8 Kisah Sependek 5 Minit Siri Antologi Seram Berdarah Korea Goedam Di Netflix Buat Tidur Tak Lena
Unik memang unik, tapi ramai sahaja sebenarnya individu yang dalam diam gemar tonton naskhah yang mengetengahkan tema hantu dan kisah misteri sebagai pemangkin produk mereka. Tambahan ada juga yang seronok menonton filem sebegini dalam kegelapan malam sambil ditemani suasana yang sepi, baru lah feel seram datang!
Tapi ada sahaja yang tak suka membuang masa sehingga berjam lamanya bagai menghabiskan sesuatu naskhah itu. Mendengar permintaan penonton ini Netflix telah meriliskan satu antologi kisah seram di mana setiap episod hanya 5 ke 10 minit panjangnya. Best kan?
“Goedam” iaitu tajuk antologi yang memuatkan 8 kisah seram ini sebenarnya membawa maksud ‘kisah hantu urban’ yang sudah bertapak beratus tahun lamanya. Menerusi siri di Netflix ini, penonton daripada luar negara juga secara tak langsung dapat mempelajari pelbagai cerita hantu popular di Korea sama seperti yang dimomokkan di negara kita, contohnya, toyol, pontianak, langsuir dan sebagainya.
Nah sedikit sinopsis ringkas mengenai 8 kisah yang diselit dalam siri antologi seram ini.
[Amaran SPOILER]
Episod 1: “Crack”
Memegang tanggungjawab sebagai pembuka cerita, kisah pelajar sekolah menengah yang nampak tak terurus dek kematian seorang rakan sekelas meminta diri ke tandas untuk menenagkan dirinya. Mampukah dia bertenang di sana?
Episod 2: “Destination”
Kisah klasik pemandu teksi yang dilawati oleh penumpang pelik pada lewat malam. Adakah penumpang tersebut seperti yang disangka?
Episod 3: “Special Guest”
Gadis popular di laman penstriman cuba meraih tontonan dengan mereka-reka kejadian aneh. Tapi adakah kisah rekaan itu sebenarnya benar dan gadis itu bukanlah apa yang penontonnya sangkakan.
Episod 4: “Curiosity”
Akibat cuba kenakan rakan sendiri, gadis itu kini dalam pelarian yang tiada hentinya di sekolah. Bahkan penonton mungkin terkejut dengan lawatan istimewa oleh hantu Jepun popular iaitu ‘Sadako’ yang merangkak mencari mangsanya.
Episod 5: “Red Shoes”
Pelajar sekolah menengah mencari separuh badan kakinya yang hilang! Dalam mencari padanan yang sesuai, dia menyasarkan gurunya sendiri yang sering menarik perhatian ramai dek bunyi kasut tumit tinggi merahnya.
Episod 6: “Dimension”
Lain daripada kisah seram dalam antologi ini, drama pendek ini membuatkan penonton berfikir mengenai kejadian aneh dalam lif yang sepertinya menyembunyikan dimensi lain. Malahan ramai yang akan terkejut dengan plot twist pada akhirnya.
Episod 7: “Treshold”
Pengajaran dalam drama pendek ini, jangan sembarangan mengemas rambut yang bersepah di rumah dan tolong dengar pesanan isteri! Jikalau mengikut nasihat, kemungkinan besar hidup anda tidak akan berakhir dengan penuh lumuran darah.
Episod 8: “Birth”
Sedikit panjang daripada yang lain, premis episod yang terkahir ini adalah yang paling menarik di antara yang lain. Bagaimanakah pengakhiran seorang bomoh yang sering mengorbankan nyawa kanak-kanak demi ritualnya? Terus bermaharajalela atau ada padahnya?
Tak sampai sejam pun kalau anda habiskan siri antologi “Goedam” ini sekali duduk sahaja! Saksikan hanya di Netflix.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/8-kisah-sependek-5-minit-siri-antologi-seram-berdarah-korea-goedam-di-netflix-buat-tidur-tak-lena/