisasi non pemerintah dunia yang didanai pemerintah Norwegia dan institusi bisnis Borealis dari Austria Systemiq Program ini membantu pemkab Banyuwangi dalam pengelolaan sampah laut di Kecamatan Muncar
Skim Air Percuma Hanya Untuk Penduduk Berpendapatan Isi Rumah Rm4 000 Ke Bawah Mulai Mac 2020

Skim Air Percuma Hanya Untuk Penduduk Berpendapatan Isi Rumah Rm4 000 Ke Bawah Mulai Mac 2020

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 412 hits
The ReporterBermula 1 Mac 2020 hanya penduduk yang berpendapatan isi rumah RM4 000 ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata DUN Selangor telah m...
Rumah Seharga Rp 135 Juta Ikut Mejeng Di Pameran Iipex 2019

Rumah Seharga Rp 135 Juta Ikut Mejeng Di Pameran Iipex 2019

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 391 hits
Pameran properti terbesar Indonesia International Property Expo 2019 kembali diselenggarakan serentak di empat kota yakni Jakarta Bali Medan dan Surabaya sebagai wadah bagi masyarakat dalam mencari dan memiliki hunian
Caruman Perkeso Untuk 1 4 Juta Suri Rumah Bermula Januari 2020

Caruman Perkeso Untuk 1 4 Juta Suri Rumah Bermula Januari 2020

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 446 hits
Skim perlindungan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial baharu ke atas suri rumah di Malaysia jika berjaya dilaksanakan akan dapat memberikan perlindungan keselamatan kepada golongan itu biarpun mereka tidak bekerja Cadangan itu diharap akan...
Facebook Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Kaca Mata Pintar Bersama Pihak Ray Ban

Facebook Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Kaca Mata Pintar Bersama Pihak Ray Ban

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 294 hits
Facebook telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka sedang membangunkan kaca mata pintar tersendiri malah Facebook sendiri Terbaru berkongsi mengatakan Facebook sedang membangunkan kaca mata pintar dikenali dengan nama ko...
Dia Yang Cetus Kontroversi Ini Rihana Demand Rumah Agam Rm41 Juta Nafkah Rm123 Ribu Sebulan

Dia Yang Cetus Kontroversi Ini Rihana Demand Rumah Agam Rm41 Juta Nafkah Rm123 Ribu Sebulan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 366 hits
Dia yang cetus kontroversi ini Rihana Demand Rumah Agam RM41 Juta Nafkah RM123 Ribu Sebulan Dia yang cetus kontroversi ini Rihana Demand Rumah Agam RM41 Juta Nafkah RM123 Ribu SebulanBeberapa jam lepas Rihana Oksana muat naik video di tenta...
Agustus 2019 Indonesia Impor Perabotan Rumah Tangga Dari China Usd 77 Juta

Agustus 2019 Indonesia Impor Perabotan Rumah Tangga Dari China Usd 77 Juta

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 317 hits
Kepala Badan Pusat Statistik Suhariyanto mencatat impor Indonesia pada Agustus 2019 mencapai USD 14 20 miliar Laju impor ini mengalami penurunan sebesar 15 60 persen dibandingkan dengan Agustus 2018 yang sebesar USD16 82 miliar
Tnb Plans Smart Meters All Across Peninsular Malaysia By 2026

Tnb Plans Smart Meters All Across Peninsular Malaysia By 2026

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 1286 hits
Almost every household in Peninsula Malaysia will be able to track their power usage and patterns through the Advance Metering Infrastructure or simply known as the smart meter This will be made possible with Tenaga Nasional Bhd s plans to ...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah