Comel tak mangkuk ni? Yang ini diperbuat dari batang pokok. Buang separuh daripada isi kayu dan kikirkan bahagian dalam sehingga berlekuk seperti mangkuk. Akhir sekali barulah mewarnakannya dengan warna yang anda suka.
Meja kopi dari tunggul kayu. Pada bahagian atas, ketam sehingga rata dan gosok sehingga licin menggunakan kertas pasir atau apa-apa alat yang bersesuaian. Gosok juga bahagian luaran agar nampak lebih kemas.
Potong bahagian tunggul menjadi kepingan, tambah kaki khas dibawahnya. Boleh dijadikan kerusi atau meja.
Potong tunggul kayu menjadi kepingan, gosok sehingga permukaan licin. Gunakan dawai besi sebagai pemegang kepada pokok hiasan anda. Boleh juga dijadikan bingkai hiasan.
Yang ini paling mudah kami rasa. Buat sahaja lubang ditengah-tengah batang pokok yang telah dipotong mengikut saiz yang anda mahu. Buang kulit kayu pada bahagian luar dan gosok permukaan luaran sehingga licin.
Piring kayu. Potong menjadi senipis mungkin, kemudian gosok permukaan licin dan piring kayu anda telah pun siap. Tetapi hati-hati ya.
Potong menjadi kepingan juga, tapi kali ini biarlah sedikit tebal. Boleh dijadikan papan pemotong. Boleh potong sayur, daging, dan macam-macam lagi lah.
Lampu gantung. Yang ini idea hiasan rumah yang paling menarik. Jangan lupa like viramon di facebook untuk dapatkan lebih banyak info menarik setiap hari.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |