8 Laptop Terbaik Bawah Rm2000
Laptop Terbaik Bawah RM2000 | Harga sekitar RM2000 sangat ideal untuk sebuah laptop yang 'sedap' dari segi spesifikasi dan performance. Ia memiliki segala yang anda perlukan untuk kegunaan sederhana. Sesuai untuk pelajar, guru, usahawan yang nak uruskan kedai Shopee.
Kebiasaannya laptop pada tanda harga ini dikuasakan dengan Intel i3 bersama RAM 4GB, dan SSD 120GB. Spesifikasi ini memang sesuai buat student untuk jalankan tugasan seperti kelas online, Photoshop, Autocad, coding, Solidworks, dan lain-lain.
Untuk memudahkan anda, saya senaraikan beberapa buah laptop terbaik bawah RM2000. Ia terdiri dari pelbagai jenama. Saya sertakan juga link pembelian online yang dijual oleh trusted seller.
1. Lenovo Ideapad 3
Jika dilihat dari segi design, ia direka khusus untuk pelajar dan usahawan. Rekaannya tampak premium membuatkan ia sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
Saiz skrin sebesar 14 inci ini ideal untuk semua ditambah dengan paparan full HD membuatkan pengalaman menggunakan laptop ini lebih mengagumkan.
Ia dilengkapi dengan 256GB SSD, so tidak ada lagi masalah lag atau delay. Tempoh untuk boot dan shutdown juga cuma beberapa saat sahaja.
Processor: Intel i3 1005G1
RAM: 4GB DDR4 RAM
Storage (ROM): 256GB SSD
Skrin: 14 inci Full HD
Grafik: Intel UHD Graphic
Harga: RM1899
Artikel berkaitan:
+ 7 Laptop Terbaik Untuk Student 2021
+ Tips Beli Laptop untuk Student
+ realme Book - Laptop Sesuai Untuk Student
+ 8 Laptop Murah Bawah RM1000 untuk Student
2. HP 15s-eq1018au
Laptop ini dikuasakan dengan cip AMD Athlon™ Processor. Cukup berkuasa untuk kegunaan sederhana seperti buat assignment, editing ringan, kelas online, dan lain-lain. Anda pasti berpuas hati dengan performance nya kerana dilengkap dengan 256Gb SSD.
Saiz skrin 15.6 Bright View inci juga memberikan kepuasan untuk anda menonton video penstriman dan mungkin untuk tujuan business. Sangat jelas dan terang.
Beberapa port penting seperti USB type-C, 1 port HDMI, 2 port USB type-A, 3.5mm audiojack, dan slot memori card.
Processor: AMD Athlon™ Processor
RAM: 4GB DDR4 RAM
Storage (ROM): 256GB SSD
Skrin: 15.6 inci Full HD
Grafik: AMD Radeon
Harga: RM1699
Beli di sini: https://cutt.ly/6UqfOTb
3. Acer Aspire 3 A315-23-A4QL
Spesifikasi laptop Acer Aspire ini cukup sedap untuk student dan mereka yang telah berkerja. Kalau nak tahu ia tersenarai dalam program Kementerian Pengajian Tinggi. specs seperti AMD Athlon 3020e Processo, 4GB RAM dan 256GB SSD sudah cukup untuk pelajar dan guru buat tugasan masing masing.
Dengan adanya SSD, makan senanglah untuk anda jalankan pelbagai aplikasi dalam satu masa tanpa lagging.
Rekaannya juga masih segar dan ringan. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia merupakan laptop Acer terbaik 2021 pada tanda harga ini.
Processor: Athlon 3020e Processor
RAM: 4GB DDR4 RAM
Storage (ROM): 256GB SSD
Skrin: 15.6 inci Full HD
Grafik:AMD Radeon Graphics
Harga: RM1950
Beli di sini: https://invol.co/cl80y9o
4. DELL INSPIRON 15 3505
DELL INSPIRON 15 3505 juga adalah antara laptop terbaik bawah RM2000 yang boleh anda miliki. Didatangkan dengan cip pemprosesan AMD Athlon 3050U. Dah cukup sedap untuk kegunaan harian.
Ditambah pula dengan 256GB SSD untuk melancarkan lagi tugasan anda tanpa sebarang delay dan lagging.
