Senarai 11 Jenama Stand Mixer Terbaik Bawah Rm 500 Untuk Tahun 2021


Senarai 11 Jenama Stand Mixer Terbaik Bawah RM 500 Untuk Tahun 2021 | Salam semua, bagi yang minat buat kek, roti, biskut dan pastri, benda yang pertama terlintas dalam fikiran mesti nak ada satu stand mixer untuk memudahkan kerja kita. Kalau tanya sis, mestilah nak, sis pun ada mengidam jenama stand mixer yang muatannya banyak sikit. Yang ada guna kat rumah ni, sis guna yang sederhana, muatan tak banyak. Kalau nak pukul 7 biji telur tu memang tak sempat lah. 

Bukan senang juga nak cari stand mixer ni, kena menepati ciri - ciri apa yang kita nak. Lagipun nak cari juga stand mixer yang tidak bising. Kalau yang tidak bising sangat, memang harga pun tinggi la jugak kan. Tapi, sebelum itu, kita kena tahu terlebih dahulu tips memilih stand mixer dengan betul. Supaya stand mixer yang kita nak beli nanti berbaloi dengan harga. 

7 Tips Memilih Stand Mixer Dengan Betul Di sini, ada 7 tips yang korang perlu tahu sebelum membeli stand mixer. Perlu tahu sebab kita nak beli dengan bajet yang ada kan. Mungkin ada yang nak beli bawah RM 300 atau mungkin ada orang nak beli bajet bawah RM 500. Pemilihan mixer yang bagus bergantung kepada banyak faktor. Semoga tips ini dapat membantu korang semua untuk membeli stand mixer nanti. 
1. Penggunaan Stand MixerJika untuk keluarga yang besar/majlis/parti, atau membuat beberapa buku roti atau kek seminggu,  motor berkuasa besar penting dan mangkuk kapasiti besar - sekurang-kurangnya 600 watt dan saiz atau kuantiti 6 mangkuk atau lebih besar. Kapasiti adalah penting
 
2. Prestasi Kuasa dan KeupayaanAda orang berpendapat bahawa kuasa/watt yang lebih tinggi, mempunyai kuasa yang lebih untuk dicampur dan menguli. Ianya salah dan sesetengah mixer boleh menggunakan lebih watt untuk beroperasi daripada model lain dan output kuasa mungkin kurang daripada dinyatakan. 
Inilah sebabnya mengapa ia adalah lebih bijak untuk membuat keputusan membeli pada kapasiti, dan bukan semata-mata kepada kuasa/watt diiklankan

3. Ciri-ciri Terbaik Stand MixerMixer yang baik mempunyai "overload protection" pengunci kecondongan. Mixer yang bagus diperbuat daripada besi, dengan ketahanan lebih baik, kukuh dan stabil. Mempunyai purata kelajuan/speed 10 - 12 dan paling penting disertakan dengan 3 aksesori standard (pemukul, penguli dan cangkuk pembuat doh). 
Sesetengah model mempunyai timer bagi memudahkan proses serta mengelakkan dari tumpahan semasa proses
 
4. Had Kuasa Stand MixerSetiap mixer dengan kuasa/watt yang tinggi dan mampu mengendalikan apa-apa doh, terdapat juga batasan. Untuk mengelakkan motor terbakar, ikuti garis panduan pengeluar untuk berapa lama ia perlu beroperasi setiap kali digunakan

5. Pilihan Aksesori Stand MixerBanyak model datang dengan slot/hab untuk menyambung aksesori tambahan termasuk grinder daging/sayur, pembuat pasta atau pembuat sosej. 
Walaupun aksesori ini menambah kos mixer, mereka membuat ia lebih berfungsi dan mengurangkan jumlah peralatan yang anda perlukan

6. Harga Stand Mixer Terdapat pelbagai harga untuk Stand Mixer, dan kita perlu mempertimbangkan apa yang mempengaruhi harga. Satu model asas hanya boleh mempunyai satu tindakan mixer (tengah), manakala unit yang lebih mahal akan mempunyai spiral atau rotation yang meliputi kawasan yang luas untuk boleh menggaul/mixing lebih dekat sehingga ke sisi mangkuk. 
Proses mixing akan bercampur lebih baik dan menarik
 
7. Jenama Stand Mixer Di PasaranPelbagai pilihan jenama yang ada di pasaran. Pilih yang sesuai dengan bajet yang ada dan bandingkan apa kelebihan jenama masing - masing. 
Kredit : https://www.facebook.com/browniesbytes/posts/tips-of-the-day-tips-memilih-mixer-nampaknya-ramai-pm-sis-dan-tanya-mixer-apa-ya/150809752427941/
  Senarai 11 Jenama Stand Mixer Terbaik Bawah RM 500 Untuk Tahun 2021 Di sini, sis senaraikan 11 jenama stand mixer terbaik bawah RM 500, tak semua mampu nak beli stand mixer yang mahal. Rasanya stand mixer bajet bawah RM 500 ini pun dikira mampu milik dah. Muatan kapasiti bermula dari 5 liter ke atas tapi tak lebih dari 6.5 liter. 
Kalau tanya sis, yang ini pun memang dah besar untuk famili yang tak berapa ramai ni. Jenama - jenama stand mixer ini semua mungkin korang dah biasa dengar

Untuk jenama stand mixer ini semua, nanti korang boleh klik di link untuk lihat di Shopee. 
1. Khind

Ada 2 jenis stand mixer jenama Khind iaitu Khind 5L Stand Mixer SM500P Dan SM506P. Walaupun kedua -dua nya adalah kapasiti untuk 5 liter, bezanya di sini  adalah power. Jom kita tengok apakah ciri -ciri untuk stand mixer jenama Khind. Harga untuk stand mixer ini adalah RM 319.90


Khind 5L Stand Mixer SM500P Kapasiti 5 liter dan mangkuk  keluli yang tahan karatMempunyai 5 speed setting untuk proses memukul, menguli dan mengadun Mempunyai penutup cover dan juga tidak mudah bergerak ketika beroperasi sebab ada non-slip rubber foot Ada 3 aksesori seperti pemutar doh, cangkuk doh dan penguliBerkuasa 1200w  Warna Merah
Khind 5L Stand Mixer SM506P 
Kapasiti 5 liter dan mangkuk keluli yang tahan karat Mempunyai 6 speed settingPerlindungan dengan penutup cover yang nampak dalam dan juga tidak mudah bergerak ketika mesin tengah beroperasi ( Non- slip rubber foot )  Ada 3 aksesori Stainless Steel untuk pemutar doh, cangkuk doh dan penguliBerkuasa1000w Warna merah Sekiranya terdapat apa - apa kerosakan, untuk warranty adalah 1 tahun. Sekiranya korang berminat untuk stand mixer ini, korang boleh tengok di Lihat Di Shopee. Rata - rata komen review ramai yang berpuas hati. 


2. Riino 


Stand mixer Riino keselamatan produk diluluskan oleh SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga. Jadi korang tak perlu risau lah ya. Kelainan stand mixer Riino ni ada 6 speed setting. Komen review pun semua berpuas hati. Sekiranya terdapat apa - apa kerosakan dan nak return barang boleh hubungi atau DM pihak sana untuk tindakan lanjut. 
Spesifikasi :Mempunyai 6 speed setting Kapasiti untuk 5L Stainless Steel Bowl Ada 3 aksesori utama pemutar doh, cangkuk dan penguliAda penutup cover lutsinar Anti gegar  Berkuasa 1000W dengan Max 170 RPM Warna merahBagi sis dah cantik, kapasiti 5 liter, mangkuk stainess steel. Sekiranya korang nak tengok dulu boleh Lihat Di Shopee
3. The Baker 
Stand mixer The Baker ni pun sis pun ada dengar juga orang guna. Yang stand mixer The Baker ni kapasiti dalam 6.5 liter. Boleh memuatkan 1.5 kg adunan. Banyak la jugak kan. Kalau orang yang nak bisnes kecilan boleh lah pakai stand mixer yang ini. Komen review pun ramai yang berpuas hati. 
Spesifikasi : 
Penutup cover yang boleh diasingkanKapasiti 6.5 liter mangkuk stainless steel untuk muatan adunan 1.5 kg Ada 6 speed setting Senang dan mudah untuk dibersihkan Berkuasa 1000W Ada 3 aksesori egg beater, dough hook dan flat beater
Untuk warranty adalah 1 tahun dan kenalah daftar online www.baker.com.my/register. Sekiranya korang nak tengok dulu, boleh Lihat Di Shopee


4. Russell Taylors
Stand mixer Russell Taylors antara stand mixer yang menjadi pilihan ramai di Shopee. Mungkin harganya yang mampu milik dalam RM 299.99. Dan warnanya yang hitam selalu menjadi perhatian. Harga masih mampu milik walaupun kapasiti untuk 5 liter. Barang laku keras ni cepat habis

Spesifikasi : 
Kapasiti 5 liter dan mangkuk stainless steel untuk muatan adunan hampir 1 kgBerkuasa 1000 WAnti gegar sebab ada "rubber feet"2 pin plugTombol untuk speed setting ada level "min", "mid" dan max bukan nomborAda 3 aksesori egg beater, dough hook dan juga flat beater
Jadi, sekiranya korang berminat dengan stand mixer Russell Taylors ini, boleh tengok dulu di Lihat Di Shopee. 
5. PerySmith
PerySmith stand mixer, satu jenama baru bagi sis sebab baru nampak, ramai jugak kawan - kawan kat facebook pakai stand mixer PerySmith. Nampak cantik dan menyerlah sebab warnanya merah. Lagipun kapasiti untuk stand mixer ini adalah 5.5 liter. Komen review pun rata - rata memang berpuas hati
Spesifikasi : Mempunyai 6 speed settingMempunyai penutup yang nampak dari dalam dan ada lubang khas untuk tambah apa - apa bahan semasa mesin tengah beroperasi. Mempunyai 3 aksesori wire whisk, hook dan juga flat beater. Berkuasa 1200WKapasiti mangkuk 5.5LBoleh guna untuk kuantiti untuk tepung hingga 1 kg dan kuantiti untuk telur puith hingga 12 biji telur Berat 4.2 kg
Untuk stand mixer ini, warranty adalah 2 tahun untuk kegunaan di rumah saja.  Berminat boleh Lihat Di Shopee
6. SSODD
SSODD stand mixer menarik bagi sis sebab pilihan warna yang boleh dipilih. Reka bentuk pun menarik. Apa yang menariknya aksesori untuk stand mixer ini ada tambahan untuk silicone beater. Biasa dengar 3. 
Spesifikasi : Berkuasa 1100W Berkapasiti 5.5 literMaterial mangkuk diperbuat dari stainless Steel dengan pemegangSpeed setting ada 1 hingga 6 Ada fungsi untuk pulse function Anti gegarAda penutup coverAda 4 aksesori tambahan whisk, dough hook, beater dan silicone beaterBerat 6 Kg 
Penggunaan : 

Maksimum untuk telur 6 biji Maksimum untuk Whipped Cream 500ml Maksimum untuk adunan kek 1kg Maksimum untuk doh roti dan pizza 250g flour
Untuk warranty adalah satu tahun. Sekiranya korang berminat dengan stand mixer ini boleh lah Lihat Di Shopee


7. Butterfly
Butterfly stand mixer, satu jenama yang dah lama jugak ni kan. Tapi masih ramai peminat tersendiri. Komen review pun ramai yang kata ok. 
Spesifikasi : Kapasiti mangkuk 5 LiterMangkuk stainless Steel Bowl Berkuasa 600W Berat 6.25 kh / 7.95 kgMempunyai 8 speed setting 
Sekiranya korang berminat dengan stand mixer ini, boleh lah Lihat Di Shopee

