Kredit: https://www.intelligentliving.co/
“Kulit pisang bukan sampah, ya.”
Kredit: www.doc2us.com
Kulit pisang kaya dengan serat larut dan tidak larut dipanggil pektin. Serat pektin ini diketahui dapat membantu merendahkan paras kolesterol dan pencegahan penyakit kardiovaskular dan serangan strok. Dalam suatu kajian yang dijalankan di Universiti Brawijaya, Jawa Timur, responden dengan kadar kolesterol tinggi menunjukkan kemajuan yang positif selepas makan kulit pisang selama 2 minggu.
Kredit: giphy
Tahukah anda, kulit pisang boleh membantu anda menurunkan berat badan anda? Menurut seorang pakar diet di Australia, kulit pisang bukan saja mengandungi kadar serat yang tinggi malah merupakan sumber tahan kanji yang baik untuk membantu anda berasa kenyang lebih lama. Walaupun tidak ada banyak kajian yang dijalankan dapat membuktikan bahawa fakta ini benar tetapi tidak salah untuk mencuba, kan?
Kredit: tenor.com
Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup berhabis duit untuk memastikan kecantikan mereka berkekalan, khususnya kecantikan kulit mereka. Daripada menggunakan produk-produk kimia, apa kata anda mencuba ramuan organik seperti kulit pisang pula? Tambahkan kulit pisang dan telur untuk menghasilkan pupur muka pantas yang bukan saja membersihkan liang kulit malam menegangkan kulit juga. Siapa kata, penjagaan kulit perlu menjadi rumitkan dan mahal?
Kredit: tenor.com
Anda pernah dengar tentang teh pisang? Trend yang mula tular pada awal tahun 2020, seiring dengan penularan wabak Covid-19, teh pisang dicipta secara tidak sengaja oleh seorang pelawak bernama Gerry McBride dengan merebus kulit pisang ke dalam air kerana ingin membuktikan teori bahawa kulit pisang boleh memberikan kesan yang mengkhayalkan. Hasil ‘eksperimen’ beliau ternyata menunjukkan hasil yang berbeza. Beliau tidur lena pada malam itu. Cubaan beliau ini ternyata menimbulkan rasa ingin tahu individu lain dan mereka juga melaporkan hasil yang sama.
Kredit: gfycat
Selain daripada serat, kulit pisang kaya dengan vitamin C dan jika dimakan, dapat menyumbang sebanyak 17% daripada kadar pengambilan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Kedua-dua nutrien ini bukan saja membenarkan pertumbuhan bakteria baik iaitu probiotik yang dapat menambah baik sistem penghadaman anda malah menguatkan lagi sistem imun anda. Ingin berjimat-cermat tapi masih mahu mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan? makanlah kulit pisang!
Kredit: tenor.com
Mahu gigi putih berseri tanpa menggunakan produk kimia? Gosok kulit pisang saja! Menurut suatu kajian yang dijalankan pada tahun 2015, vitamin D pada kulit pisang didapati boleh melawan bakteria di gigi yang menyebabkan giginvitis dan periodonditis. Namun begitu, jangan abaikan amalan kebersihan gigi yang wajib seperti memberus gigi dan flos!
Kredit: tenor.com
Siapa yang tak mahu rambut yang lembut, berkilat dan lebat? Tetapi, kos untuk penjagaan rambut yang tinggi membuatkan ramai daripada antara kita lebih gemar mencari dan mencuba cara alternatif yang lebih organik (dan percuma) untuk menjaga kecantikan rambut. Salah satu bahan yang anda boleh pertimbangkan ialah kulit pisang. Ciri-ciri antioksidan kulit pisang meneutralkan radikat bebas di akar rambut di samping mengekalkan kelembapan rambut serta menghapuskan kelemumur. Kolagen pada kulit pisang juga dapat menguatkan dan melebatkan rambut anda.
Kredit: gfycat
Alamak, anda digigit nyamuk lagi! Habis gatal-gatal kulit anda. Macam mana anda nak hilangkan rasa gatal itu? Gosok kulit pisang di atasnya. Kulit pisang kaya dengan polisakarida yang terbukti secara saintifik sebagai pelega kebengkakan dan keradangan. Di samping itu sifat antibakteria kulit pisang (kerana kandungan zink dan lektin yang tinggi di dalamnya) boleh membantu menyembuhkan psoriasis dan mencegah pertumbuhan jerawat juga.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |