8 Trend Fesyen Musim Luruh Di Korea Yang Korang Boleh Ikuti
Untuk penggemar fesyen Korea, fesyen musim luruh di Korea kini kembali. Nah, KimchiDaily kongsikan cara pemakaian musim luruh di Korea yang boleh diaplikasikan mengikut cuaca di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN
Gaya Artis K-Pop Jadi Ikutan, Ini 4 'Inspired Outfit' Peminat Berhijab Boleh Cuba
Nak tahu lebih lanjut jom!
1. Ribbed turtleneck
Pemakaian ribbed turtleneck merupakan pakaian yang menjadi trend di Malaysia di mana pakaian ini juga boleh dijadikan sebagai inner wear untuk wanita berhijab.
Antara gaya yang korang boleh cuba untuk ribbed turtleneck adalah dengan memakainya bersama jaket denim, pleated midi skirt dan banyak lagi.
Kalau korang nak tampak lebih confident, boleh juga cuba ribbed turtleneck ini dengan pelbagai variasi warna selain hitam dan putih.
Gambar Kim Se-Jeong menggayakan ribbed turtleneck nampak begitu elegan kan?
2. Flannel Shirt
Bila sebut je flannel shirt, ramai yang merasakan ianya sukar untuk digayakan tapi sebenarnya tidak! Meski pun flannel shirt sering digayakan di luar negara seperti Korea pada musim luruh, korang juga boleh menggayakan flannel shirt ini di Malaysia dalam apa jua cuaca!
Walaupun nampak simple dan kasual, korang akan nampak seperti fashionista kerana ia menyerlahkan lagi gaya yang penuh versatil.
Lisa BLACKPINK hanya menggayakan flannel shirt tapi dah nampak cantik. Cantik + gaya fesyen = Perfecto!!
3. Knitted cardigan
Knitted cardigan sudah pun wujud pada zaman dulu lagi di Amerika dan Eropah. Tapi fesyen ini kembali menjadi trend semula kerana knitted cardigan ini tampak selesa dan comel pada si pemakai.
Kalau korang perasan, knitted cardigan menjadi pilihan untuk digayakan oleh kebanyakan idola K-Pop dan gaya mereka kini sering menjadi ikutan.
V BTS selalu mengayakan knitted cardigan dengan stailnya tersendiri. Comel kan V pakai knitted cardigan merah ini?
Pelbagai gaya boleh dipadankan dengan knitted cardigan mengikut keselesan korang kerana ianya akan menampakkan gaya yang lebih stailo.
4. Chunky boots
Korang pasti tahu chunky boots kan? Kali ini kitorang akan kongsikan macam mana nak gayakan chunky boots ini.
Macam yang kita tahu, chunky boots ini selalu menjadi pilihan generasi muda tidak kira lah korang K-Poppers atau tak.
Kasut jenis boots ini mampu membuatkan si pemakai tampak lebih tinggi dan lebih bold ketika menggayakannya. Malah chunky boots ini boleh dipadankan dengan skirt dan outer wear mahupun seluar slimfit.
Antara idola K-Pop yang menggayakan chunky boots adalah penyanyi Somi, Irene RED VELVET dan Jungkook BTS.
5. Jaket denim
Antara fesyen yang digemari oleh pelbagai lapisan usia adalah jaket denim. Ianya tetap menjadi pilihan setiap orang disebabkan ianya boleh membuat seseorang nampak stailo!
Kalau korang nak tahu pasal jaket denim ini sebenarnya boleh dipadankan dengan apa-apa item sekali pun. Contohnya, korang boleh memadankan jaket denim sebagai outer wear apabila menggayakan dress atau t-shirt.
Korang tengok lah CL menggayakan denim jaket ini! Cantik kan? Nampak stailo tau!
6. Trench coat
Korang nak tahu tak, sebelum bermulanya musim sejuk korang akan melalui musim luruh dulu. Jadi, trench coat adalah pakaian yang selalu dilihat di Korea apabila suhu sudah mulai menurun.
Penggayaan trench coat tidak lekang dek zaman kerana penggayaannya sentiasa menjadi trend setiap musim luruh.
Kalau korang nak tahu, warna trench coat mampu membuatkan gambar korang nampak estetika.
Tengok la Jungkook BTS menggayakan trench coat. SANGAT HANDSOME!!
7. Pleated midi skirt
Korang tahu kan pleated midi skirt adalah skirt yang selesa dan comel bila dipakai. Korang boleh cuba tau!
Macam yang korang tahu, pleated midi skirt ini boleh digayakan dengan blouse yang elegan, baju oversize dan juga boleh dipadankan dengan kasut sneakers. Korang cuba bayangkan… mesti comel kalau pakai macam ni!
Tengok Minnie (G)I-DLE gayakan pleated midi skirt. Korang bila lagi?
8. Scarf dan topi
Pada korang yang ‘ekstra’, korang boleh gayakan scarf dan topi sebagai aksesori tambahan untuk melengkapkan outfit korang.
Kalau korang nak tahu, dua aksesori ini juga merupakan item yang penting di Korea. Dengan adanya scarf dan topi ini mampu membuatkan korang tampak seperti berada di Korea tau!.
Cuba korang tengok Yuju GFRIEND pakai, cantik kan?
Topi juga merupakan item yang penting dalam dunia fesyen. Ianya boleh dipadankan dengan pelbagai gaya yang menarik dan simple.
Suga BTS pakai beret macam ini pon tetap nampak classy gitewww!!
Mudah je nak menggayakan fesyen musim luruh di Korea ini di Malaysia. Jadi, korang pun boleh cuba!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/8-trend-fesyen-musim-luruh-di-korea-yang-korang-boleh-ikuti/