8 Tempat Dalam Rumah Yang Jadi Kesukaan Jin
8 Tempat Dalam Rumah Yang Jadi Kesukaan Jin. Ketahui 8 tempat jadi tumpuan jin dalam rumah kita. Anda tahukah bahawa ada sesetengah tempat dalam rumah jadi kawasan jin berkumpul dan amat suka tempat tersebut. Sebagaimana kita tahu bahawa jin dan syaitan ni makhluk Allah juga. Mereka juga penghuni muka bumi ini tetapi oleh kerana kejadian mereka yang berasal dari api, maka kita tak nampak dengan mata kasar. Memang dah di nyatakan dalam al Quran makhluk halus ini suka menguji manusia. Selagi kuat iman dan taqwa seseorang kepada TuhanNya, selagi itu makin kuat dugaan yang melanda.
Baca perkongsian di bawah dari seorang yang arif dalam dunia makhluk halus. Mengikut pemerhatiannya, makhluk itu gemar berada di beberapa tempat seperti berikut:
8 Tempat Dalam Rumah Yang Jadi Kesukaan Jin
Cuba semak kawasan-kawasan di bawah ini, adakah anda selalu merasa meremang bulu roma atau rasa diperhatikan?? Berhati-hati selalu dengan keadaan ini dan biasakan dengan bacaan ayat al Quran di dalam ruang rumah anda
1. Di depan pintu tandas dan di dapurKenapa dengan tandas, itukan tempat dia. Kenapa di dapur? Kerana sumber makanannya di situ ialah tulang-tulang dan sisa-sisa makanan kita seolah-olah kita menyediakan makanan untuknya. Sebab itu, sisa-sisa makanan harus diikat dalam plastik dan bekas-bekas makanan hendaklah terus dicuci sebaik sahaja selesai makanan melainkan kalau memang tuan rumah nak bela jin
2. Depan TelevisyenApa hubungan jin dengan Televisyen (TV)? Kerana syaitan atau jin dan maksiat bagaikan lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Kalau ahli rumahnya selalu melihat maksiat melalui TV malah berpesta maksiat maka itulah tempat yang disukainya
Ada sebuah rumah saya dipanggil untuk halau gangguan jin, apabila saya tanya pembantu rumahnya dia selalu melihat puntianak yang berjubah putih terbang dalam rumah dari dapur ke ruang tamu yang ada TV
3. Jin akan tinggal di dalam bilik yang tidak selalu digunakanKes sebegini banyak saya temui. Di sebuah rumah dua tingkat, hanya tingkat bawah sahaja digunakan manakala tingkat atas jarang orang masuk tidur dan solat serta jarang sekali dibersihkan dan disapu lebih2 lagi didalam bilik itu ada pelbagai peralatan seperti mesin jahit, tilam dsbnya
kehadhiran syaitan-syaitan itu dapat dikenalpasti kerana apabila kita masuk itu, terasa panasnya lain macam dan kadang-kadang orang-orang yang masuk ke dalam bilik itu terasa ada semacam jarum menyucuk mana-mana anggota badannya dan bermimpi
Ada satu kes di sebuah rumah berdekatan Batu Caves, Selangor, rumah tersebut tidak diduduki sehingga lima tahun. Apabila saya masuk, saya mendapati ada jin di dalam sebuah bilik di rumah tersebut
Oleh kerana itu, penyewa atau pembeli enggan menduduki rumah itu kerana berasa takut sedangkan perhiasan dalamannya begitu cantik
4. Tempat yang ada alat muzikAda beberapa buah rumah yang saya pergi apabila ada gitar dan piano maka jin akan berada di situ kerana hubungan maksiat dengan jin terpisah tiada
5. Di tempat yang ada gambar dan patung manusia atau binatangBanyak hadis nabi Muhammad s.a.wasallam menegaskan bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar dan patung, walaupun ianya hanyalah gambar keluarga yang menerima ijazah digantung.
Pernah satu masa saya melakukan rukyah terhadap seorang pesakit yang menglami ‘slip disc’ yang mana pada kebiasaan, bagi saya tidak sukar melakukannya tetapi kurang berkesan semasa pengubatan kali ini dilakukan.
Selepas diperiksa rupa-rupanya terdapat patung dinasour atas almari di rumah itu. Sesudah buang patung tu dibuang, barulah penyakit pesakit tersebut pulih dengan izin Allah selepas sesi rukyah diadakan semula
6. Penghuni rumah menggunakan tangkal, azimat, buluh perindu dsbnya Dalam satu peristiwa, saya pernah melakukan rukyah terhadap anak kecil yang kerap menangis. Apabila saya periksa, di dalam rumahnya memang ada jin tetapi apabila dihalau, ia tak mahu keluar.
Saya bertanya kepada ayah anak itu, ada apa-apa yang dipakainya? Akhirnya, dia menyerahkan kepada saya azimat miliknya. Kemudian saya neutralkan azimat itu dan saya bakar. Barulah jin keluar dari rumah dan anaknya berhenti menangis
7. Rumah yang disimpan barang-barang lamaAda satu kes di mana seluruh ahli rumah tersebut sakit-sakit disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang disimpan barang-barang dipuja seperti barang-barang lama tinggalan nenek moyang atau barang pusaka seperti keris, lembing, tombak, pengacip pinang dan sebagainya
8. Tinggal berdekatan rumah yang ditinggalkan kosongJika rumah yang lama ditinggalkan kosong maka penghuninya bukanlah manusia tetapi sebaliknya ianya akan dihuni oleh jin dan syaitan sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.wasallam yang mana pada akhir zaman ini terdapat banyak rumah syaitan
Mudah-mudahan kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya jin, iblis dan syaitan
Dikongsikan dari Group Whatsapp semoga jadi renungan bersama. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/12/8-tempat-dalam-rumah-yang-jadi-kesukaan.html