8 Tanda Rumah Ada Jin
8 Tanda Rumah Anda Di Huni Jin
Sebagai orang beriman kita wajib percaya bahawa jin itu wujud. Mereka tinggal bersama manusia tetapi berbeza alam. Jin juga diuji oleh Allah dengan keimanan dan kekufuran
Perbezaan jin dengan manusia adalah Jin boleh melihat manusia sebaliknya manusia tidak boleh melihat jin
"Sesungguhnya ia (jin) dan pengikutnya melihat kamu (manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka" (Qs Al-A'raaf : 27)
Disebabkan kewujudan jin yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Berkemungkinan besar rumah yang kita diami juga merupakan tempat tinggal jin, cuma kita tidak yahu dan tidak sedar
8 Tanda Rumah Didiami JinWalau tidak dapat di lihat dengan mata kasar, tetapi kita boleh ketahui tanda tanda wujudnya jin di dalam rumah kita. Di bawah adalah 8 tanda tanda bahawa rumah anda didiami jin
1. Perasaan takut dan di awasi
Pernah tak anda merasakan bahawa anda sedang di perhatikan atau di awasi. Atau tiba tiba bulu roma anda meremang tanpa sebab. Itu bermakna adanya jin berdekatan anda yang sedang memerhatikan anda
Untuk membuang perasan tersebut sekaligus mengusir gangguan tersebut, bacakan surah Al-Baqarah
"Janganlah kalian jadikan rumah rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya di bacakan surah Al-Baqarah" (H.R Muslim No. 1821)
2. Sering tercium bau busuk seperti bangkai.
Sering tercium bau bau yang kurang menyenangkan atau busuk seperti bau bangkai walaupun rumah sudah di bersihkan. Pertama cari sumber bau. Jika tidak terjumpa sumber bau tersebut, besar kemungkinan rumah tersebut di huni jin kerana bau tersebut datang daripada jin tersebut
3. Sering terdengar suara pelik
Sering terdengar suara suara pelik seperti suara orang atau suara suara peralatan di rumah bergerak sedangkan anda yakin anda berseorangan
4. Penghuni rumah sering berasa tidak sihat atau lesu lesu.
Jika ahli keluarga atau penghuni rumah sering berasa tidak sihat atau sentiasa keletihan, pertama periksa ke doktor. Jika tiada apa apa masalah tentang kesihatan, itu bermakna rumah tersebut di huni jin dan kesakitan tersebut datang dari jin tersebut yang mungkin sudah masuk ke tubuh
Perbanyakkan membaca ayat Ruqyah minima sekali sehari
5. Selalu berlaku pertengakaran sesama penghuni rumah
Jin dapat mengganggu emosi manusia. Apabila rumah di diami jin, jin tersebut akan sedaya upaya menganggu penghuni rumah tersebut. Mereka yang di ganggu jin akan menjadi cepat marah, tidak tenang sehingga menimbulkan pertengkaran sesama penghuni atau ahli keluarga
6. Sering mimpi buruk
Mimpi buruk yang di maksudkan adalah mimpi seperti di kejar makhluk yang tidak di kenali. Mungkin perkara biasa jika mimpi itu hanya datang sekali, tetapi jika mimpi tersebut datang berulang kali, besar kemungkinan mimpi tersebut disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang menganggu roh anda yang sedang tidur. Sewaktu tidur, roh anda keluar dari tubuh, waktu itu lah jin menganggu roh anda
Untuk mengelakkan di ganggu sewaktu tidur, ambil wudhu sebelum tidur, baca Ruqyah dan doa sebelum tidur
7. Melihat lembaga
Terlihat sekilas seperti ada orang lain di dalam rumah atau terlihat seseorang berada di rumah walaupun anda sendirian
8. Gonggongan anjing di sekitar rumah terutama waktu malam.
Jika rumah anda terdapat anjing dan anjing tersebut sering mengonggong berdekatan rumah atau melihat ke arah rumah, itu petanda bahawa rumah anda terdapat jin. Haiwan mampu melihat makhluk makhluk ghaib yang tidak dapat di lihat manusia
"Apabila kamu mendengar anjing mengonggong atau keldai meringkik, mintalah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya mereka melihat apa yang tidak kamu lihat" (H.R Abu Dawud dan Ahmad)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2019/09/8-tanda-rumah-ada-jin.html