Skrin sebesar 15.6 inci, menjadikan paparan terlihat lebih cantik untuk buat kerja editing ringan.
Processor: AMD Athlon 3050U
RAM: 4GB
Storage (ROM): 256GB SSD
Skrin: 15.6 inci Full HD
Grafik: AMD Radeon
Harga: RM1789
Beli di sini: https://invol.co/cl80ynn
5. Lenovo V14 82KA009WMJ
Sekali pandang, laptop ini memang tampak premium ke kerana bingkai skrinnya yang nipis. Tambahan pula pada tanda harga RM1993, ia hadir dengan sejumlah specs sedap untuk kegunaan harian. Terbina dengan fingerprint scanner untuk tujuan sekuriti.
Binaan badannya juga mantap. Memang cun kalau anda nak bawa ke coffee shop.
Processor: Intel i3 - 1115G4
RAM: 4GB
Storage (ROM): 256GB SSD
Skrin: 14 inci UHD
Harga: RM1993
Beli di sini: https://invol.co/cl81grv
6. Asus Laptop E410K-ABV256WS
Laptop bawah RM2000 seterusnya adalah dari jenama Asus. Dikuasakan oleh Intel Celeron N4500 Processor. Biarpun menggunakan Intel Celeron, ia tetap lancar kerana disokong oleh 8GB DDR4 RAM.
Dengan RAM besar ini bolehlah anda buka banyak aplikasi dalam satu masa. Ia sudah memadai untuk tugasan ringan khususnya untuk pelajar, guru, dan suri rumah.
Saiz dan kualit skrin juga padu, untuk tujuan hiburan seperti menonton penstriman video.
Processor: Intel® Celeron® N4500 Processor
RAM: 8GB DDR4
Storage (ROM): 256GB SSD
Skrin: 14 inci UHD
Graphic: Intel® HD Graphics
Harga: RM1899
Beli di sini: https://invol.co/cl81jg2a
7. TOSHIBA Portege Ultrabook Touchscreen
Bernilai RM1799 dan dikuasakan dengan Intel i5, 4GB RAM, dan SSD. Tidak cukup dengan itu ia dilengkapi dengan touchscreen dan skrin boleh lipat. Storage SSD ini cuma 128GB sahaja, namun anda boleh pilih varian 512GB atau upgrade bila-bila masa sahaja.
So, selain guna sebagai laptop anda juga boleh jadikan peranti ini sebagai tablet.
Rekaan badannya tidak secantik model terkini, tapi masih relevan untuk digunakan. Above all, specs laptop ini memang padu dan berbaloi untuk anda miliki. Bahkan ia sudah tersedia dengan beberapa software penting seperti Adobe CS56 Master Collection dan Autocad.
Processor: INTEL CORE I5-7200U 3.10GHZ PROCESSOR
RAM: 4GB DDR4
Storage (ROM): 128GB SSD
Skrin: 12.5 inci FHD
Graphic: INTEL HD620
Harga: RM1799
Beli di sini: https://invol.co/cl8227f
8. HP Laptop 15S-EQ1017AU
Laptop terakhir dalam senarai ini adalah HP 15S-EQ1017AU. Dijual oleh HP Malaysia Official Store di Shopee. Pada saya spesifikasi dan harga yang ditawarkan amat berbaloi.
Ini kerana anda dihidangkan dengan 12GB RAM bersama 256GB SSD, dan dipacu dengan Windows 11. Which is the lates Windows out there.
Dengan spesifikasi padu ini, bolehlah anda jalankan beberapa tugas dalam satu masa. Buat editing ringan. Ia juga boleh dikategorikan sebagai laptop gaming bawah RM2000 2021.
Setiap pebelian hadir dengan HP wireless mouse dan bagpack! Highly recommended.
Processor: AMD Athlon™ Silver 3050U
RAM: 12GB DDR4
Storage (ROM): 265GB SSD
Skrin: 15.6 inci HD SVA BrightView
Graphic: AMD Radeon™ Graphics
Harga: RM1959
Beli di sini: https://invol.co/cl822xa
Kesemua laptop bawah RM2000 yang saya senaraikan di atas memiliki performance yang mantap. Ideal untuk penggunaan sederhana di rumah atau di tempat kerja. Semoga bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2021/12/laptop-terbaik-bawah-rm2000.html