80 Peratus Setuju Keadilan Bertanding Guna Logo Sendiri Dan Tinggal Dap


RUMUSANSimbol yang dipertikaikan?
SERAMAI lebih 600 dan 500 yang memberi komen dan like terhadap survey untuk mengetahui apakah
perlu untuk Keadilan bertanding menggunakan lambang sendiri dan tidak bersama DAP dalam pilihan raya ke-15 nanti. 
Persoalan yang dilontar untuk mendapat pandangan umum khasnya dari kalangan pelayar Facebook MSO II, berbunyi; Apakah Keadilan perlu bertanding sendiri tanpa kerjasama dengan DAP dalam pilihan raya umum akan datang?"Survey ini dilakukan untuk mengetahui pandangan dan reaksi umum ekoran ada berbagai-bagai pendapat yang dilontarkan oleh sesetengah dan pengikut parti komponen PH berhubung penggunan logo atau lambang Harapan dalam pilihan raya. 
Anthnony Loke
sedang cipta naratif baru.Ia menjadi pertikaian ekoran kekalahan PH dalam Pirane Melaka minggu lalu. Ada pendapat meletakkan kegagalan PH untuk merampas Melaka itu disebabkan logo digunakan dalam pilihan raya itu tidak menarik dan dikenali rakyat seperti lambang Roket atau Mata. Penggunaan logo Harapan dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini juga mengecewakan.  
Dalam pilihan raya lalu PH terdiri daripada gabungan Keadilan, DAP dan Amanah menggunakan lambang Harapan berwarna merah. Lambang atau simbol tertulis perkataan HARAPAN itu merupakan simbol rasmi Pakatan Harapan. DAP hanya menang empat kerusi daripada lapan sebelum ini sementara Keadilan tidak memenang satu kerusi daripada 11 kerusi dipertandingkan, sementara Amanah menang satu daripada sembilan kerusi dipetandingkan.
Daripada respon dan pandangan diberi rata-rata bersetuju kalau Keadilan menggunakan simbolnya, Mata dalam pilihan raya akan datang dan juga tidak bersama DAP. Maksudnya Keadilan bertanding bersendirian dan DAP bersendiri atau mungkin boleh bersama Amanah. Keadilan boleh bergerak sendiri tanpa kerjasama dengan DAP.
Pendapat diberi juga untuk lebih menyenangkan Keadilan mengurus partinya, kempen menarik pengundi Melayu khasnya. Langkah tidak bersama DAP itu menurut sesetengah pengomen memudahkan Keadilan, kerana apabila parti itu bergabung dengan DAP menyebabkan orang Melayu yang skeptikal dengan DAP akan ikut menolak sama Keadilan. Mereka tidak mahu Keadilan terleset najis DAP.
Bagaimana pun ada juga pendapat yang tidak bersetuju dengan memberi alasan, Keadilan belum memiliki kekuatan untuk bersendirian. Parti itu perlu bersama dengan DAP dan juga gabungan parti lain. "Daripada bersendiri lebih baik berpakat," ujar seorang pengomen agak rasional. 
Mengenai perkara sama, DAP juga memberi gambaran partinya akan bergerak sendiri dalam pilihan raya akan datang. Gambaran ini diberikan oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke, apabila melontarkan pandangan meminta PH tidak lagi menjaja Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri sebaliknya menumpukan kepada agenda reformasi. 
Kenyataan terus terang Anthony itu membuka lembaran baru hubungan DAP dengan Keadilan. Ia membayangkan DAP juga mahu perlahan-lahan mengenepikan Anwar.  Tentunya pandangan Anthony itu mewakili suara batin para pemimpin parti chauvenis Cina itu. 
Bertitik tolak daripada apa digambar dan dikehendaki Anthnoy Loke itu maka lebih wajar kalau Keadilan juga bersiap sedia untuk kehilangan DAP dan membuat persiapan mengukuh dan menyakinkan diri sendiri. Membaca makrifat politik disuara Anthony Loke itu, Keadilan perlu berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak terfikir sebelum ini

