8 Hari Berkampung Di Hsnz Princess Alami Bronchopneumonia
8 HARI BERKAMPUNG DI HSNZ - PRINCESS ALAMI BRONCHOPNEUMONIA
Assalamualaikum wbt,
8 February 2019, jam 4:30 pagi. Mommy dikejutkan dengan panggilan telefon dari tokcik (yang menjaga princess) mengatakan anak mommy terpaksa dikejarkan ke hospital Dungun. Terkejut dan terus buntang biji mata mommy, kenapa anak aku, teruk ke.
Tak lama kemudian, daddy pula yang call dan bagitahu jangan terkejut sebab princess terpaksa di transfer ke hospital Kuala Terengganu. Ya Allah, macam mana anak aku? Macam mana keadaan anak aku ni? Mommy terdiam dan dalam masa yang sama, mommy tak terlampau risau sebab kakak mommy yang bekerja sebagai nurse di Hospital Kubang Kerian balik bercuti dan Cik Ngoh (kakak mommy) yang bawa naik ambulance. Sampai di sana, princess mommy terus di masukkan ke wad PICU (Pediatric Intensive Care Unit).
Daddy pesan jangan balik dulu, tunggu cerah baru balik. Ibu mana yang dapat bersabar kan. Jam 5 lebih mommy dah siap mandi dan mommy cuba cari tiket bas untuk balik ke Terengganu. Namun, semuanya tiada yang ada malam sahaja. Selepas bersalin, mommy belum pernah lagi drive jauh. Hari itu, mommy tawakkal pada Allah, jam 7 mommy dah bergerak balik ke Terengganu
Jam 2 petang mommy sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Sebaik sampai mommy terus bertukar dengan CIk Ngoh untuk ambil alih menjaga princess. Mommy diterangkan secara ringkas oleh cik Ngoh keadaan princess di mana terpaksa pakai oksigen 10 liter
Bila mommy naik dan tengok princess, sayunya hati. Ini gambar keadaan princess semasa dalam PICU. Menurut doktor pediatrik kanak-kanak di HSNZ, princess dikatakan mengalami Bronchopneumonia atau juga dikenali bahasa kampung "batuk 100 hari". Bila mommy dengar, agak terkejut juga, adakah anak mommy akan batuk sampai macam tu sekali. Doktor kata. "tak, ia depend kepada kekuatan imuniti badan princess dalam melawan virus ini"
Hari pertama wardedKondisi princess boleh dikatakan agak teruk sebab terpaksa on oksigen 10 liter selama tiga hari. Sepanjang mommy jaga anak mommy ni, sebagai ibu kita memang kena kuat. Adakala air mata mommy tak dapat nak dihalang, kadang-kadang terjatuh juga. Tapi, mommy cepat-cepat seka dan elak dari menangis, sebab mommy tahu anak mommy akan kuat bila mommy kuat
Setiap hari, mommy akan bercakap dengan princess walaupun princess tidur je, princess tak boleh bangun atau sedar. Bila sedar princess akan batuk sampai mommy tak sampai hati nak tengok dan mommy tak tahu macam mana nak kurangkan rasa sakit batuk tu. Batuk princess susah nak berhenti dan berpanjangan sampaikan tak dak suara princess nak batuk. Uols bayangkan macam mana. Kita yang dewasa pun rasa sakit dan senak perut kan? Inikan pula baby yang baru berusia 3 bulan.
Bila sampai batuk dan kahak yang banyak, nurse terpaksa sedut untuk elak paru-paru dari terkena jangkitan kuman. Bila sedut, Allahurabbi, mommy menangis uols. Tak sanggup dengar anak menangis sampai tak de suara. Mommy yang kuat ni menitis air mata. Mommy tahu, princess mommy rasa tak selesa. Apakan daya, mommy terpaksa biarkan untuk kesihatanprincess
Hari kedua, princess dah bukak mata tapi masih belum boleh cakap. Sesekali bunyi um umm. Tiada sudah kelincahan princess waktu duk dalam wad. Kecian mommy tengok.
Selama lapan hari berkampung di sana, mommy belajar banyak benda. Antaranya, penyakit yang anak mommy hadapi, kedua sabar, ketiga redha, ke empat pengorbanan. Sepanjang mommy jaga princess lapan hari di wab, serius mommy tak rehat. Dengan keadaan mommy yang baru lepas berpantang, alhamdulillah badan dan kesihatan mommy berada pada tahap yang paling maksimum. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah, asbab mommy tak tinggal vitamin C dan vivix
Mommy rasa mommy laa paling teruk bila fikir keadaan anak, tapi sebenarnya orang lain Allah uji lagi teruk dari mommy. Semasa dalam wad, mommy jumpa ramai ibu-ibu yang anak mereka juga warded. Ada antaranya anak kena jangkitan kuman sampai ke otak, ada yang anaknya kena sawan, ada yang anaknya tak sedar dan macam-macam lagi. Bila mommy fikir balik, syukur lah Allah uji mommy macam ni sebab hikmahnya, mommy dapat spend masa dengan princess lebih lama. Selepas keluar wad, mommy ambil cuti sampai 24 hari bulan February, lebih kurang sebulan juga mommy cuti tanpa gaji.
Apa itu Bronchopneumonia? Mommy cuba buat entry lain supaya dapat mommy share lebih detail dan macam mana nak awasi anak-anak yang pernah alami masalah ini.
Thank you sebab sudi baca entry mommy..")
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.vitaminwawa.com/2019/03/8-hari-berkampung-di-hsnz-princess.html