8 Sebab Kenapa Wanita Harus Amalkan Squat
Bohong belaka jika wanita tidak mengidamkan bentuk badan yang langsing dan menarik, tapi kebanyakannya hanya mampu bermimpi tanpa ada usaha ke arahnya.
Namun tahukah anda dengan hanya melakukan senaman ringkas yang dipanggil Squat atau mencangkung ini mampu menjadikan mimpi anda menjadi realiti?
Foto: angrytrainerfitness.comIni antara kebaikannya yang terbukti dapat membantu wanita mendapatkan tubuh yang sempurna.
1. Menghilangkan selulitOtot yang meregang sewaktu melakukan senaman ini membuatkan jantung bergerak dengan lebih efisien. Apabila peredaran darah berjalan lancar, maka otot dan organ akan mendapat lebih banyak nutrien dan oksigen serta membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Maka ucapkan selamat tinggal sekarang pada selulit!2. Sangat baik untuk sistem penghadamanSquat membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh badan manusia. Gerakan otot yang terhasil dari senaman ini boleh melancarkan gerakan cecair di dalam badan dan memudahkan proses pembuangan.
Foto: Tumblr.com
3. Membentuk punggung bulat dan menarikSquat mampu memejalkan otot punggung dan menjadikannnya sangat terletak dan tidak kelihatan jatuh.
4. Mengurangkan berat badanSemasa melakukan senaman ini, badan kita akan mengeluarkan peluh dengan banyak dan sudah tentulah ia akan membantu kita mendapatkan berat badan yang ideal.
Foto: Pinterest.com5. Membetulkan postur badanBagi anda yang mempunyai masalah bongkok, senaman ini wajib dilakukan dan dijadikan rutin setiap hari. Gerakan Squat yang memerlukan anda untuk berdiri tegak akan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan lurus.
6. Mencantikkan otot kakiGerakan ketika senaman mencangkung ini memerlukan anda untuk menggunakan keseluruhan otot kaki. Ia sekaligus membantu mengencangkan lagi otot di bahagian tersebut.
Foto: Shape.com7. Menguatkan lututApabila kita meregangkan dan membengkokkan lutut, ia akan menguatkan lagi otot di bahagian tersebut. Selain itu ia juga membenarkan oksigen untuk mengalir di sekitar sendi.
8. Boleh dilakukan tanpa sebarang bebananSquat adalah senaman yang paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa menggunakan alatan seperti 'barbell' atau apa sahaja yang melecehkan.
Foto: Tumblr.comDah tahu rahsia dan kebaikannya, jadi selepas ini tiada alasan lagi bagi para wanita untuk malas bersenam. Jom cuba dan selamat berjaya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kinistylo.blogspot.com/2019/04/8-sebab-kenapa-wanita-harus-amalkan.html