Keadilan amnya dan Anwar khasnya jangan terkhilaf membaca kesetiaan dan permainan politik DAP. 
Seperkara perlu disedari bahawa hakikat kerbersama dalam PH dengan DAP, itu bukan mencerminkan hakikat kerjasama batin sebenar sebab baik Keadilan dan DAP mempunyai matlamat dan sikap masing-masing yang boleh diukur kepada idealogi perjuangan dan misi serta wawasan utama pemimpin kedua-dua parti itu. DAP dan Keadilan hanya bersama dalam hendak memiliki kuasa tetapi mereka berbeza dalam batin politik

Ia mungkin juga boleh ditambah dengan sifat politik itu sendiri yanf dinamik, yang mana dinamikanya perlu dikaji, diteliti dan dihadapi sepanjang masa. Bagi Keadilan dan Anwar perlu ditekankan bahawa Piraum ke-15 adalah pilihan raya terakhir buat Anwar.  
DAP, boleh yakin dan bangga dengan pencapaian dalam Piraum ke-15 dahulu yang mendapat 42 kerusi. DAP kini seperti terdesak untuk mengekalkan kerusi itu. Baginya jumlah itu dikira pencapaian terhebat di sepanjang penglibatannya dalam pilihan raya dan ia perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun hatta terpaksa berpiasha dengan kawan dan mengimpikan kawan lama

Apa yang diperkirakan oleh DAP, mereka mahu kekalkan kerusi itu untuk dijadikan bargaining  power, selepas pilihan raya nanti. Jika mereka dapat mengekalkan jumlah kerusi tersebut ia kejayaan berganda buat mereka. Pakar perangkaan dan strategi DAP sudah mengira, bahawa kelompok Melayu yang mendominasi kerusi parlimen selama ini akan berpecah. 
Secara mudah kelompok Melayu akan terbahagi tiga, dimana tidak ada kelompok yang mendapat lebih 50 atau 80 kerusi. Masing-masing akan berjaya sekitar 30 hingga 60 sahaja. Dengan kedudukan itu DAP yang memiliki 40 kerusi boleh bertaut dan berkolaborasi dengan kelompok mana-mana sahaja bagi membentuk kerajaan bersama. Itu yang terbata-bata dalam minda sesetengah pemimpin DAP kini. 
Dengan kedudukan kelompok atau Melayu hilang hegemoni begitu, mana-mana kelompok Melayu akan mencari rakan untuk menubuh kerajaan. Dalam situasi ini DAP mengambil kesempatan boleh menjual kerusinya itu untuk mengenapkan 112 kerusi bagi mewujudkan kerajaan. Soal idealogi, prinsip dan idealogi perjuangan bukan perkara penting lagu. Yang penting ialah kuasa dan jadi kerajaan.  
Misalnya kalau BN memerlukan kerusi itu, DAP boleh menampungnya begitu juga dengan PN dan PKR. Soal idealogi tidak menjadi perkiraan lagi yang penting dapat menjadi kerajaan. Peluang menjadi menteri 22 bulan sedikit sebanyak mengubah persepsi dan cara pemimpin DAP berpolitik. Sedar atau tidak DAP kini yang dalam era peralihan kepimpinan sedang membina naratif baru politik Malaysia. DAP juga sudah hilang prinsip asas dan asalnya sebab itu Ronnie Liu seakan-akan bertindakan mengherdik DAP menyebabkan beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Selangor. 
Berbalik kepada soal menggunakan logo sendiri dan menguzlahkan diri daripada DAP dalam pilihan raya akan datang oleh DAP perlu dilihat secara mendalam dan mengenal kesan dan implikasinya. Jangan pula rumah sedia ada hilang untuk bina rumah baru, tapaknya tidak dipasti. [wm.kl.4:14 pm 29/11/2021]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/11/80-peratus-setuju-keadilan-bertanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Punca Mengapa Parti Komponen Ph Sarawak Guna Logo Masing Masing

Ini Punca Mengapa Parti Komponen Ph Sarawak Guna Logo Masing Masing

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 201 hits
November 26 2021 Ini punca mengapa parti komponen PH Sarawak guna logo masing masing Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook keputusan Pakatan Harapan menggunakan logo parti masing masing pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke...
Prn Sarawak Mana Sikap Setia Kawan Dap Negeri Keadilan Sarawak

Prn Sarawak Mana Sikap Setia Kawan Dap Negeri Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 266 hits
Keadilan Sarawak nafi cuba timbulkan isu perebutan kerusi tertentu dalam kalangan rakan Pakatan Harapan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sarawak Sebaliknya Majlis Pimpinan Negeri Keadilan menegaskan DAP Sarawak yang enggan
Idrus Sendiri Salah Guna Kuasa Tidak Layak Jadi Peguam Negara Ph

Idrus Sendiri Salah Guna Kuasa Tidak Layak Jadi Peguam Negara Ph

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 208 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti siri tindakan Peguam Negra berhubung isu pendakwaan dan kehakiman baru baru ini termasuk kes YB Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Mei la...
Prn Sarawak Tak Guna Logo Bn Tak Ada Masalah Buat Gps

Prn Sarawak Tak Guna Logo Bn Tak Ada Masalah Buat Gps

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 310 hits
Tiada masalah bagi Gabungan Parti Sarawak untuk tidak lagi menggunakan logo Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sarawak kali ini Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UNIMAS berkata Dr Arnold
Prn Sarawak Parti Pembangkang Guna Logo Masing Masing Strategi Bagus Kata Penganalisis

Prn Sarawak Parti Pembangkang Guna Logo Masing Masing Strategi Bagus Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 187 hits
December 5 2021 Dengan menggunakan logo sendiri DAP dan PKR masing masing dapat memainkan isu yang niche dengan pengundi kata seorang penganalisis PETALING JAYA Keputusan parti pembangkang untuk menggunakan logo masing masing dan menekankan...
Guna Duit Sendiri Untuk Comeback Netizen Puji T Ara

Guna Duit Sendiri Untuk Comeback Netizen Puji T Ara

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 259 hits
Netizen terkejut apabila mengetahui kemunculan semula T ARA baru baru ini disediakan menggunakan dana peribadi ahli ARTIKEL BERKAITAN Pada 15 November seorang netizen membuat catatan di forum komuniti dalam talian bertajuk Wah mereka berkat...
Buat Sendiri Muffin Coklat Cip Sedap Gebu Tanpa Guna Tepung Premix

Buat Sendiri Muffin Coklat Cip Sedap Gebu Tanpa Guna Tepung Premix

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 256 hits
Nampak sedap Muffin Coklat Cip ni Nampak lembut dan gebu Bagi anda yang suka makan kek dan muffin resipi perkongsian saudari Lyn Da II ni antara yang boleh dicuba Sangat mudah dan enak Tak perlu lagi beli tepung pra campuran Anda sendiri bo...
Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 190 hits
Umno Terengganu bergerak sendiri tiada kerjasama dengan PAS pada PRU15 Mat Said Umno Terengganu memutuskan untuk bergerak sendiri dan tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke 15 kata ketuanya Ahmad Said Beliau berkata keputusa...
Melayu Mengemis Di Negera Sendiri

Melayu Mengemis Di Negera Sendiri

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 174 hits
DALAM satu jurnal peribadi Frank Swettenham yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada bulan Mac 1875 telah mencatatkan anggaran bahawa terdapat kira kira 1 000 orang Cina dan antara 500 hingga 700 orang Melayu kebanyakannya pendatang dari Sumate...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash