8 Makanan Terbaik Ramai Beli Di Bazar Ramadhan Penang
Pejam celik, sudah hampir tiba bulan puasa. Sambut Ramadhan tahun ini agak pastinya sangat berbeza kerana Covid-19. Tapi, setidaknya kita sudah diberi kelonggaran dalam menjalani kehidupan seharian dan semoga kita sama-sama dapat menjaga keadaan ini dari menjadi makin melarat.
Bila tiba bulan puasa, mula teringat aktiviti beli makanan di bazar Ramadhan. Bermacam makanan ada. Ini gambar suasana pasar ramadhan di Putrajaya untuk tahun 2014 yang lalu. Saat sebelum adanya virus corona. Sama seperti di Putrajaya, suasana pasar ramadhan di Penang, tak kurang beza. Bila pergi boleh tergugat iman.
Masih teringat lagi antara menu yang paling mendapat sambutan bila pergi ke pasar ramadhan ini.
1. Ayam Percik
Ayam percik semestinya menjadi makanan yang paling dicari-cari ketika ke bazar Ramadhan. Diperap dengan rempah seperti kunyit, serai, jintan, santan dan banyak lagi, ayam kemudian dipanggang hingga sempurna. Bayangkan daging ayam yang berair dan lembut. Memang sedap!
2. Murtabak
Apa itu Bazar Ramadan tanpa murtabak? Hidangan ini sering menjadi salah satu makanan di mana gerai yang menjualnya akan mempunyai barisan yang panjang. Para pengunjung boleh membeli sehingga 10 atau 20 keping sekaligus untuk dikongsi di kalangan ahli keluarga, itulah tahap popularnya murtabak.
Murtabak diisi dengan daging cincang ayam atau daging lembu dan bawang, bahkan ada yang menyediakan menu khas seperti keju. Bukan peminat murtabak? Roti John dan roti canai ada sebagai pengganti.
3. Nasi Kerabu & Nasi Kukus
Kita orang Asia tidak dapat membuang karbohidrat, terutama pada bulan puasa. Antara menu nasi pilihan ramai untuk buka puasa adalah nasi kerabu Kelantan dan juga nasi kukus. Warna biru nasi kerabu yang berasal dari bunga telang ini, menjadikannya lebih menarik dan unik. Nasi kukus yang lembut dipasangkan dengan kari dan ayam yang diperap pula, sekali makan pasti akan teringat-ingat. Apalagi jika makan ketika nasi masih panas-panas. Memang terbaik!
4. Gorengan Celup Tepung
Untuk buka puasa tidak semestinya perlu makan menu makanan yang berat. Buka puasa itu dengan hanya makan buah kurma pun sudah okay sebenarnya. Cuma, rakyat Malaysia ini memang suka makan.
Bagi mereka yang kurang gemar buka puasa dengan menu makanan yang berat tetapi tetap nak makan sedap, boleh cuba beli gorengan celup tepung. Ayam goreng yang rangup di luar, lembut di dalam. Ditambah pula dengan sotong celup tepung, ketam dan bebola ikan, pastinya akan membuka selera.
5. Ayam Penyet
Penyet bermaksud leper. Keadannya seakan sudah hampir hancur tapi itulah yang membuatkannya terasa lebih sedap. Paha ayam atau daging dileperkan dengan belakang pisau untuk melembutkannya, oleh itu perkataan penyet digunakan sebagai nama hidangan ini.
Makin sedap bila dihidangkan dengan nasi kukus dan lauk sambal. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah makanan istimewa Indonesia tetapi makanan ayam penyet ini sudah diterima oleh semua golongan.
6. Sup Tulang / Daging
Sup dengan bau aroma yang menyelerakan, dari jauh sudah terbau-bau. Makin sedap jika ianya sup tulang gearbox. Sup ini selalunya dikaitkan dengan makanan berkhasiat tetapi untuk sup tulang gearbox dan daging, kena hati-hati jangan terlebih makan kerana ianya mempunyai kolestrol.
Yang pasti, sup tulang dan daging memang sedap di makan begitu saja atau bersama nasi. Menu ini juga dianggap sebagai salah satu menu hidangan special.
7. Lemang
Lemang ini merupakan salah satu makanan tradisional untuk Raya, tapi masih boleh didapati walau belum lagi tiba 1 Syawal. Ia diperbuat dengan menggunakan beras pulut, santan dan garam.
Lemang kemudiannya dimasak di dalam batang buluh berlubang yang dilapisi dengan daun pisang. Baunya harum dan sedap dimakan begitu saja atau digandingkan dengan lauk sampingan. Tekstur berasnya yang melekit sangat sempurna untuk dinikmati bersama rendang, serunding atau kuah kari.
8. Kuih-Muih
Kuih-muih yang manis dan berwarna-warni dalam pelbagai bentuk dan saiz tidak pernah sesekali gagal untuk mengejutkan kita. Dari kuih-muih tradisional seperti kuih talam, kuih lopes dan kuih bingka sehingga kepada menu makanan moden seperti jeli dan tart keju, semuanya sangat menggamit selera.
Terasa seperti diri sedang dimanjakan dengan pilihan sedap dan harganya yang sangat murah. Makan kuih muih sebagai pencuci mulut selepas hidangan utama adalah satu idea yang sangat baik. Tapi jangan terlebih makan kerana selalunya ia mempunyai rasa yang sangat manis dengan kandungan gula yang agak tinggi.
Baik di Penang atau di mana saja, kita semua kena sedia maklum yang negara sedang berdepan dengan ujian virus Corona. Oleh itu, jangan sesekali bersikap penting diri. Nak beli makanan sudah tentu boleh tetapi pastikan SOP sentiasa dipatuhi.
Jika sedang berada di dalam keadaan tidak sihat, gunalah servis food delivery penang untuk hantar makanan. Boleh pesan menu makanan di website Foodpanda. Banyak pilihan makanan ada di sana.
Kita jaga kita. Sama-sama saling bertanggungjawab!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sueizza.com/2021/04/8-makanan-terbaik-ramai-beli-di-bazar.html