8. Innofood
Stand mixer Innofood ikut model ada  kapasiti besar 6.5 liter dan juga 5.5 liter. Pilihlah ikut kesesuaian untuk kegunaan. Lagipun Innofood standmixer ni ada pilihan warna. Mangkuk stainlees steel dan ada pemegang. Bagi sis kalau mangkuk ada pemegang ni mudah kita nak handle nak pegang nak telangkupkan sikit ke, tak payah risau kalau tangan kita berminyak. 
Spesifikasi : 
Mangkuk stainless steel bowl Kapasiti mangkuk 5.5 literBerkuasa 1000WMempunyai 6 speed settingCat yang digunakan di Innofood stand mixer adalah berkualiti tinggi, tahan lasak dan tidak mudah lunturBerat 5 kgAda 3 aksesori flat beater, dough hook dan juga whisk
Berminat untuk Innofood stand mixer ini, boleh Lihat Di Shopee


9. Sokany
Sokany stand mixer ada yang 5.0 liter, 6.5 liter, 8.0 liter. Harga untuk yang 8.0 liter tu dalam RM 4++. Kalau untuk 8.0 liter tu memang kapasiti besar sangat dah. Apapun nak beli ikut kesesuaian apa kita nak guna ya. 
Sekiranya, korang nak beli untuk 6.5 liter ini untuk spesifikasinya 
Spesifikasi : 
Berkuasa 1300WBerkapasiti 6.5 liter Mempunyai 6 speed setting Ada 3 aksesori whisk, flat beater dan dough hook
Sekiranya  korang berminat untuk stand mixer Sokany boleh Lihat Di Shopee
10. Homex
Stand mixer Homex warna hitam menawan, peminat warna hitam mesti suka. Untuk ahli keluarga yang tak berapa ramai sangat, boleh ambil yang kapasiti nya adalah 5 liter ini. Jadi, spesifikasinya adalah seperti di bawah. 
Spesifikasi : Kapasiti 5 liter Mangkuk stainless steelAda penutup untuk mengelakkan daripada adunan di dalam terpercik keluar apabila speed tinggi Berkuasa 1000WSuction feet untuk tapak kukuh dan tidak mudah berganjakAda 3 aksesori flat beater, whisk dan juga dough hookMempunyai sistem pengaliran udara bagi mengelakkan motor terlalu panas dan untuk hayat yang panjang. Sekiranya korang berminat untuk Homex stand mixer, korang boleh Lihat Di Shopee
11. Trio 
Stand mixer Trio, satu jenama yang agak lama juga di pasaran. Untuk jaminan adalah 1 tahun. Untuk spesifikasi stand mixer ini adalah seperti di bawah. 
Spesifikasi : 
Mempunyai 7 speed setting Berkuasa 500W Kapasiti mangkuk 5 liter Mempunyai aksesori beater, whisk, dough hook, splash guard dan spatulaBerat 7.8 kg 
Sekiranya korang berminat boleh Lihat Di Shopee
Ke semua stand mixer ni mangkuk nya tu ada yang ada pemegang ada yang tak. Apapun nak beli bergantung kepada bajet korang ya. Kalau yang ada pemegang di mangkuk tu kena ada bajet lebih sikit. Tujuan fungsi pemegang ni senang jugak kalau tangan kita berminyak ke tak adalah nak tergelincir. 
Itu lah ke semua 11 jenama stand mixer terbaik bawah RM 500. Siapa yang tengah berjinak - jinak dalam dunia baking nak beli stand mixer, boleh pilih di antara senarai jenama di atas. Jangan lupa baca review dulu. Kadang- kadang ada juga stand mixer kebetulan dah tak ada stok, memang laku keras sungguh, tapi kedai tersebut memang top up balik stok

Yang penting beli stand mixer ketika tengah sale, kalau kebetulan nasib baik boleh dapat harga murah sikit. 
Baca Juga : 
1. Ketahui 12 tips ini untuk menghasilkan biskut yang sedap 2. Ikut 15 tips penting ini bagi yang baru belajar nak buat kek 3. Ikut 6 tips mudah ini untuk kek marble cantik gebu, lembut dan sedap













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/08/senarai-jenama-stand-mixer-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Laptop Terbaik Harga Bawah Rm1500 Untuk Tahun 2021 Sesuai Untuk Pelajar

5 Laptop Terbaik Harga Bawah Rm1500 Untuk Tahun 2021 Sesuai Untuk Pelajar

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 1166 hits
Jika anda sedang mencari sebuah laptop terbaik dengan bajet terhad Mungkin anda boleh tengok sini senarai laptop dengan harga bawah RM1500 untuk tahun 2021 Dengan bajet yang terhad ditambah dengan norma baharu dimana golongan pekerja Work F...
Hamad International Airport Qatar Ungguli Carta 10 Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2021

Hamad International Airport Qatar Ungguli Carta 10 Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2021

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 339 hits
Senarai penilaian Lapangan Terbang Terbaik di dunia untuk tahun 2021 yang dipilih oleh pelancong udara di seluruh dunia berdasarkan Kajian Lapangan Terbang Dunia 2020 2021 HIA mmg cantik airport ni ada gold teddy bear bpk besar Selepas 9 ta...
Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Kuartal Ii 2021 Tertinggi Sejak 17 Tahun

Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Kuartal Ii 2021 Tertinggi Sejak 17 Tahun

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 237 hits
Secara garis besar pertumbuhan ekonomi di kuartal II 2021 ini membuat ekonomi Indonesia kembali ke angka positif Sebuah kabar baik di tengah situasi pandemi yang sulit ini Semoga semuanya semakin membaik ya guys
E Rekod Tasmik Panitia Pendidikan Islam Bahasa Arab Sk Bandar Laguna Merbok Tahun 2021

E Rekod Tasmik Panitia Pendidikan Islam Bahasa Arab Sk Bandar Laguna Merbok Tahun 2021

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 610 hits
1 TEMPLAT PEREKODAN TASMIK TAHUN 1 Templat perekodan tasmik kelas 1A Templat perekodan tasmik kelas 1B Templat perekodan tasmik kelas 1C Templat perekodan tasmik kelas 1DLP Templat perekodan tasmik kelas 1S 2 TEMPLAT PEREKODAN TASMIK TAHUN ...
Escape From Mogadishu Menjadi Filem Korea Pertama Tahun 2021 Yang Melepasi 2 Juta Penonton

Escape From Mogadishu Menjadi Filem Korea Pertama Tahun 2021 Yang Melepasi 2 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 323 hits
Filem Escape from Mogadishu telah mencipta pencapaian mengagumkan di pentas Box Office Korea Selatan Pada 13 Ogos Lotte Entertainment mengumumkan bahawa sehingga 12 tengahari semalam Escape from Mogadishu secara rasmi melepasi 2 juta penont...
Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Teratas Di Asia Untuk Tahun Kesepuluh Berturut Turut

Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Teratas Di Asia Untuk Tahun Kesepuluh Berturut Turut

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 167 hits
Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Teratas Di Asia Untuk Tahun Kesepuluh Berturut Turut Assalammualaikum semua Berita gembira buat anda pengguna Samsung Pastinya berita tentang jenama ini memberikan anda satu perasaan bangga dan ...
Alternatif Mesin Pencari Selain Google Tahun 2021

Alternatif Mesin Pencari Selain Google Tahun 2021

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 228 hits
Google yang merupakan Google adalah sebuah perusahaan multinasional Amerika Serikat yang berkekhususan pada jasa dan produk Internet salah satunya adalah masalah pencarian data mesin pencarian data mereka telah banyak digunakan pada kompute...
Susu Penambah Berat Badan Anak 1 Tahun Dengan Kandungan Terbaik

Susu Penambah Berat Badan Anak 1 Tahun Dengan Kandungan Terbaik

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 244 hits
Memiliki anak memang sesuatu yang membahagiakan sehingga kita perlu menjaga anak dengan baik dengan memberikan nutrisi yang terbaik pula Nutrisi terbaik ini sangat diperlukan khususnya untuk anak usia 1tahun yang sudah mulai mengkonsumsi ma...
Entri Terbaik Bulan Jun Dan Julai 2021

Entri Terbaik Bulan Jun Dan Julai 2021

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 256 hits
Entri Terbaik Bulan Jun Dan Julai 2021 Assalamualaikum Hai korang semua Hari ini Cik Ash nak kongsi entri terbaik pada bulan Jun dan Julai 2021 yang lalu Antara entri terbaik dekat blog ni kebanyakan entri entri yang dah lama Cik Ash kongsi...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau